Posts

Showing posts from February 26, 2012

Masa Bergembira Kita Ada, Tapi Tak Punya Masa Menangis

NILAI.02 Mac 2012.  Mungkin ramai antara kita yang jarang menangis. Kalau ya pun menangis, hanya dalam hati. Mengenang nasib diri yang malang atau kerana tidak dihargai oleh orang lain. Lebih banyak masa yang kita cari adalah untuk ketawa dan bergembira. Hatta terjadi, orang-orang yang banyak wang, menggunakan nikmat itu ke jalan yang salah. Saya pernah berjumpa sahabat yang mempunyai klien berpendapatan RM30,000 sebulan, dek kerana tidak tahu memanfaat wang tersebut, dia mengambil syabu buat menambah kebahgiaan (kononnya). Jarang antara kita yang menyiapkan satu waktu untuk menangis. Kita banyak siapkan acara, momen indah, pertemuan itu dan ini, yang semuanya dalam ruang lingkup untuk kesenangan jiwa. Pantas bicara, untuk kita sesama kita, lalu dimana dari kita untuk Allah? Untuk tuan punya tubuh badan kita. Yang memberi kita segala nikmat di dunia, yang menunggu kita sembari kita pulang menemuiNYa nanti?  Kawanku, anak isteri suami dan makluk ini semuanya makluk yang akan fana. Wuj

Semangat Perlu Membara

Image
  AMPANG. 1 Mac 2012. Terima Kasih kepada guru-guru SK Taman Bukit Teratai, juga buat Cikgu Widyawati atas jemputan saya menyampaikan ceramah Motivasi UPSR hari ini.

Andai Masa Dapat ku Putar Kembali

Image
NILAI ..Sayu melanda hati ini, bila menatap gambar ini yang menjadi kenangan zaman berzaman.Apa tidaknya, semua nama-nama yang tercatat di atas sudah pun pergi dibawa arus Tsunami 2004. Tepatnya 26 Disember. Hanya 15 minit air hitam mematuk rumah-rumah di Kampung Jawa. Pak Buyung (paling kanan) merupakan ayah kepada Dayat (ana paling bongsu) terpaksa menanggung perpisahan buat selamanya dengan anak dan isteri. ( Bu Sum). Dari kiri, Si Fir, bapaknya Pak Jamal, Ir, Pak Syed, Saya , Dayat, penulis, pak Hasan, Mimi, Ardian Shah dan Pak Buyung, Yang masih hidup ialah Mimi, Pak Syed, Ir dan saya.Yang lain semuanya sudah pergi, kendatipun Pak Buyung baru saja menutup matanya beberapa tahun lepas.(Al-Fatihah) Sedangkan Si Ir (3 dari kiri) selamat bersama dengan Rara (Adiknya). Ir kini bertugas sebagai anggota polis. Namun setelah bapaknya meninggal, rumahnya di Aceh dijual. Untuk membantu masa depan Rara, bapaknya membeli sebuah rumah baru di Medan. Pada tahun 2002 saya baru pulang dari In

Jadual Waktu Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Image