Posts

Showing posts from April 18, 2010

Bukan Makanan Yang Tak Sedap

Image
Kebiasaannya semua makanan sedap dan menyelerakan, namun apabila seseorang itu deman, dia akan merasakan semuanya tawar dan tak sedap, padahal orang lain boleh makan dengan sedapnya. Wa maa umiruuu illa li ya'buduLLaha MUkhlisiena lahud dien . Dan tidaklah Aku menyuruh kamu melainkan hanya sanya untuk beribadah kepada Ku dengan penuh IKhlas. Itulah kerja hakiki manusia seluruhnya, main bisness kata orang. Dan sepatutnya ibadah menjadi sedap bagi jiwanya, sebagaimana ayam sangat sedap bagi sesetengah lidah manusia. Dan apabila manusia yang suka ayam tadi, sebagai contoh terkena demam hingga teruk sangat, maka ayam yang sedap pun dia akan kata tak sedap. Sesungguhnya bukan ayam yang tak sedap, tapi lidah dia sakit. Pun begitulah soal ibadah, sepatutnya sembahyang, zikir, munajat menjadi sangat sedap pada rohani manusia. Jika ada yang kata ibadah tak sedap, maka sebenarnya jiwanya yang sakiti. Dalam hidup ini, jika manusia sakit, demam, dia akan cepat-cepat pergi ke klinik untuk

Bukan Hanya 1 Malaysia

Image
Mungkin saya sudah siarkan, kisah seorang penagih yang berada di salah sebuah Pusat Serenti di Malaysia. Pendapatannya RM40,000 seminggu. Hanya dia sahaja RM40,000. Dia dan 4 orang lagi kawannya dapat sama rata. Apa kerjanya? Dia ada kerja rasmi sebagai seorang pegawai, tapi dalam masa yang sama dia juga menjalankan kegiatan memalsukan dokumen perjalanan. Sambil buat kerja tak baik itu, dia juga menjadi penagih dan pengedar kecil-kecilan akibat duit terlalu banyak. Selincah-lincah dia buat kerja licik, akhirnya tertangkap juga. Pernah masuk ISA di Kamunting, akuinya. Tapi masa dia berbual dengan saya, dia berada pusat... ya pusat serenti. Katanya... " alah encik, kalau saya menangis air mata juga keluar, sama juga encik kan, kalau saya terluka, darah juga keluar, sama encik kan " Bererti kita ni, semua manusia, bukan sahaja 1 Malaysia, tetapi juga 1 Tuhan. Boleh terima? Katanya lagi, saya suka dengar azan. Cuba azan pinta saya. Allaaaaaahu atbar.. Saya hadiahkan padanya

Perkembangan Semasa

BersamaMU TV3 telah menghubungi saya dan telah datang berbincang pasal Keluarga Puva yang telah saya siarkan dalam blog ini. Sayangnya kisah kesusahan hidup keluarga ini tidak dapat dimuatkan dalam TV3. Ada syarat tertentu yang belum mencapai tahap yang di gariskan. Terima Kasih TV3 khususnya bersamamu yang telah inisiatif menghubungi saya dan datang sendiri.

Bercita-cita besar

Image
Setiap impian, hasrat, cita-cita dan perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa impian, cita-cita akan menjadi angan-angan.

Kesan Rokok

Image
Secara farmakologi, ilmu perubatan, merokok merosakkan paru-paru, dan ini berlawanan dengan mensyukuri nikmat Tuhan yang sangat bernilai. Secara agama, perokok bukanlah seorang yang dekat dengan Tuhan, tidak ada Nabi-nabi dan rasul -rasul yang merokok, tiada ditemui dalam hadis dan Quran. Secara ekonomi, merokok merugikan kewangan, kerana wang seolah-olah dibakar.

Rokok tu Bahaya ke?

Image
E Sempena ceramah besok (21 April 2010) di SMK Kajang Utama, posting yang ke 864 ini ingin menyentuh sedikit soal rokok dari aspek relegius (agama). Pelajar-pelajar sekolah menengah tentu sekali merasa dirinya amat macho, hebat dan lebih dari orang bila mereka dapat meletakkan sebatang kertas yang dihujungnya ada api. Dari aspek agama, kita di ajar menjaga kebersihan. Ini termasuklah kebersihan mulut. Cuba lihat rumah orang yang merokok, bersih tak? Kadang api debu, abu rokok sana sini. KUrang bersih nampaknya kan. Bila merokok, mereka malas nak bangun untuk ambil bekas buang habuk, terpaksalah buang kat mana-mana atau selit di celah apa-apa. Dari aspek cantik, memang tak cantik, seorang yang berserban, berjubah, eh tiba-tiba ada rokok di antara bibirnya. Dari aspek ilmu tasauf, guru saya, tidak lah mengatakan nya haram, tetapi beliau pernah berkata, "Orang yang merokok, usah diterima kata-katanya". Ramai anak murid yang berhenti merokok, walaupun ada yang masih merokok d

Menu Komen Dalam Makmal

Image
Beberapa orang sahabat pernah menyatakan mereka tidak dapat memberikan komen dan respon kepada setiap artikel yang saya post kan. Saya cuba ubah penetapan dalam setting, harap-harap ianya menjadi. Cuba Tuan-tuan dan puan-puan tinggalkan pesan.Saya ingin melihatnya sudah jadi ke tidak.

Ubat Hati itu Lima Perkara

Yang Pertama Baca Alquran dan makanya Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah Salah satunya siapa bisa menjalani Moga moga Allah Taala mencukupi.. Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka.

Sukarnya JKM memberi Resp0n

Image
Berhubung masalah yang dihadapi oleh keluarga Puvanisvary, atas nama sekolah kami menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, dan pada hari yang sama, kami s.k (salinan kepada) kan surat tersebut kepada JKM Pusat. Didalam surat untuk itu tercatat, jika tuan ingin berurusan, hubungilah En.Noorhisham di nombor telefon sebagai mana tertera. Malangnya, hingga hari ini, saya belum menerima apa-apa respon dari mereka. At Least mengatakan surat itu sudah diterima dan sedang diproses atau sudah di ambil tindakan. Apakah surat itu tidak sampai? Ini adalah kes yang kedua kami melihat JKM cukup lambat. Tahun lepas 1 kes. Berhari-hari seorang ibu menunggu pihak JKM di hospital untuk datang membuat temuramah, sampai ibu tersebut dah naik malas menunggu. Ye lah, apa tidaknya, berhari-hari, sedang janji nak datang. Apa masalah? Tak cukup pekerja? Bebanan Kerja terlalu banyak? Atau Apa? Sebaliknya, pihak Bersamamu TV3, telah pun menghubungi saya dan telah datang berjumpa d