Posts

Showing posts from May 4, 2008

Berita HAri Ini

Image
BANGI, 10 Mei 2008 , 8.30 saya memenuhi undangan SK JLN 2, Bandar Baru Bangi mohon menyampaikan ceramah Kepimpinan. Seramai 100 orang lebih murid-murid dikumpul terdiri pengawas tahun dua, tiga, empat dan lima. Terkejut juga bila tau sekolah ni ada pengawas tahun 2.Sekolah kita kat Bangi lama ni,tahun 3 je baru ada pengawas. Petangnya jam 2.30 satu bas dari MIAt mengambil murid-murid di sekolah dan membawa ke MIAt untuk membuka minda murid. Seramai 4 orang guru ikut serta. Sesudah bas bertolak, ada pula yang baru sampai, tertinggal bas lah kali ni. NAsib baik bukan murid, tapi guru sendiri. Apa lagi terpaksalah mengejar bas tu sampai ke MIAT sana. Apa pun terima kasih dari pihak kami sekolah Kebangsaan Bangi buat pihak MIAT yang saban tahun menjemput anak-anak kami ini. Dan esok (Ahad) jam 9.00 pihak AJK PIBG sesi 2008-2009 akan bermesyuarat buat kali pertama dek kesibukan memanjang semua member. Anda ada apa-apa nak disampaikan?

Wak Tom Dengan Lagunya

Image
CUKUP SAMPAI DISINI Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh wakil Staf Sokongan SK Bangi, Wak Tumirin atau lebih glamour dengan panggilan wak tom. Beliau merupakan bekas juara Karaoke menyampaikan sebuah lagu " Cukup Sampai Di sini". Puan Asnah turut menambah gelak tawa hadirin dengan memberikan sekuntum bunga berdaun tanda penghargaan atas suara emas yang lunak merdu. Kami cuba menggembirakan Puan Jannah sebagai tetamu kehormat, namun kesedihan melebihi dari itu. Pemergian beliau dari SK Bangi merupakan suatu kehilangan besar buat sekolah. Beliau yang setiap hari sudah pun berada di pejabat sekitar jam 7.00 pagi adalah seorang guru yang cukup prihatin tentang nasib murid dalam pelajaran. Beliau yang mengajar Mata Pelajaran Moral apabila terdengar ura-ura menyambung perkhidmatan penjawat awam sehingga 60 tahun, "ooo tak mau saya..." Guru cukuplah 55 tahun. Memandangkan nama guru hari ini bukanlah sehebat guru zaman dulu-dulu, membuatkan belia

Foto Sekitar Persaraan GPK KU

Image
Majlis Terakhir setelah Nyanyian Lagu Dimana ku Cari Ganti Guru Bersalaman dengan Puan Hajjah Noor Jannah Menyampaikan Ucapan Persaraan Guru Mengambil Kesempatan Berfoto Patah tumbuh hilang berganti Yang Datang Tak Sama Dengan Yang Pergi Kami memohon ke Hadrat Ilahi Semoga Hidupnya Beliau Diberkati Bergambar buat kali terakhir secara rasminya sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum. Beliau dilahirkan di Johor Bharu menamatkan zaman perguruannya di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Majlis Persaraan Pn.Noor Jannah

Sempena Majlis Persaraan Puan Noor Jannah, GKP Kurikulum, pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan, syabas di ucapkan kepada pemain muzik utama, En Fakhrul Ramzan sebagai pemain piano, dan En.Tarmizi pemain gitar. Mereka berdua adalah guru muzik. Program sebegini memberi pengiktirafan kepada mereka berdua. Tidak ketinggalan, dibelakang tabir yang menjayakan majlis ini Pn,Mazidah Abd Wahid, Pn Nora Ibrahim, Pn Norizah Rahmat dan Setiausaha BKG.

Bila Perlu

Terima kasih kepada Ustaz Mokhtar yang telah memasukkan nombor telefon AJK PIBG sesi 2008-2009 ke dalam web sekolah. Nombor Telefon Warga PIBG SK BANGI klik di sini.

Al-Fatihah Untuk Ibu Cikgu Alfah

AL-FATIHAH . KAJANG , 04 Mei 2008, Ibu kepada seorang guru di SK Bangi telah kembali ke rahmatullah petang tadi setelah dimasukkan ke Hospital lebih seminggu yang lalu. Beliau yang diserang "angin ahmar" dibawa dari Hospital Sabak Bernam ke Hospital Klang minggu lalu kini telah pun pergi menyahut panggilan Ilahi. Saya menerima mesej pemergian ini dari Setiausaha PIBG En.Shahrom yang prihatin, Sekalung Takziah kita kirimkan buat Cikgu Alfah dan keluarga di atas musibah ini. Sesungguhnya Tuhan menjanjikan Syurga kepada orang-orang bersabar, firmanNya dalam Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya kehidupan dan kematian pasti terjadi atas seorang insan. Dengan itu kita diminta sentiasa bersedia untuk itu. Di sebalik kematian ini adanya kehidupan lain yang lebih kekal, lebih dahsyat, lebih ngeri dan lebih nikmatnya dari dunia dan seisinya. Tuhan menggambarkan dunia ini seperti air yang turun lari langit, lalu menyuburkan segala tanaman sehingga tumbuh subur segala tumbuhan dan mengeluar