Posts

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum, sempena raya tahun ini, penulis nak berpesan beberapa perkara kepada adik-adik. 1. Tunaikanlah Sholat Sunat Aidil Fitri, kerana ianya hanya sekali setahun. 2. Perbanyakkan menyambung silaturrahim dengan menziarahi ke rumah jiran dan saudara mara jauh atau dekat. 3. Apabila bertamu ke rumah orang, jaga adab, jangan utamakan duit, jangan buka sampul duit di depan orang, apabila membanding-bandingkan dengan pemberian mak cik dari rumah lain. 4. Jaga pakaian, aurat mesti dijaga, termasuk dengan adik-beradik ipar, aurat tetap haram didedahkan. 5. Jadikan semua kunjungan, senyuman dan sedekah itu sebagai satu ibadat. 6. Jaga makan, mentang-mentang dah habis puasa, semua boleh makan, ooo jangan begitu.Kesihatan mesti dijaga. 7. Bagi yang tahun 6, Ingat UPSR hanya tingga lebih kurang 20 hari saja lagi.Sentiasalah ingatkan buku, nota dan bahan berkaitan peperiksaan. 8. Awasi menonton TV, jangan duduk depan TV lama-lama.

Orang yang paling tidak terhibur

Image
Berkata seorang Ustaz, dalam dunia ini, manusia yang paling tidak terhibur ialah tukang penghibur. Penyanyi, pelakon, sahlah jiwa mereka kosong, apabila mereka tak punya hubungan dengan Tuhan yang menjadikan dirinya. Masak dia boleh lupa pada Tuhannya sehingga terputuslah hubungan itu. Dewasa ini, kian ramai artis yang kembali kepada Ajaran ISLAM, yah...Islam di dahulukan, Syariat diUtamakan, mereka merasai betul, kekosongan batin mereka. Beruntunglah orang yang mendapat hidayah atau turning point tersebut. Dulunya, saya pernah bertanya pada diri sendiri, apabila melihat gahnya perkahwinan artis, sehingga berpuluh-puluh ribu wang hantaran, majalah mana yang tidak masuk, akhbar mana yang tidak sebut, sampai ke luar negeri, last-last...tup tup....gempar sekali lagi, perceraian sedang menggoncang rumahtangga mereka. Aduhai, alangkah jauhnya hidup mereka dengan Allah Taala. Berkata guru saya, di padang mahsyar kelak, semua manusia akan dikumpul, "Yauma la tamliku nafsun linafsin...

Konotasi Antara Mukmin dan Dzikir

Satu hubungan yang begitu erat sekali, apabila kita membaca ayat-ayat berkaitan dengan sikap orang Mukmin. Antara ayat tersebut ialah, " Fazakkir, fainna zikra tanfaul mukminin " Maka hendaklah engkau memberi peringatan, tazkirah, ceramah, kultum atau apa saja namanya, kerana sesungguhnya peringatan atau tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang mukmin . Orang mukmin dilukiskan sebagai manusia yang akan mendapat manfaat dengan majlis ilmu, so, kita harus pertanyakan, status manusia yang tidak menyukai akan majlis ilmu atau tazkirah. Terang lagi bersuluh, ayat tadi menegaskan, tazkirah itu bermanfaat bagi orang mukmin. Syukurlah, jika dalam jiwa kita ada rasa suka pada majlis ilmu. Dalam ayat yang lain.Tuhan berfirman lagi, " Wa nunazzilu minal Qur'aani waa huwa syifaaun wa rahmatun lil mukminin " Dan Kami turunkan Al-Qur'an itu, mengandungi (syifa') obat, dan rahmat, bagi orang-orang mukmin. Lihat tu, orang mukmin juga yang mendapat manfaatnya.  Sedang...

13 Tahun yang lalu

Assalamualaikum, apa khabar semua sahabat, beberapa hari sudah saya ingin menggerakkan jari jemari ini untuk menulis, dan saya akan terus menulis selagi Tuhan membenarkan saya berdakwah lewat media Blog ini. Sebelum Kembara Hidup dilancarkan, Tinta Norish telah bertapak sebelumnya. Perubahan waktu, Tinta Norish terpaksa di rubah, memandang mesej yang dibawanya lebih kepada nuansa dakwah Islami. Ramadan di Aceh Seingat saya, ketika menjalani ibadah puasa di Banda Acheh dahulu (tahun 1999).Habis solat Asar, saya mengayuh basikal dari Kampung Tanjung Selamat ke Mess Malaysia di Jalan Inong Balee.Jaraknya sekitar 6 kilometer atau lebih. Maklum di rumah sewa kami tiada TV sendiri, kami beramai-ramai menonton TV RCTI (di Mess) menjelang waktu berbuka, lebih seronok jika bersama rakan-rakan.waktu itu cukup ramai yang meminati filem drama lakonan Krisdayanti.(Lupa judulnya).Filem itu kemudian dibawa masuk ke Malaysia. Dekat-dekat waktu berbuka,mucul syarahan di TV yang lebih dikenali kult...

Berbeza tapi masih sama

Dalam Islam ada undang-undang yang lengkap, meliputi semua aktiviti hidup manusia, berpotensi memberi bantuan yang diperlukan oleh setiap manusia, tanpa mengira batasan tempat dan masa. Likulli zamanin wa mamakaanin .Undang-undang ASAS terkumpul dalam Al-Qur'an ul Karim, yang kita sedia maklum, diturunkan dalam bulan Ramadan secara sekali gus dari Baitul Izzah ke langit dunia, dari situlah ia diturunkan beransur-ansur ke dunia mengikut keadaan semasa kepada Nabi Muhammad SAW.Pembawanya Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam. Undang-undang kecil bersifat cabang atau ranting, itu semua di ambil berdasarkan prinsip-prinsip utama yang telah disebutkan secara menyeluruh dalam Kitabullah itu. Hukum menyuntik heroin ke tubuh badan manusia sehingga menjadikan pengguna itu kebingunan, rosak akalnya, pun sudah ada (termasuk) dalam Qur'an, ianya kembali kepada objektif dadah itu iaitu memabukkan. Memanglah zaman Rasulullah, Heroin dan Morfin belum disebut,tetapi sifatnya tetap sama, iaitu m...

Indahnya

Image

TAQWA : Berjayakah kita memilikinya

Image
Aduh...Tajuk yang boleh memberi pukulan kepada sesiapa sahaja. Sembari datangnya Ramadhan, objektif puasa atau shaum itu ingin membawa kita semua  (yang berpuasa) dekat kepadaNya dan menjadi insan bertaqwa.Jika sudah bertaqwa, upgrade diri lagi supaya lebih hampir lagi, kerana hiijab yang menutupi hati kita dengan Nya mempunyai 70,000 hijab. Kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan, dan sudah pun memasuki fasa separuh masa kedua. Nampaknya majoriti umat Islam sedang mengejar yang lain dari mengejar objektif puasa itu sendiri.Baju raya yang dicari, mercun pun sudah berbunyi, lagu raya sudah diputar, nampak sangat mereka macam lebih seronok jika Ramadhan ini berlalu lebih cepat. Entah ini pertemuan yang kali ke berapa terakhir dalam hidup kita dengan Ramadhan.Nafsu, atau keinginan batin kepada kehidupan dunia masih memberontak.Belum juga berpaling untuk tuhannya, walaupun tiap malam ayat Iyyaka Na'budu wa iyyaa ka nasta 'iem, dibacakan malah di ulang-ulang. Aduhai, betapa ...