Posts

Showing posts from April 10, 2011

Lat.Kebakaran di SK Bangi : Seorang Murid Hilang

Image
Jam 8.55 Asap mula berkepul di bangunan tahun 5 Murid semua masuk kelas masing-masing

Nasib Pelajar Tinggal di Asrama

Image
Lokasi belum dapat diketahui dimana

Orang Lain Pergi Koko, dia Hisap Rokok

Image
RABU.13 Apr 2011. Malang bagi 8 orang budak ini, entah kenapa nasibnya kurang baik hari ini. Ketika sedang asyik membahagi rokok, tau-tau ada yang terlihat aksi ini, lalu melaporkan kepada pihak guru tanpa rasa simpati. Babak pengejaran pun berlaku, namun suspek mem ang tidak melarikan diri, tetapi bahan bukti sudah dilempar jauh-jauh supaya tidak mudah ditemui. Nak lari kemana, sebab sekolah berpagar sana sini. Seorang telah berjaya menyedut hingga 3 batang kata saksi. Manakala tukang belinya, 2 orang kecil kecil lagi. Sebelum masuk waktu koko, mereka ke salah sebuah kedai Melayu di Bangi. Lalu membeli 2 bungkus kotak rokok berjenama Lutfman yang mengandungi 20 batang rokok yang tersusun rapi. Disamping 1 kotak mancis. Dari m ana kamu dapat wang tanya saya sangsi? Ada donator rupanya. Dia yang bagi duit cikgu..... Kamu yang bagi duit supaya dia beli rokok ini? Tak.... saya hanya bagi seringgit je. Taklah semua sekali. Apa pun, perbuatan merokok adalah salah di sisi undang-undang. S

Buletin Keluarga Edisi Pertama

Nur Najihah , dia merupakan seorang pelajar yang ‘ low profile’ & ‘low confident ’ dengan apa yang dia lakukan. Dari Tahun 1 hingga ke awal Tahun 6, prestasi untuk setiap ujian ataupun exam, prestasinya selalu tak stabil, kadang-kadang cuma dapat 1A sahaja, itupun paper BM Pemahaman. Tahun 5 dia memulakan kelas tambahan dengan Cikgu Firdaus hinggalah ke Tahun 6 untuk subjek BM,Maths & Sains. Dia terpaksa berguru dengan Cikgu Mazidah (bekas guru SK Bangi) untuk memperkukuhkan English pula. Guru-guru inilah yang banyak menolong setiap kelemahan dia selain guru-guru yang mengajar di Kelas 6 J SK Bangi. So bermulalah episod menghantar dia ke kelas tambahan 3 kali seminggu, dari Sg. Buah ke Bukit Mahkota & Sri Putra, malam pulak tu dari pukul 8 sampai 10 malam…tapi demi kejayaan anak, kepenatan tak pernah dihiraukan. Dari result C, naik ke B, trial UPSR pun cuma dapat 3A je.. Cuma keputusan ujian selepas trial UPSR yang

Hebatnya Manusia...Lantaran Hebatnya Allah Taala

Ketika Allah Taala mencipta gunung-ganang yang besar, merasa hairanlah akan Malaikat, lalu bertanya, Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari gunung ini? Ada… jawab Allah, Aku ciptakan batu, batu lebih keras dari tanah gunung, Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih besar dari batu? Ada…Aku ciptakan besi, besi boleh memotong batu yang keras. Bertanya lagi Malaikat, Ya Allah, adakah yang lebih hebat dari besi? Ya..ada, Aku ciptakan api, api boleh mencairkan besi. Ya Allah, adakah lagi yang lebih hebat dari api? Ada, Aku ciptakan air, air boleh memadamkan api. Ya Allah, adakah lagi makhlukMu yang lebih gagah dari air? Ada, Aku ciptakan angin, angin boleh menolak air, sehingga boleh terjadi tsunami. Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari angin? Ya, ada.. Aku ciptakan manusia. Manusia boleh membuat segala-galanya, kerana Aku berikan dia OTAK. Burung boleh terbang kerana ada sayap, manusia pun boleh terbang walau tak ada sayap. Hebat kan? Macam mana cikgu? Ya.Manusia cipt

Jalan-jalan ke Temerloh

Baru balik dari Ladap, tengah berehat, kawan saya, Amir, dari SK Taman Rakan, hubungi ajak ke kampungnya, dia nak balik ke Kampung Guai, Temerloh, lama tak menjengok orang tua. Sekejap..nak tanya famili dulu, tak kan nak tinggal. Rupanya orang rumah saya mahu juga ikut, apalagi,. terus call semula Cikgu Amir, dan jam 5 kami memulakan perjalanan ke Temerloh. Saya ada seorang rakan di sini, dulunya dia bersekolah di Sk Padang Garong,namanya Hafizan Abdul Rasyid, jika dalam kelas selalu bercerita tentang sungai Temerloh. Apabila masing-masing membawa haluan ke sekolah menengah, sampai sekarang, saya tak temui dimana Hafizan berada. Orangnya putih, tak tinggi dan tak rendah, rendang. Kalau sesiapa mengenalinya, tolong maklumkan pada saya.