Memanjat di dedaunan kering
Subhanallah. Maha Suci Allah. Mimpi merupakan satu anugerah Ilahi yang sangat penting. Pentingnya mimpi bagaikan satu wahyu. Kadang-kadang boleh mengubah hidup seorang manusia menjadi lebih baik, lebih bertaqwa, walau kadang-kadang ada yang menjadikan mimpi titik alasan untuk dia jatuh semula.Mimpi disebut Rasulullah sebagai mukjizat Nabi yang ke 40. Saya mendengar seorang perempuan (yang saya tidak kenal) menceritakan kepada abang ipar saya dalam mimpi tadi, bahawa apabila dia berzikir menyebut nama Allah Allah Allah , lalu tak semena-mena keluarlah semacam satu objek dari mulutnya, saya menganggap objek itu sebagai jin yang berbentuk setongkol batu. Lalu saya mencelah, itulah (kamu)… entah ilmu apa yang kamu amal selama ini. Ilmu dan amalan dia itu (yang selama ini bersarang dalam dirinya) telah keluar melalui dzikir itu. Update Saya bertanya demikian kerana teringat pada kisah arwah Pak Jamal di Aceh dahulu. Saya bertemu Pak Jamal sekitar tahun 2001. Beliau menerima