Posts

Showing posts from August 29, 2010

Akan Lengannya Dunia Ini

Image
Hari ini masjid-masjid dan surau dibandar mulai lengang.Masyarakat mulai balik kampung dek cuti yang panjang. Taman-taman perumahan pun mula sunyi. Balik kampung sesungguhnya satu hal yang menyeronokkan. Walaupun perjalanan beribu batu.Sama hal keadaannya dengan anak-anak di sekolah, bunyi loceng terakhir setiap hari amat dinanti-nantikan. Pokoknya, balik adalah suatu hal yang mengembirakan. Bagaimana gembiranya orang balik kampung, macam mana suka nya sang anak pulang ke pangkuan keluarga,sepatutnya begitulah kita pulang ke kampung abadi kita dengan penuh kegembiraan dan dinantik-nantikan saatnya." Wujuu hun yaumaizin musfirah, wujuuhun yauma izin naa imah " wajah-wajah manusia pada hari itu,(kiamat) berseri-seri dan bergembira.Lantaran pertemuaannya dengan Sang Khaliq, pencipta dan penjaga dirinya selama ini. Ada kisah, seorang askar yang mabuk berjalan-jalan dek sesat didalam hutan, dia mencari dimana letaknya bandar,bertemulah dia dengan Ibrahim Adham, seorang sufi yan

Masuk Kubur Bersama Dadah di Poket

Image
Malam tadi saya bersama pengarah dan timbalannya ke sebuah pusat serenti di Kuala Lumpur. Ada satu program khas, yang dibuat setahun sekali, hanya didalam bulan Ramadan. Program yang dinamakan PROBE ini adalah khusus untuk para penagih. Rasa ingin tahu, apakah pengisian PROBE ini, membuat saya meninggalkan rumah sementara, walau terpaksa pulang jam 3.50 pagi. Baiklah, saya ceritakan sedikit, apa yang berlaku, kerana ada sahabat yang kepingin tahu, tetapi tidak berkesempatan untuk masuk ke tempat ini, dalam program ini, para penagih duduk mengelilingi sebuah replika masjid. Lampu dipadam, hanya tinggal lampu replika itu saja, muzik latar dimainkan, lagu-lagu berkaitan sejarah kehidupan, hari raya dan takbir raya. Seorang penagih keluar ke tengah-tengah, dia bercerita kisah lampaunya, dizaman penagihannya kenapa dia menagih dan apa sebabnya, seorang kaunselor disitu berkata, dengan program ini mereka akan keluarkan segala isi hati, yang selama ini mereka simpan bertahun, tak keluar

Sebuah Apririasi Dari Majalah Pendidik Buat Blog Norish77

Image
k Terima Kasih kepada sahabat saya En.Fadzli Jusoh yang telah berjaya memuatkan ulasan berkaitan blog saya ini, norish77 di Majalah Pendidik bulan September 2010. Semoga para guru dan kaunselor sudi memiliki atau membacanya. Mari kita tambah semarakkan blog guru, sharing ilmu, sharing is caring kata orang. Bulan depan, kalau jadi, saya akan menyampaikan sebuah kursus membina laman blog kepada staf sebuah organisasi di Negeri Melaka atas jemputan seorang kenalan.

Majlis Berbuka Puasa di SKB

Image
Khamis. 02 September 2010. 2 Majlis di sambut serentak hari ini, iaitu Majlis Berbuka Puasa serta Solat Hajat. Selain itu ada selingan progran ceramah motivasi kepada murid dan ibubapa selepas solat terawikh. Kehadiran tidak begitu memuaskan, mungkin banyak halangan yang tidak dapat dilepasi. Namun kantin sekolah dapat juga dipenuhi dan kuih-muih pun sempat dihabiskan selepas acara semua selesai. Anak-anak generasi terakhir di SK Bangi tahun 2010. Mereka akan ke sekolah menengah tahun 2011.Apakah nasib mereka?

Persediaan Ibubapa Menjelang Peperiksaan

Image
Menjelang tibanya hari peperiksaan anak-anak akan menghadapi tekanan dari pelbagai sisi hidup dan dari pelbagai sumber. Tanda-tanda tekanan : 1. Bimbang-Ada perubahan dalam tingkahlaku anak. 2. Runsing-Anak tidak selera atau terlalu selera makan. Tidak boleh tidur atau terlalu kuat tidur. Murung, marah dan sensitif. Bagaimana ibu bapa boleh membantu ? Antaranya..... 1. Peka kepada perubahan 2. Katakan harapan dengan jelas yang anda mahukan yang terbaik mengikut kemampuan mereka. 3. Diamkan diri anda apabila mereka terlalu tertekan. Elakkan dari meninggikan suara atau marah. 4. Ajak mereka melakukan aktiviti yang dapat menenangkan diri. 5. Tanamkan keyakinan dalam diri mereka. 6. Berasama-sama merancang dalam mengurus masa mereka. 7. Mengawal pergerakkan keluarga (balik kampung, dll) terutama yang melibatkan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan supaya persiapan mereka tidak terganggu. 8. Sentiasa mengambil bahagian aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. (Solat

Bijak Matematik

Image
BANGI. 1 Sep 2010. En.Abdul Rahim telah hadir ke sekolah hari ini dalam rangka menurunkan ilmu bijak sifir. Blog beliau Beliau mengajarkan bagaimana cepat mengira matematik. Selepas menyampai ceramah, Cikgu Rahim masuk ke bilik saya untuk mengambil gambar dan video yang baru rakam sebentar tadi, beliau teruja, sebab saya tunjukkan bahawa blog boleh.. 1. Ganti nama dengan nama sendiri.Com 2. Paparakan Gambar Luas Lalu beliau ingin mengadakan kursus membina blog di tempatnya kepada stafnya.

Tazkirah : Satu Metode Pendidikan Masyarakat

Image
Usaha pihak masjid, surau dan sekolah mengadakan program Tazkirah di tempat masing-masing amat baik dalam bulan yang mulia ini dan ianya bertepatan dengan seruan agama Islam sendiri." Fa zakkir, fainna zikra tanfaul mukminin " Maka berikanlah peringatan, tazkirah, ceramah atau kuliah, kerana sesungguhnya tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang-orang mukmin . dan lagi " sayaz zakaru man yakhsya " akan mendapat peringatanlah orang yang hati nya ada rasa takut (pada tuhannya). Banyak ayat Quran dan Hadis Nabi yang meminta kita saling pesan-memesan antara satu sama lain, kerana manusia ini sifatnya lalai, sesuai dengan nama manusia itu sendiri, dari kalimah " nasiya " yang ertinya "yang lupa atau pelupa". Adapun isi peringatan yang sangat baik adalah tentang hakikat kehidupan didunia ini yang sementara. Manusia dihidupkan hanya sementara didunia, kerana ada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Kemudian, kelebihan, fadilah zikir, selawat,

Sambutan Nilam Sedaerah

Image
Ucapan dari PK Akademik, Pn.Rabitah merasmikan pembukaan program ... .. Pengawas Tahun 5 Foto Lengkap akan diburn dalam CD