Posts

Carilah Solusi Dalam Hidup Ini

Image
"S esungguhnya Tuhan kamu Dia akan mengumpul antara kamu semua ( hari kiamat ) untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kamu (yang mana belum selesai) di dunia ini" Surah As-Sajdah Hidup ini penuh dengan cobaan, ujian akan datang bertimpa-timpa selagi kita hidup, ianya bagaikan pantai dan ombak. Namun, solusi penyelesaian sentiasa ada, tinggal kita mahu berlapang dada menerimanya atau tidak. Manusia yang bertengkar dalam urusan politik, ekonomi, dunia dan apa sahaja sehingga tidak menemui jalan penyelesaian ( solusi ), tahu-tahu dia menang dimahkamah dunia, sedangkan dia bersalah, jangan sedap sangat, tuhan sudah berjanji akan selesaikan kes yang tersangkut di mahkamah dunia ini di padang mahsyar kelak. Kalau kita nak tunggu tuhan yang menghakimi kes yang kita hadapi, OK, tuhan boleh ( selesaikan ), kerana Dia Ahsanul Hakimin ( Sebaik-baik Hakim ). Namun derita menunggu penyelesaian itu sangat dahsyat, bayangkan di tengah kepanasan mentari, mahkamah bersidang. Juteru... La...

Penyakit Berjangkit

Image
Ia bagaikan kelompok penyakit yang menular dikalangan artis, orang-orang tension, orang-orang jauh dengan tuhan, dan orang-orang yang bermasalah dan tidak reti menyelesai masalah mereka. Jalan paling singkat ialah mengambil dadah. Ada artis dikatakan mengambil dadah kerana mereka amat pemalu berdepan dengan khalayak. Untuk membuang rasa malu seketika dipentas mereka mengambil dadah. Awalnya dengan niat tersebut, lama kelamaan dia ketagih.

Nikmat dibawah Langit Biru

Image
Fa Amma bi Nikmati Rabbika Fahaddis, Dan adapun nikmat-nikmat Tuhanmu, maka khabarkanlah. Dan Kami jadikan air sebagai penghidup kepada sesuatu yang lain. Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu, berupa obat dan rahmat

Pusat tahanan sarang penjenayah

PETALING JAYA - MIC mahu kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa menjadi sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha untuk memulihkan mereka. "Penjenayah kecil-kecilan yang dihantar ke pusat itu kemudian keluar sebagai penjenayah tegar," kata presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Pemuda MIC mengenai pencegahan jenayah di kalangan pemuda India di sini semalam. Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau sedar bahawa beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga mahu pusat berkenaan ditutup. Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan tahanan reman. Samy Vellu yang melawat pusat berkenaan pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya menegaskan, pusat tersebut sesak dan banduan tinggal...

Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya

Image
" Nantilah, kita kumpul semua anak-anak muda, kita buat majlis besar-besaran, jemput semua ibu ayah sekali " Itulah antara jawapan yang sering saya dengar dari pengerusi surau apabila meminta untuk memberikan ceramah gratis di masjid dan surau berkenaan penyalahgunaan dadah. Akhirnya majlis itu tak jadi. Walhal, saya mempunyai bidang khusus dalam bab penagihan yang di iktiraf oleh Universiti, ceramah percuma pulak tu, bukan nak kan duit, tetapi saya nakkan masyarakat kita sedar betapa sikap keluarga itu sendiri yang menjadikan anak mereka penagih. Salah Tanggapan Masyarakat kita salah memahami, kenapa mereka juga, yang sudah dewasa, sebagai ibu ayah, perlu mendengar syarahan Penagihan Dadah. Tujuan syarahan adalah bukan supaya mereka takutkan dadah. Tetapi supaya mereka memahami sub-budaya, tingkah laku penagih. dan punca-punca anak menjadi penagih dan cara mengelak dari berlaku hal sedemikian. Jika ini mereka tahu dari awal, mereka dan boleh detect, anak si A ni rupanya ad...

Relapse Wajib Bagi Penagih

Re dan Lapse adalah 2 perkataan yang berbeza, kemudian di cantum menjadi relapse, bahasa ini wujud dalam dunia penagihan dadah. Dia membawa makna pusing semula, atau membuat U-Turn. Seseorang yang baru habis menjalani pemulihan di PS (Pusat Serenti) , apabila keluar dari pusat dalam masa beberapa hari atau minggu atau beberapa lama, dia terjebak semula. Situasi inilah namanya Relapse. Relapse boleh terjadi pada sesiapa dan bila-bila sahaja dikalangan penagih bekas dadah. Pernah terjadi, seorang pelatih yang sedang menjalani pemulihan, setelah cukup tempoh setahun, dia dibenarkan tinggal di re-entry, (tempat tinggal bagi bekas penagih didalam pusat serenti), dia dibenarkan keluar untuk bekerja. Malamnya dia akan pulang ke re-enty. Ketika diluar dia terjebak penagihan sekali lagi. Penghuni pusat memang tidak hairan jika relapse berlaku, kerana bukan mudah bagi mereka untuk berhenti terus, sebab ada satu lagi faktor namanya " triggers ". Selain faktor triggers, ada satu fakt...

Modul PMD 2010 SK Bangi

Image
Al-Hamdulillah, selesai sudah modul PMD tahu 2010 yang akan digunakan di sekolah saya nanti. Biasanya saya selalu mengubah-ngubah modul ini demi kepentingan sekolah berdasarkan keperluan semasa. Hal ini dipersetujui oleh salah seorang Jamaah Nazir yang datang ke sekolah saya pada tahun 2006. Saya mengatakan modul ini saya bina sendiri berdasarkan keperluan di sini. Bagus katanya. Tahun ini saya bina lagi. Begitulah saya, sentiasa kurang puas dengan pencapaian saya sendiri selama ini, saya harus tambah dan tambah selagi akan kudrat. Dengan tersiarnya tulisan ini, saya dengan ini membenarkan rakan-rakan kaunselor yang ingin mendapat modul tersebut, sila klik di sini .