Posts

Showing posts from May 23, 2010

Pelajar Sekolah : Tanam Bayi

Image
SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini jam 9 pagi semalam, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan. "Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya. Noor Azam berkata, laporan kesihatan mendapati remaja berken

Serang ibu, bapa tiri1

Image
KUANTAN: Hanya kerana terganggu dengan bunyi hon kereta bapa tirinya, seorang lelaki naik berang sebelum menyerang lelaki itu serta ibunya sendiri dengan tukul besi, kerusi dan topi keledar dalam satu kejadian amuk di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 31 tahun yang juga seorang penagih dadah turut mengugut membunuh kedua-dua orang tuanya itu sehingga memaksa mereka berlindung di rumah seorang jiran. Pegawai Turus di Jabatan Urusetia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, bapa tiri suspek berusia 84 tahun, manakala ibunya berusia 57 tahun baru tiba di rumah selepas pulang dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Menurutnya, ketika tiba di hadapan rumah, kereta milik jiran menghalang laluan kenderaan mereka untuk masuk ke pekarangan rumah. “Berikutan itu, bapa tiri suspek membunyikan hon berulang kali sebelum pemilik kereta berkenaan mengalihkan

Kenapa Nak Mati Awal

Image
Tubuh badan adalah anugerah Tuhan yang sangat mahal, tidak dapat dinilai dengan harga wang ringgit, dollar dan rupiah. Hidup ini pun sekali sahaja, tiada lagi kehidupan selepas ini, kecuali hidup yang kekal abadi di sana nanti. Hidup disini pun bukan lama, sorang-sorang rakan kita sudah meninggal. Hanya tinggal anda, saya dan beberapa orang lagi. Kata Nabi, kita hidup disini (dunia) ibarat orang yang sedang menaiki sebuah kapal besar, dan singgah sebentar di pulau dunia. Kemudian kapal akan membunyikan horn nya, sedang ketika itu ada yang sudah naik kapal dan ada yang masih asyik membeli-belah. Tuan-puan, ada sebahagian antara kita, berusaha secara perlahan-lahan untuk membunuh diri. Secara tak sedar, rokok, merupakan pembunuh dalam senyap. Tak kesian ke anda meninggal dunia muda, sedang anak-anak masih kecil, menagih kasih sayang dari seorang manusia yang bernama bapa.

Anak Tak Sekolah

Image
Dalam istilah arab, kalau lebih 3 maknanya ramailah. 3 dah boleh dipanggil jamak. Dalam ribuan murid sekolah, ada beberapa orang yang selalu tidak hadir sekolah. Antara masalah yang dapat dikesan ialah : 1. Bapa seorang penagih, pengurusan anak tidak ada yang urus. 2. Bapa menyalahkan isteri, sebab tidak bangunkan anak, bahkan isteri tidur sama 3. Bangun lambat. Di tinggal bas/van Sebagai guru kaunseling sekolah, menjadi tugas saya membuat lawatan ke rumah, mengorek rahsia apa masalah sebenar hingga anak sering tidak ke sekolah. Jawapan bapa : Seperti nombor 2. Isteri saya ada penyakit, kalau tidur tak bangun, pagi-pagi saya keluar kerja, anak tidak dibangunnya. Dia pun sama turut tidur. Tak pe lah cikgu, terima kasih datang, nanti saya adjust lah macam mana. Saya cukup kesal terhadap bapa sebegini sebagai umat Islam, malu pada Cina Pekan Bangi, jam 6 pagi sudah bangun. Ini orang Melayu, jam 7 belum bangun ka. Persoalan yang kadang-kadang terlepas di mulut saya,

Tanda Dunia Modern

Image
Drs.Achmad Mubarok dalam bukunya Jiwa,mengupas tentang penyakit-penyakit rohani yang melanda manusia zaman modern. Sebelumnya beliau menerangkan apa yang dikatakan dunia moden. Menurutnya, petanda zaman modern itu ditandai oleh 2 keadaan. Yang pertama penggunanaan sistem teknologi dalam semua hal dan kedua berkembang biaknya ilmu teknologi. Antara teknologi yang wujud ialah Telefon Bimbit. Kedatangannya ke dunia akhir zaman membawa banyak kebaikan. Pun ada yang menyalahguna untuk pemuasan nafsu diri sendiri. Anda bayangkan, bagaimana lelaki boleh masuk ke dalam kamar seorang perempuan, lalu tidur berkali-kali, sedang mak bapak perempuan ada dirumah, dan akhirnya perempuan itu hamil? Bukankah kerana telefon bimbit yang mengantar isyarat line clear...boleh masuk. Ingatlah.. Fa Amma man thogho...wa atsral hayatad dunya....Dan adapun orang yang togho...melebih-lebih, jahil, dan mengikut kehidupan dunia, maka neraka jahim baginya di akhirat kelak. " Wa amma man khoo fa maqaa ma r

Anak Akan Berkorban Pabila...

