Posts

Murshidi Mustafa : Dalam Kenangan

Image
SALOR. 24 Januari 2012..Bertahun lamanya saya berkeinginan untuk menziarahi kubur arwah, (Murshidi Mustafa, teman sepengajian di Banda Aceh 1998-2000) baru hari ini hal itu terjadi. Sebelumnya sempat menziarahi orang tuanya di Kampung Gertak Lembu. Bapanya kini berusia 65 tahun. Mengikut cerita dari adiknya, arwah meninggal pada 28.05.2012 di Hospital Ampang. 2 minggu sebelumnya arwah ada pergi mandi di Air Terjun Bukit Belacan (dimana ya).Kawasan Ampang lah ni. Pulang dari situ, selama dua minggu mengalami sakit-sakit, akhirnya 28 Mei beliau di bawa ke Hospital. Sedangkan dirumah tidak mampu lagi berjalan, hanya mengensot, arwah terus dibawa ke ICU, jam 12.00 malam terus menghembuskan nafas yang terakhir.Doktor telah meramalkan keadaannya sangat kritikal. Anak sulong dari 8 orang adik-beradik ini mempunyai cita-cita yang tinggi.Sukar di tebak keinginannya yang luas. Minat bidang perniagaaan, perubatan, pembuatan buku dan sebagainya. Tapi tak sempat menghabiskan pengajian bersama k...

Borang Maklumat Ahli PRS

Image
  BANGI : 20 Jan 2012. Saya  mencari borang maklumat PRS di dalam folder kursus PRS 3 tahun yang di Port Dickson, namun tak jumpa. Maka terpaksalah saya create yang baru. Mudah-mudahan yang ini pun dapat membantu sebelum kawan-kawan dapat memberikan contoh borang yang sebenar.

Mandi Sungai Waktu Koko-Tindakan Merugikan

RABU:17 Januari 2012. Sekumpulan murid tahun 4 didapati tidak menghadiri kelas Koko. Mereka pergi mandi sungai di Bangi. Menurut seorang warga Kampung Bangi, beliau telah melihat sekumpulan murid ini mandi semasa pelajar lain sedang menghala ke sekolah. Lalu beliau menghubungi seorang guru untuk memaklumkan hal yang demikian. Ketika 2 orang guru tiba dilokasi, seramai 8 orang sedang mandi dengan riang ria. Ketika ditanya mengapa tidak hadir koko, jawapnya saya tidak ada buku koko. Mereka disuruh naik dan hadir ke sekolah. Rupanya hanya seorang yang hadir, manakala yang lain pergi ke Cyber Cafe. Bukan apa cikgu, jelas pemanggil, di situ banyak Ular Senduk. Huh... Cikgu pun takut. Sekali kena patuk, boleh membuat mangsa mati disitu juga. Ketika sesi soal jawab besoknya, mereka mengatakan keluarga mereka jarang mendapat cuti. Makanya kesempatan untuk mandi sungai atau laut, tiada dalam hidup mereka. Bukan tak boleh mandi sungai, tapi jangan waktu koko dan mandilah dengan mendapat kebe...