Posts

Showing posts from May 2, 2010

Kelmarin di Indonesia

Image
Alhamdulillah, dalam menyampaikan sebuah syarahan di SMK Bandar Tasik Kesuma, hari ini, dengan judul yang diberi, " Komunikasi Berkesan ". Teringat akan saya beberapa perkataan yang menjadi bahan ketawa kami masa dulu-dulu di Indonesia. Dalam judul tersebut, ada disentuh pasal halangan dalam komunikasi. Antara sebab terjadi halangan adalah kerana salah faham antara penerima mesej dari mesej yang disampaikan oleh si penyampai. Kelmarin Orang Indonesia mengatakan kelmarin dia pernah ke Malaysia, kita yang dengarnya amat terkejut, kerana kelmarin kita memang bersua dengannya di warung kopi (warkop), tau-tau dia kata ke Malaysia. Kapan ya? Orang Indonesia apabila mengatakan kelmarin bermaksud hari yang telah lalu, baik minggu lepas atau pun tahun lepas atau puluhan tahun yang lalu. Bagi mereka, semua itu hari kelmarin yang telah pun berlalu. Asal yang telah berlalu, namanya "kelmarin". M ungkin anda pernah dengar satu bait lagu... Kelmarin...kau masih bersamaku...

Pelajar bersalin dalam tandas

Image
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut. Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas. “Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya. Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lem

Pendidikan Penyalahgunaan Dadah di SK Bdr Rinching

Image
BANDAR RINCHING .06 Mei 2010.Seramai 250 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching telah mengikuti ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Ceramah siri pendidikan dan pencegahan ini mensasarkan murid-murid tahun 4 dan 5. Kebanyakkan sekolah mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi menbendung remaja dan kanak-kanak terdedah kepada bahaya dadah di masa hadapan. Punca paling besar manusia menjadi penagih ialah rakan sebaya. Walaupun terdiri dari latar belakang dan keturunan yang baik, namun dadah tidak mengenal siapa. Untuk itu, program ceramah khas untuk memberi kesedaran untuk mengatakan TIDAK kepada dadah patut di adakan, memandangkan tahun 2013 adalah tahun sekolah bebas dadah. Apalagi Kuala Lumpur merupakan kota paling teratas jumlah penagih paling ramai, di ikuti Melaka dan Shah Alam. Setiap hari, ada seramai 20 orang penagih dikesan dan setiap jam terdapat seorang pangih di tangkap. Tahun lepas seramai 7,000 lebih penagih baru dan 8,000 lebih penagih berula

Ada juga keinginannya untuk pakai tudung

Image
Siapa yang salah. Bukan dia rasanya, sebab dia tak tahu, budak-budak, masih mentah. Mak ayah atau guru?

Lirik Lagu PRS

Image
Kunjungi Blog PRS sekolah Pembimbing Rakan Sebaya menawar khidmat bakti menjana kegemilangan wawasan negara Kami berdiri megah dengan tekad dan harapan membantu dan membimbing penuh kasih mesra * PRS pemangkin masyarakat penyayang berilmu,beramal bentuk jati diri amanah diberi janji ditepati amalan mulia jadikan panduan Klik Download Lagu PRS Pembimbing Rakan Sebaya siap sedia berjasa membentuk dan membina hidup yang bermakna

Kasih Ibu Bapa

Orang yang baik, dijanjikan Tuhan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Dalam Hadis Qudsi Tuhan berfirman : Aku Malu (kata Allah) untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi (kubur) yang mana anak-anaknya (dan cucu-cucunya) sentiasa berzikir menyebut namaKu di atas permukaannya... Terlepas Azab Kubur orang yang mengamalkan dzikir, apalagi anak-anaknya ikut sama berzikir Sambungan

Apalah Ertinya

Image
Sesungguhnya Manusia cukup menyedari, bahawa hidup ini pastikan berakhir, Justeru... apalah ertinya, jika kembalinya jasad mu ke tanah, membuat ruhmu terbeban dengan siksaan di dalamnya kerana perbuatan di dunia Apalah ertinya pangkat, wang, harta dan pengaruh, Jika akhirnya hidupmu ia tak boleh membantumu Apalah ertinya sebuah kegembiraan Jika ianya hanya sementara di dunia nan fana Apalah ertinya sebuah kemegahan Andai ianya tak membantumu untuk hidup zuhud Pak Arab dengan kemewahannya.. Di saat manusia lain tenggelam dalam kemewahan, ada manusia lain yang hidup menderita, aa Mau makan pun susah Mahu tidur apa lagi.. Akhirnya kematian datang menjemput Apalah ertinya sebuah kekayaan Jika akhirnya ia tak boleh membantumu

Latihan Kecemasan Kebakaran

Image
BANGI . 30 April 2010. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menjalani sesi latihan kecemasan menghadapi kebakaran. Semua Guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pihak JAGA telah memberikan kerjasama yang baik.Tepat jam 11.15 loceng kecemasan dibunyikan sebanyakn 3 kali. Di ikuti bunyi siren kecemasan dari bilik pejabat. Murid-murid bergegas ke padang perhimpunan bersama dengan guru-guru. Taklimat kemudian disampaikan oleh Cikgu Noorhisham selaku guru sekolah selamat. Latihan ini perlukan dijalankan untuk mendedahkan kepada murid, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil ketika berlaku perkara yang tidak di ingini di sekolah.