Image
Dari beberapa titik-titik kesimpulan kejayaan anak-anak, dapatlah disimpulkan akan beberapa hal. Yang pertama, anak AKAN berkorban untuk ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa, setelah mereka menyedari pengorbanan dari orang tuanya untuk dirinya. Orang tua yang tidak banyak berkorban, ibaratnya hanya membiarkan masa membawa anaknya ke pulau kejayaan, tanpa dayungan, tanpa enjin, hanya mengharap angin yang membawa sampan itu bergerak sendiri tanpa kemudi. Masa untuk anak-anak tuan berdepan UPSR hanya tinggal 100 hari lebih lagi. Dari pengalaman ibu bapa yang dulu-dulu, yang anak mereka dapat 5 dan 4A, antara beberapa hal yang mereka lakukan adalah : 1. Memperbanyak solat hajat 2. Memperbanyak latihan utk anak2 menjawab soalan-2 lepas 3. Sentiasa berdoa dalam dan luar sembahyang 4. Menasihati anak dan terus memberi motivasi bahawa dia boleh 5. Mengawal TV, Games 6. Menemani anak belajar, mencari masalah bersama, apa yang anak saya tidak faham dan kenapa dia tidak f

Nasib Pelajar di bela Bapa

Image
Satu kisah yang disampaikan oleh En.Bahrin kelmarin di dewan "Bukit Kepong". Satu ketika dulu, ada seorang pelajar sangat nakal. Di dalam kelas punya kurang ajar, waktu guru mengajar, dia masukkan kakinya dalam meja sekolah. Satu hari dia ditangkap kes menagih ganja. Pihak sekolah dengan bantuan pihak terbabit membuat "urine test". Ternyata terdapat dadah jenis ganja. Pihak kimia hospital turut mengesahkan. Bapa kemudiannya dipanggil ke sekolah. K : Kaunselor B : Bapa K : Maaf encik, anak encik kami dapati menagih ganja, ini bukti nya. (jawapan kertas ujian air kencing). B : Ah...ini semua cikgu boleh buat En.Bahrin menghulurkan kertas dari pihak ahli kimia K : Ini pihak kimia turut mengesahkan. B : Ah....ini semua orang boleh tulis... Bapanya tak mengaku dan tidak mahu menerima kenyataan. Takpelah... En.Bahrin meminta agar guru lain yang mengajar anak ini dengan sabar, walaupun jauh dalam jiwa ada perasaan tidak redha dengan perbuatannya. Dimana sekarang buda

Ayah saya dah Insaf Cikgu

Selama ini, dia susah nak bercakap, tapi satu hari, kebetulan seorang kawan saya (ustaz Ibrahim )datang dan singgah di bilik saya, saya tarik seorang klien yang amat bermasalah di dalam kelas ke bilik kaunseling. Ustaz...tolong la sikit bacakan ayat-ayat dan hembus (kat dia), tidur je dalam kelas. Tak tahu apa ni. Kata saya. Ustaz Ibrahim tengok wajahnya, pandang pakaiannya, baju lusuh, seluar terkoyak di bawah zip, kepala lutut, ....hmmmm fahamlah dia budak ni memang ada masalah. Kemudian dibacanya ayat-ayat dan ditiup pada kepalanya. Budak ni kosong kata beliau. Nampaknya masalah datang dari keluarga dia. Ustaz tolong jumpa ayah dia...shahadah balik..kata Ustaz Ibrahim pada saya. Sesudah Ustaz keluar, saya duduk dengan secara tak rasmi, nak supaya sesi dapat berjalan tanpa kekok, saya buang gab rasmi, bahasa, awak saya ketepikan, Din...(bukan nama sebenar).. kenapa kau tidur hari-hari dalam kelas, kau kerja ya.. Kisah anak murid saya yang kematian ibunya beberapa tahun yang lalu i

Respon Program Keibubapaan

Image
Seorang murid darjah 6, Fatihah menulis respon berkenaan Program Bengkel yang berlangsung selama seperti berikut : " Bagi pendapat saya, saya suka andai program ini agar dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang, supaya kita tidak lupa kebesaranNya, harap siapa yang ada masalah dengan ibu bapa, dapat datang...supaya dengar ceramah itu...anda boleh mengubah sikap anda .. siapa yang datang mesti best, rugi siapa yang tak datang , Thank You for all teachers, kerana dapat hadirkan diri pada hari tersebut , "

Bengkel Parenting di SK Bangi

Image
Sayang, seribu kali sayang, bengkel parenting yang diadakan semalam tidak dihadiri oleh 50 orang murid (sasaran yang sebenar) dengan pelbagai macam alasan. Antara alasan yang diberikan ialah : 1. Balik Kampung 2. Jengah saudara sakit 3. Ada kenduri 4. Mak kata tak payah pergi 5. Tiada transport 6. Ayah kerja, mak jaga adik Walau bagaimanapun, kami tetap berterima kasih kepada 58 orang murid yang hadir dan 51 orang ibu bapa yang sanggup duduk dikerusi plastik selama 5 jam. Antara yang hadir menjawab apabila ditanya, apakah tuan-tuan dan puan-puan merasa rugi hadir ke sini hari ini? Tidaaakkkkk.

Antara 2 Negara; Malaysia dan Vietnam

Image
Curaham Kasih di SK Bangi 23 Mei 2010 Hari ini En.Bahrin bin Sabar, (Setiausaha PEMADAM Negeri Sembilan) datang ke sekolah saya sebagai penceramah parenting. Tahun lepas saya bersama beliau dan rombongan mengikuti lawatan kajian ilmiah di Ho Chi Minh City. Saya tercari-cari, mana lah gambar yang ada saya dan En.Bahrin, jumpa lah yang atas ni. Tempat ini, merupakan lokasi ditempatkan penagih-penagih dari Vietnam. Rata-rata masih muda, sebab penagih di sana tidak sempat tua, jikalau kena tangkap sampai 3 kali, kami dimaklumkan mereka akan dibunuh dengan sejenis suntikan racun. Tuan-tuan tahu tak? Berapa ramai jumlah penagih yang mereka rekodkan? Sampai sekarang, ada seramai 30,000 orang, sedang rakyatnya 80 juta. Sebaliknya di negaraku, rakyatnya hanya 27 juta, tetapi penagih yang sudah didaftar ialah 350,000 orang. Hebat bukan? Kami dibawa menaiki kapal persiaran 3 tingkat pada waktu malam, melalui dataran sungai Mekong. Tungku Hasyriq berbaju hitam seperti Raja Petra Kamaruddin