Posts

Beginikah Kiamat?

Image
Suara tangisan manusia lelaki dan perempuan, melihat goyangan bumi menggoncang bangunan yang selama ini berdiri teguh, ke sana-sini manusia mencari arah untuk dituju. Sedangkan gambaran saat berlakunya kiamat adalah lebih dahsyat dari ini semua. Al-Qoriah, Mal Qoriah? Al-Qoriah, tahukah engkau apakah itu Al-Qoriah, (Goncangan) , pada hari itu (kiamat) kamu akan melihat manusia seperti kelkatu, dan gunung-ganang berterbangan...Masya Allah. Gunung sebagai pasak bumi, yakni paku bumi, boleh tercabut dan berterbangan dek suasana yang hiruk-pikuk hari kiamat. Angin yang kuat menerbangkan segala kekuatan manusia, harta dan kecantikan, perhiasan dan kemewahan sudah tiada guna lagi. Manusia semua akan kembali kepada ALLAH. Dan pada hari itu (kiamat) tiada guna lagi harta dan anak-anak, adapun yang berguna adalah orang-orang yang pulang menemui tuhannya dalam keadaan qalbun salim , jiwa yang selamat (dari dosa).

Dunia Masih Bernyawa

Sewaktu saya membelek-belek Kitab Hadis Sahih Muslim mencari sabda junjungan berkenaan dzikir, ada sebuah hadis Nabi yang membawa makna, " Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang berdzikir menyebut Allah, Allah. " Manakala di dalam hadis Qudsi, ada firmanNya yang dituju kepada Malaikat Israfil, penjaga sangkakala, " Berkata Tuhan kepada Malaikat Israfil, (wahai Israfil) apabila engkau mendengar suara yang menyebut Allah, Allah, (padahal itu adalah saatnya kiamat sudah tiba), maka engkau tangguhkan tiupan itu, selama 40 tahun, sebagai memuliakan orang yang menyebut tadi " Manakala, bagi orang tua yang mewarisi anak yang suka berdzikir Tuhan mengatakan, Aku malu menyiksa hamba Ku yang (sedang) berada di dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya berdzikir menyebut namaKu di atas permukaannya. Saudara, dari beberapa potong hadis di atas, menyatakan hayat dunia ini masih ada dikeranakan masih ada orang yang menyebut namaNya, jika tidak ianya s...

Kejayaan Luar Biasa

Image
Hulu Langat : Kejayaan yang Luar Biasa itu akan diperoleh melalui usaha luar biasa, biarpun murid itu adalah murid biasa, guru juga guru biasa, ibu bapa juga biasa. Hal demikian dinyatakan oleh En.Noorhisham Hamzah sewaktu menyampaikan ceramahnya di S.K Sungai Serai hari ini. Mengambil contoh Nur Amalina dan Nik Nur Madihah, mereka berdua adalah ikon manusia yang berjaya didunia. Namun perjalanan hidup ini masih panjang. Kita perlu berjaya juga selepas meninggal dan di akhirat kelak. Terima Kasih kepada pihak guru kaunseling dan pentadbir S.K Sungai Serai

Tsunami Mengheret Kapal 2KM

Image
Sejauh 2km dari laut, kapal ini dibawa ke sebuah perkampungan berhampiran bandar Kota Banda Aceh. Saya cuba melawat peninggalan sejarah awal ini 2 tahun yang lalu. Kapal ini seberat 200,000 ton dan tak mungkin boleh dibawa ke laut kembali, melainkan dengan kuasa Allah Taala jua. Saya melihat rumah-rumah di sekeliling kapal ini, tinggi juga rupanya air ini, kira-kira separas bumbung rumah, kalau tidak masakan kapal ini boleh berada di sini. Pandangan dari sisi depan kapal Melihat Kebesaran Tuhan

Peranan Tahap Kefahaman Agama Terhadap Penyalahgunaan Dadah

Image
Oleh : Ojaloli Latar Belakang Pelatih Emy (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun merupakan anak pertama dalam keluarga berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Emy adalah seorang perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kajian ini dilakukan di Pusat Serenti (Wanita) Bachok, Kelantan pada 2 Ogos 2009 jam 11.30 pagi. Mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1994. Pada peringkat awal, Emy hanya menagih dadah jenis ganja sebelum beralih kepada dadah jenis heroin dan syabu. Pada tahun 2000, Emy telah dimasukkan ke Pusat Serenti Kemumin, Kelantan setelah disahkan positif ujian dadah. Semenjak tahun 2000 sehingga kini, Emy telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan sebanyak lima kali iaitu dua kali di Pusat Serenti Kemumin dan tiga kali di Pusat Serenti Bachok. Kesempitan hidup keluarga menghalang Emy daripada meneruskan persekolahan. Emy hanya sempat bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Pada usianya 23 tahun, Emy telah berkahwin dan mendapat dua...

Satu Lesen Untuk Satu PC

Image
Jika anda mengguna antivirus yang percuma, sememangnya boleh, tetapi ramai tidak sedar, bahawa sistem yang percuma itu tidak akan scan keseluruhan item dalam komputer anda. Ianya akan scan hanya beberapa item sahaja. Namanya saja pun percuma, free atau gratis. Lain pula jika kita mengguna sistem perisian berbayar, kerana ianya sah dan bersambung terus dengan syarikat pengeluar.Harga untuk 1 lesen di mana-mana kedai sekarang ini ialah sekitar RM90.00. Lain pula jika anda dapatkan key tadi dengan saya. Juga untuk satu komputer. Hanya RM33.00 untuk Karpesky Internet Security, dan untuk 1 PC. Bukan seperti 1 key untuk 3 PC. Kenapa anda boleh dapat murah? Sebab saya hanya jual key dia sahaja. Programnya anda boleh download di internet. Kenapa di kedai mahal? Mereka sewa kedai, lagi pula mereka jual dengan kotak dan CD bersama. Walhal jika anda membeli di kedai, anda hanya membeli key nya sahaja bukan. Programnya boleh didapati dimana-mana. Macam mana nak dapatkannya? Anda boleh ...

Bagaimana L4 Berfungsi

Image
Rupa Bentuk Borang L8 Mungkin ramai yang masih "bingung", bagaimana L4 berfungsi dan bagaimana supaya ia berfungsi.Baiklah, mari kita lihat bagaimana ianya befungsi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk mengguna sistem penghantaran laporan secara automatik. Laporan ini akan dihantar oleh semua guru bimbingan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam bentuk fail excel. Fail ini kita namakan L4. GBSM akan mengisi borang ini. Setelah borang tersebut di isi dan dihantar melalui internet dengan menggunakan sistem upload, borang2 tersebut akan digabungkan oleh pengurus khas bagi setiap negeri dan daerah. Apakah anda akan di detect jika tidak menghantarnya, ya. Sebagai contoh Sistem ini akan menunjukkan kepada pengurus (JU) bahawa bakul sekolah rendah Daerah Hulu Langat hanya ada 40 fail. Ini membawa makna hanya 40 buah sekolah sahaja yang telah menghantarnya. Begitu juga dengan sekolah menengah. Jangan berlegah lagi, se...