Posts

WAJAH-WAJAH PADA HARI ITU BERGEMBIRA

Image
Sudah pasti,air mata akan berkucuran dari genangan kelopak mata, lantaran kegembiraan dan kegirangan sang anak mendapat hasil dari jerih payah usahanya selama ini. Habis sudah kepenatan, tekanan, serabut dan pening yang sering berdatangan saban waktu. Kini anak-anak mampu tersenyum kegembiraan. Berhari-hari kegembiraan menggebu dihati, dibawa ke mana sahaja, sampai ke katil dan bilik air. Tangisan Gembira

Buletin ke 12 Tahun 2009

Image
Hari ini sempat dikeluarkan buletin Bimbingan dan Kaunseling, walaupun secara tergesa-gesa, dek mengejar waktu tamat persekolahan.

MAN JADDA WAJADA

Image
" Barangsiap Berusaha, Dia Pasti Dapat. " Yes....Siapa yang Berusaha, dia pasti dapat, itu janji Tuhan....dan yang tidak dapat seperti orang lain (yang cemerlang), dia juga pernah berusaha untuk mendapat yang ia dapat hari ini. Makanya, anak murid yang mendapat markah kurang bagus, dia tidak bersedih, malah tidak setitis air mata pun mengalir dari kelopak matanya...dia terima hasil usahanya selama ini dengan redha. Semoga Allah memasukan mereka ke dalam golongan Radhiallahu Anhum..Wa Radhu Anhu...Dzaa lika liman khasyi ya Rabbah

Terima Kasih Warga Kaunselor

Image
" Foto ;En.Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Murid JPN Selangor melihat hasil rumusan terakhir L8 sebelum dihantar ke Kementerian " L8 Negeri Selangor hari ini berjaya di satukan, walaupun memakan sedikit masa untuk mencari masalah. Sistem rumusan adakalanya tidak dapat memberikan jawapan terhadap nilai-nilai yang diberikan. Kami mencari apa sebabnya. Rupanya ada sahabat kita yang telah mengusik sistem L4 menyebabkan ianya berganjak sedikit. Perlu dimaklumi, walaupun hanya setapak, ia tetap merosakkan semua sistem. Dalam Negeri terdapat 11 buah sekolah yang gagal menghantar Laporan L4 ini. Namun Daerah Hulu Langat berjaya di selesaikan walaupun hingga ke saat akhir. Untuk tempoh akan datang, kemungkinan pihak Jabatan akan meminta laporan ini dalam masa enam bulan sekali.

MANFAATKAN EKSISTENSI BLOG ANDA

Image
DEWASA ini para pelajar kelihatan lebih hebat dari guru, mereka sudah mengenali apa itu myspace, facebook, YM, Blog dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ramai para guru masih terkial-kial hendak menekan butang itu dan ini, apalagi menghantar sebuah fail kepada rakan mereka dalam bentuk attach file. Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan. Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya. Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua. Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Ji...

2012 Tahun Sekolah Bebas Dadah

Image
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya. Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah. Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat. Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia. Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu ...

Ku Temui Rakan Lama di FaceBook

Image
" Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya , sekarang sudah jadi ibu" Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama . Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya. Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka. Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988. Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe. Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal ...