Posts

Showing posts from June 15, 2008

Pesanan Khas Buat Calon UPSR 2008

Image
Daripada : Puan Aminah Mohd Fiah Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bangi Badan sihat otak cergas Kecerdasan otak berpunca daripada badan yang sihat. Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu aktif menjadi seorang yang aktif. Pesan cikgu untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSr, kita hendaklah mempastikan keadaan kita sentiasa sihat supaya otak kita dapat menerima pelajaran dengan baik.

Pesan dari Puan Norizah Rahmat

Image
Ramai orang bergelang tangan Saya seorang bergelang kaki Ramai orang berkata jangan Saya seorang ikutkan hati Pesan cikgu, ambil iktyibar daripada pantun di atas bila ramai orang pesan jangan malas, atau jangan degil, mesti rajin, maka janganlah ikutkan hati yang malas dan degil, supaya tidak menyesal di kemudian hari
Image
Daripada : Puan Mazidah Abdul Wahid Untuk menjadi insan yang berjaya mestilah; dimulakan dengan keinginan yang membuak, berteraskan keazaman yang kental, bepaksikan usaha yang jitu dan diakhiri dengan tawakkal yang berterusan.

Selangor Tuan Rumah

Kesempatan bermesyuarat kali terakhir di hotel dan SK Seksyen 6 Sham Alam, saya rakam gambar dan publist dalam ruangan blog kaunselormalaysia. Klik seterusnya . Bulan depan, semua program melibatkan hotel dibatalkan. Mesyuarat di tangguh jam 6.30 petang, mesyuarat akan datang 4 Julai 2008 di SK Puncak Alam. 10 Julai saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di USIM. Selamat tinggal SK Bangi untuk sementara. Selama 4 hari minggu depan kami berkumpul seramai 120 orang. Kaunselor dari seluruh Malaysia termasuk Labuan akan datang ke sini. Satu penghormatan bagi saya, satu slot ceramah penerangan akan disampaikan oleh saya sendiri. seterusnya

Berita hari ini

Image
Sekolah Bangi ni kat mana? Begitu tanya seorang tukang hantar pos laju. Kat stesen komuter Bangi tuan. Ditunggu la sampai petang, tak sampai jugak suratnya, kata pos laju, entah dari siapa pun tidak dapat diteka. Laju pulak tu. Hari ini jumpalah surat tu, rupanya dari Universiti Sains Islam Malaysia, didalamnya borang tawaran melanjutkan Diploma Penyalahgunan Dadah ambilan 2008. Saya kena mendaftarkan diri 10 Julai ini di Pandan Indah. Pengajian selama 9 bulan ini akan menjauhkan saya sedikit dari sekolah. Tapi bukan satu tempoh yang lama. Bulan 3 tahun depan, ada lah pulak. Masa borang tawaran sampai dulu, Puan Jannah lah yang syorkan, terpikir dekat, hanya kat Nilai, gaji penuh, cuti tanpa rekod, apa lagi, sementara semangat masih membara. Lagipun masih gagah nak ulang-alik insya Allah. Apapun, kebaikannya buat sekolah jugak. Dan esok tiga hari, dan sambung minggu epan 4 hari ini, mesyuarat Juru Latih Utama melibatkan saya di Klang, pun bakal menaikkan nama Sk Bangi. Apa tidaknya

LEBAH MENYENGAT DI SKB

Image
Mengingat SK Sri Putra tidak mungkin siap mengikut jadual, mengingat pula dewan lama Sk Bangi kembali dihuni. Ianya akan terjadi secara keterpaksaan kerana SK Bangi tidak mempunyai bangunan dan bilik yang cukup lagi untuk menampung jumlah dan ledakan murid yang semakin ramai. Bilik guru pun berserabut, bahkan guru duduk secara berasak-asak dalam bilik nan sempit, jika guru pagi tidak pulang, dan datang pula guru petang, nescaya akan penuhlah bilik itu bak kapal karam. Namun ada suatu yang tidak kena dengan dewan, iaitu lebah . Dua tiga hari lepas, majlis ringkas perpisahan dengan Puan Saudah terpaksa dijalankan diluar dewan walaupun agak dipanah terik menteri berikutan ada seorang murid yang digigit lebah itu. Malam ini, saya ketemu sama orang jualan madu lebah, besok katanya dia setuju untuk hadir ke sekolah melihat dewan itu dan kita minta dia punggah sehabis dayanya untuk mengurang dan memupuskan kehidupan lebah di SK BANGI.