Posts

Hantu Tak Ada Kerja

Image
Assalamualaikum, apa khabar anda semua, setelah berpuasa sebulan, amacam? Cuba tengok perut, design terkini anda hari raya pertama, cantikkan? Tapi awas...jika tidak dijaga, kelestariannya bakal hilang. Jangan-jangan Syawal menculik kecantikan body anda.Hehe. Makanya dikatakan puasa itu menambah sihat. Nampak macam kurus je...Ye lah...Itu lah Sihat..Cuba gemuk-gemuk sikit, ops..maaf, bukan gumuk sikit, tapi gumuk banyak-banyak...macam-macam penyakit ada, kencing manis juga ada, darah tinggi la dan ntah apa-apa lagi. Ngeri kan. Jom kita kekal cantik, sukses, nak ibadah pun mudah. Cuba tengok orang gemuk, apalagi orang sakit nak bangun pun payah, alamak....  Sebab itu, kita di anjur merebut 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda sebelum datangnya tua, Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum kalut, hidup sebelum mati. Jiran-jiran yang balik kampung pun dah mulai membanjiri taman-taman. Ada yang dah mula puasa 6 pun. Awalnya dia. Kita pula, bila nak start puasa 6 ni? Susah...

Jumpa Abang Letting Abdul Hamid Jusoh

Image
Abang Hamid Jusoh memang seorang yang peramah, juga seorang yang pemalu, namun beliaulah yang sering menghidupkan suasana perbualan di Aceh satu masa dulu. Pabila pulang ke tanah air, kami masing-masing berpecah mengikut haluan hidup sendiri. Pernah satu hari, beliau yang mengjadi AJK Surau di kampungnya di Tumpat menjemput saya untuk menyampaikan kuliah di surau itu. Kebetulan Aidil Fitri ini, beliau berada di rumah isterinya di Kedai Buloh, saya mengejar kesempatan untuk bersua, dari ke Tumpat yang mungkin agak jauh dan jalan bersesak. Tahniah.... Juga sudah punya 3 orang anak. Isterinya masih bekerja di Hospital Melaka.

Dulu SMUDA kini MADa

Image
Asrama baru sebelah dengan asrama lama (dalam sawah)..Dulu tak ada. Kelas saya dulu..tinggat 2. Masa SPM tingkat atas sekali. Tanah dimana berdirinya bangunan 3 tingkat inilah dulunya (1999) kelas saya yang dibuat dari kayu satu tingkat sahaja.Kini dah menjadi 3 tingkat. Salah satu lokasi bersejarah Kalau lah seorang insan berbangsa India sanggup tunduk dan menkucupi tangan beliau. Pertemuan antara anak murid dan gurunya

Kemalangan di Simpang Ciku

Image
Sabtu : Makcik memandu Hilux hitam ini membawa suaminya yang lumpuh, tujuannya ke klinik, sesampai ke simpang ini, makcik telah terlanggar sebuah proton dari arah sama (Gua Musang-Kuala Krai). Suami terpaksa di usung keluar untuk menumpang Hilux lain (putih) untuk membawanya ke klinik.

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum, sempena raya tahun ini, penulis nak berpesan beberapa perkara kepada adik-adik. 1. Tunaikanlah Sholat Sunat Aidil Fitri, kerana ianya hanya sekali setahun. 2. Perbanyakkan menyambung silaturrahim dengan menziarahi ke rumah jiran dan saudara mara jauh atau dekat. 3. Apabila bertamu ke rumah orang, jaga adab, jangan utamakan duit, jangan buka sampul duit di depan orang, apabila membanding-bandingkan dengan pemberian mak cik dari rumah lain. 4. Jaga pakaian, aurat mesti dijaga, termasuk dengan adik-beradik ipar, aurat tetap haram didedahkan. 5. Jadikan semua kunjungan, senyuman dan sedekah itu sebagai satu ibadat. 6. Jaga makan, mentang-mentang dah habis puasa, semua boleh makan, ooo jangan begitu.Kesihatan mesti dijaga. 7. Bagi yang tahun 6, Ingat UPSR hanya tingga lebih kurang 20 hari saja lagi.Sentiasalah ingatkan buku, nota dan bahan berkaitan peperiksaan. 8. Awasi menonton TV, jangan duduk depan TV lama-lama.

Orang yang paling tidak terhibur

Image
Berkata seorang Ustaz, dalam dunia ini, manusia yang paling tidak terhibur ialah tukang penghibur. Penyanyi, pelakon, sahlah jiwa mereka kosong, apabila mereka tak punya hubungan dengan Tuhan yang menjadikan dirinya. Masak dia boleh lupa pada Tuhannya sehingga terputuslah hubungan itu. Dewasa ini, kian ramai artis yang kembali kepada Ajaran ISLAM, yah...Islam di dahulukan, Syariat diUtamakan, mereka merasai betul, kekosongan batin mereka. Beruntunglah orang yang mendapat hidayah atau turning point tersebut. Dulunya, saya pernah bertanya pada diri sendiri, apabila melihat gahnya perkahwinan artis, sehingga berpuluh-puluh ribu wang hantaran, majalah mana yang tidak masuk, akhbar mana yang tidak sebut, sampai ke luar negeri, last-last...tup tup....gempar sekali lagi, perceraian sedang menggoncang rumahtangga mereka. Aduhai, alangkah jauhnya hidup mereka dengan Allah Taala. Berkata guru saya, di padang mahsyar kelak, semua manusia akan dikumpul, "Yauma la tamliku nafsun linafsin...

Konotasi Antara Mukmin dan Dzikir

Satu hubungan yang begitu erat sekali, apabila kita membaca ayat-ayat berkaitan dengan sikap orang Mukmin. Antara ayat tersebut ialah, " Fazakkir, fainna zikra tanfaul mukminin " Maka hendaklah engkau memberi peringatan, tazkirah, ceramah, kultum atau apa saja namanya, kerana sesungguhnya peringatan atau tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang mukmin . Orang mukmin dilukiskan sebagai manusia yang akan mendapat manfaat dengan majlis ilmu, so, kita harus pertanyakan, status manusia yang tidak menyukai akan majlis ilmu atau tazkirah. Terang lagi bersuluh, ayat tadi menegaskan, tazkirah itu bermanfaat bagi orang mukmin. Syukurlah, jika dalam jiwa kita ada rasa suka pada majlis ilmu. Dalam ayat yang lain.Tuhan berfirman lagi, " Wa nunazzilu minal Qur'aani waa huwa syifaaun wa rahmatun lil mukminin " Dan Kami turunkan Al-Qur'an itu, mengandungi (syifa') obat, dan rahmat, bagi orang-orang mukmin. Lihat tu, orang mukmin juga yang mendapat manfaatnya.  Sedang...