Posts

Showing posts from April 1, 2012

Facebook "Memblok" Penulisan Blog

Satu hari, saya menghadiri satu Seminar di sebuah Kolej di Negeri Selangor.Seorang narasumber "penceramah" pada hari itu, ketika membahaskan soal penulisan, beliau terus menunjukkan jarinya pada saya, dengan katanya, "Saya selalu membaca blog yang ditulis oleh Cikgu Bangi itu, beliau je yang tak perasan" (saya selalu membaca penulisannya). " Oh ye ke ..." itu yang terdetik di hati saya. Merasa bangga juga kerana hasil penulisan saya yang tidak seberapa berbobot "bernilai tinggi" itu turut menjadi perhatian penceramah yang juga seorang penulis buku. Kini.... dengan kesibukan melayan FB, nampaknya penulisan saya semakin berkurang. Jikapun ada, saya banyak menampalkan gambar-gambar ketika sesi ceramah untuk dilihat oleh murid-murid. Tak banyak juga tulisan yang dapat saya tuliskan. Padahal, saya bukan tidak punya idea, bahkan saya sering menemui idea baru ketika memberi ceramah. Idea spontan yang datang saya sampaikan terus, ianya menambah idea-id

Konsep Kepimpinan Dalam Islam, Satu Huraian Untuk Murid Sekolah Rendah

Image
 07 April 2012. Sekolah Kebangsaan Taman Tasik mengadakan kursus kepimpinan kepada Pemimpin Cilik di sekolah tersebut. Saya dijemput selaku penceramah untuk menyempurnakan program itu. Dalam slot ceramah berdirasi 1 jam setengah itu, saya menyampaikan input untuk memantapkan kerohanian seorang insan. Semua insan sebenarnya merupakan khalifah. "Inni Jaa ilun fil ardhi kholifah"

Apakah ini SUJUD yang terakhirku?

Image
Assalamu alaikum wr wbt. Rakan-rakan, sahabat saya yang saya kasihi, kita memang sangat sayangkan pada diri sendiri. Kalau boleh kita ingin jadikan diri kita insan terbaik, insan yang cantik, kalau ya pun tidak yang tercantik. Paling bagus akhlak,paling di ingat orang seketika kita pergi nanti.  Justeru sebaliknya, jiwa kecil kita sangat khuatir, jika meninggalnya kita nanti, kita tak dikenang orang. apalagi kalau seandainya ia dibenci orang. Wah...sungguh dahsyat. Dalam roda putaran hidup ini, kita memang tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu oleh sesiapa kapan persis, tempoh hidup kita di sini. Seandainya lah, kita diberi peluang untuk memilih berapa lama anda mahu hidup? Pastinya tidak akan ada yang menjawab, saya ingin meninggal besok hari atau pun tahun depan. Yang pastinya, (banyak-banyak pertanyaan saya) jawapan yang saya temui   adalah kalau boleh saya ingin hidup lama. Ya.... kita renung sekejap...kalimah... "Aku ingin hidup lama, walau seribu tahun lagi". Jika

Selamat Hari Lahir

Image
Sebagai menghargai anak murid, kami pihak sekolah memberi sumbangan (penanda buku) untuk mereka satu setiap orang. Ada orang keliru nak sambut hari jadi ke atau hari lahir. Soalnya kita tahu ke hari jadi kita bila? Kalau hari lahir kita tahulah kan, memang pun ada dalam surat beranak bila tarikh itu, siap dengan jam berapa. Bersyukurlah dengan nikmat usia panjang. Sebaliknya takutlah pada Allah, kerana... begitu bertambah usia anda setahun, makna-nya, dalam masa yang sama, berkuranglah usia anda setahun. Lagi satu cikgu nak berpesan, kalau nak sambut hari lahir ini, sambutlah dengan cara Islami. Bersyukur, buat jamuan makan pada kawan-kawan sekelas, jangan jadikan majlis anda itu bercampur maksiat. Alangkah indahnya kalau kita pasang lagu-lagu Islami, yang mengingati kita untuk bersyukur dan menjadikan kita bertambah takut pada Nya. Sepatutnya, setiap kali kita melewati tanggal lahir kita, kita lalui dengan sayu.....

Ciri-ciri Insan Cemerlang

Image
Bil. Nama ......... 1 2 3 4