Posts

Showing posts from December 23, 2012

Kongsi-kongsi dari CguJinggo

Image
Kadang ketidakmahuan dan ketahuan Mengenai bezanya lelaki – perempuan kita saling MENYALAH. Perempuan mahukan perhatian – lelaki mahukan kepercayaan Perempuan mahukan pemahaman – lelaki mahukan penerimaan Perempuan mahukan dihormati – lelaki mahu dihargai Perempuan mahukan belaian – lelaki mahu dikagumi Perempuan perlu merasakan perasaan mereka betul Lelaki perlu merasa tindakan mereka betul Perempuan perlu diyakinkan dan lelaki perlu digalak........ Orang yg berjaya mempunyai kebiasan membuat perkara2 yg tidak digemari yg dilakukan oleh org yg tidak berjaya...... Sekiranya disiplin kunci utama kejayaan - tiada disiplin diri pula adalah ibu kunci kegagalan Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR. Seorang y ang dekat dengan Tuhan, bukan bererti tidak ada air mata Seorang yang taat pada Tuhan,

Sebak melihat wajah Ulamak

Image
KOTA BHARU:  Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi. Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara. Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah. “Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat. Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.