Posts

Terima lah Taubat HambaMu

Video yang saya rakam di salah satu pusat serenti Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi. Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, amun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.

Membebel atau Menasihat? Adakah Hasilnya

Image
Sebenarnya cikgu saya ada masalah,saya rasa banyak masalah, tapi satu je masalah saya iaitu stress.Saya dah guna banyak cara tapi tidak berkesan.Saya stress sebab mak saya selalu marah-marah lama-lama saya rasa macam saya dah tak siuman, macam dah gile. Saya dah tak tahu nak buat macam mana.Disebabkan stress saya rasa malas belajar, letih dan tak bermaya.Saya rasa susah nak hadapi hidup kalau saya tak bermaya.Saya pernah tenangkan fikiran, tapi tidak berhasil.Entahla macam mana nak cakap, saya rasa susah sangat.Saya ni dah bosan dengan hidup saya cuma saya buat apa yang mampu . Saya nak buat servei kajian, sila angkat tangan siapa disini yang suka mendengar orang membebel? Sila angkat tangan tinggi-tinggi! Ump..kok ga ada. OK..Sila angkat tangan siapa yang suka membebel?? Tak berani ya. Adakah, mentang-mentang dia anak kita, kita boleh membebel sesuka hati kita ikut perasaan? Bukankah membebel itu sebahagian dari marah atau sifat ammarah? Seorang pernah mendatangi Nabi memohon nasih...

Terima Printer HP2480

Image
Semalam saya ke IKEA Damansara, bukan nak masuk ke IKEA tapi nak jumpa seseorang yang nak jual printer. Printer terbaik saya (Canon iP3680) mengalami kerosakan cip. Kos repair RM180.00, kos beli baru RM240.00. Hmmm...kena mikir-mikir nih. Sesampai di sana, printer itu telah terjual rupanya dengan harga RM30.00. Lalu beliau memberikan ganti HP 2480 kepada saya secara GRATIS.Printer ini masih boleh digunakan, cuma dakwatnya tak ada. Ops satu lagi, driver pun tak ada. Katanya beliau seorang bilal di Masjid Mutiara Damansara, sering uruskan jenazah secara sukarela.Sesiapa yang ada kenalan meninggal, boleh hubungi beliau Nasuruddin. Saya perkenal saya seorang guru bimbingan, saya berikan BisnessKad, wah... katanya ... tuan boleh berikan ceramah ya? Ya.Saya boleh berikan ceramah berkaitan Dadah, ini bidang khusus saya. Beliau nak jemput sebelum puasa ini menyampaikan ceramah dadah bersama slaid disana. Insya Allah. printer dapat, kawan dapat, peluang meluaskan pengetahuan pun ada.

Semulia-mulia Amalan

 و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ أَنَّهُ قَالَ قَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ  أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ زِيَادُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ وَقَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ مِنْ عَمَلٍ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ * الموطأ إمام مالك الندأ للصلاة والسنن إبن ماجه  Sabda Nabi Muhammad SAW, Mahukah engkau aku khabarkan kepadamu sebaik-baik amalan bagi engkau, yang mengangkat darjatmu (disisi Allah Taala), membersih dirimu (hati)dan apa yang engkau miliki,yang ianya lebih baik dari engkau bersedekah emas dan perak dan (atau) engkau pergi berperang sehingga engkau membunuh musuhmu dan (akhirnya) engkau pun terbunuh jua (...

Syurga Seperti diGambarkan

Anas bercerita : Aku memohon Nabi memohon ampunan bagiku pada hari Pembalasan. beliau menjawab : "Aku akan memohon pengampunan untukmu." Mendengar hal ini, Anas  : Wahai Nabi, dimana aku harus mencarimu? Nabi : Pertama-tama, carilah aku dijembatan takdir (Shiratal Mustaqim). Anas : Jika aku tak dapat menemukanmu disana? Nabi : Engkau dapat menemuiku dekat timbangan keadilan. Anas : Dan jika aku tak menemuimu juga disana? Nabi : Carilah aku dekat danau bernama Kausar.Engkau pasti dapat menemui aku di salah satu tempat yang telah aku sebutkan. Hadis Riwayat Tarmizi Nabi menegaskan  : "Ketika orang-orang yang taat ditempatkan dalam syurga dan orang-orang jahat dilemparkan ke dalam neraka, maka kematian (dalam bentuk domba) akan digiring untuk disembelih dalam ruangan antara syurga dan neraka." Seseorang kemudian mengumumkan: "Wahai Penghuni Syurga, tidak ada lagi kematian. Wahai Penghuni neraka, dengan begitu tidak akan ada lagi yang mati. Pada saat i...

Beratnya Solat

Image
Salam Motivasi Hujung Minggu, Apa khabar semua, cuti panjang kata orang bila balik kampung macam balik raya. Nak-nak menghala ke Timur. Maklum jalannya tak ada HighWay. Jalannya masya Allah jem.Pernah waktu balik ke Kuala Lumpur, saya melalui jalan Gua Musang kemudian Cameron Highland, turunnya di Simpang Pulai...wah...jalannya dah penuh kenderaan. Tempat berhenti pula tiada tempat solat. Nama je Negara Islam . Tempat berhenti tak ada tempat solat khusus. Tempat makan dan buang air ada pulak. Nampak sangat penting makan dan buang tu kan. Urusan solat? Masing-masing.... Bagi yang iman nipis....alahai...kebarailah solat dia tu. Macam-macam alasan la, nak jamak lah, nanti la, seluar kotor lah.Padahal.... tahu ke dia, apakah umur nya akan tersisa lagi untuk akan datang. Itulah orang iman nipis.Rasa macam usia dia panjang.Tak sedar umur ini, bila-bila masa boleh dijemput tuhan. Ada orang tengah main badminton, tengah main bola, tengah tengok TV... tau-tau...hilang nyawanya. Sesungguhn...

Bauan Kasturi Menyambut Kami

Image
Syeikh Muhammad Nor al-Khalidi : Sungai Cincin Gombak Apabila orang Melayu berbicara tentang perihal kesufian, mereka tak boleh tinggal satu nama dalam dunia tasauf ini. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nor Al-Khalidi, yang kini jasadnya bersemadi di Kampung Sungai Cincin Gombak. Tuan-tuan boleh baca kisah lanjut tentang beliau di dalam buku 7 Wali Melayu. Saya belum pernah memiliki buku ini, tetapi pernah membacanya. Seorang guru saya di Indonesia, mengakui yang beliau ini (Sheikh Muhammad Nor) adalah salah seorang wali dari Bangsa Melayu. Untuk rekod, ramainya wali-wali dalam dunia ini berada di Negera India, namun tidak ramai di negara Arab (Sebagaimana ramainya di India). Wali bermaksud "jaga". Wali kahwin ialah penjaga kepada wanita yang akan berkahwin. Seorang wali, ialah seorang yang dijaga oleh Allah Taala akan dirinya, akhlaknya, tingkah-lakunya, maka dia terpelihara dari dosa-dosa kecil dan besar. Dengan itu, seorang yang terpelihara dari dosa, bererti dia berpelua...