Posts

Showing posts from July 15, 2012

Panggilan dibulan Ramadhan

Salam sejahtera dengan ucapan yang lebih sempurna Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh. Kedatangan bulan Ramadhan, ramai sms dikirim ke sana sini, tercatit padanya ucapan, " Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ianya membawa keberkahan ". Saya tele kan antara ucapan sms ini dengan salam tadi, ada satu perkataan yang sama iaitu MUBARAK, atau Keberkatan. Sejujurnya, saya sendiri belum memahami secara total apa itu yang dimaksudkan dengan keberkatan . Dan mengapa (dari aspek agama)  manusia sangat-sangat memerlukannya. Justeru tidak cukup salam hanya dengan Assalamulaikum, namun jika ingin sempurna tambahlah padanya warahmatullahi wabarokatuh. Anda tahu kenapa kita memerlukan keberkahan atau keberkatan itu? Perhatikan, dalam salam itu, ada selamat, rahmat dan berkat. Saya tinggalkan istilah itu disitu kita gantung sejenak buat bahan pemikiran jika ada masa terluang. Berfikirlah, itu jauh lebih baik dari berkhayal sebenarnya kan.Namun kadang-kadang kita dibawa aru

Hidup Ini Penuh dengan UJIAN

Image

Sejenak di SK Bandar Tasik Kesuma

Image
BERANANG. 20 Julai 2012. Seramai 387 orang murid dari 10 kelas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma hari mendengar ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR. Pihak sekolah, menjemput saya untuk memberikan ceramah ini sekitar 1 jam. Untuk rekod,tahun 2004, saya pernah berada di sini selama 3 bulan dalam program praktikum Bimbingan dan Kaunseling bagi mata pelajaran Major, manakala Bahasa Melayu sebagai Minor. Saya diberikan kelas hujung tahun 2 untuk mengajar. Seorang murid yang nakal waktu itu namanya Sarven telah membuat saya hampir-hampir di fiil kan oleh pensyarah mata pelajaran minor. En.Razif, Ustaz Asri, Puan Azlinda Abu, En.Syukor, Puan Sa'diah dan ramai lagi masih saya ingat.  Cuma ada beberapa nama yang sudah mulai hilang dari ingatan, tengok wajah masih ingat lagi, itu guru SK BTK. Dewan Terbuka   Terima Kasih semua guru-guru dan murid-murid atas perhatian semasa ceramah tadi. Sehabis ceramah, guru di belakang menegur, ha

Ahlan Wa Sahlan Shahrul Mubarak

Image
Syukur puja dan puji kita sampaikan untuk Rabbul Jalil. Atas nikmat dan anugerahnya yang sangat tidak ternilai dengan wang ringgit rupiah dongkat dolar dan sebagainya. Hingga saat ini kita dipertemukan dengan izinkan, akan bulan Ramadhan 1433. Mudah-mudahan segala kesalahan lampau kita dengan Nya akan mendapat pengampunan. Jikalah, seorang manusia yang dihukum penjara selama 26 tahun, sangat seronok sekali sehingga menitis air matanya, gara-gara diberi pengampunan oleh Sultan Johor (semalam) sehingga dia dibebaskan dari hukuman mati kerana mengedar dadah. Betapa seronoknya dia, kerana seorang manusia telah memberi pengampunan sehingga dia boleh kembali ke pangkuan keluarga tercinta.Eloklah masa yang tersisa itu digunakan sepenuhnya untuk keluarga, dan tuhannya.Anggaplah ini kehidupan yang kedua kali setelah tiada harapan untuk keluar dari tirai besi dikamar penjara. Nah, apalagi jika yang memberi ampunan itu ialah Allah SWT. Bukankah lebih tinggi darjatnya dari itu. Bayangkan be

Damailah Arwah Faisal di alam sana

Image
03 Julai 2012. Kami menziarahi Saudara Faisal di Hospital Kuala Lumpur. Kelihatan beliau tidak bermaya, namun masih gagah menyambut kami.Arwah yang dikejutkan dengan musibah sakit buah pinggang beberapa bulan lalu, namun hari ini.....segala nya telah berakhir. Jam 1.00 pagi lewat, tanggal 16 Julai 2012. Beliau pergi meninggalkan kita buat selamanya. Al Fatihah untuk arwah Faisal. Semoga ruh nya tenang dan damai di alam sana, sembari menunggu kami menyusul dan kedatangan yaumul mahsyar. Gambar arwah semasa di Hospital Kuala Lumpur Guru Besar Pn Siti Zaharah semasa lawatan Kubur Arwah di Lokasi Perkuburan Nilai Sudah menjadi janji Tuhan, Li kulli ummatin ajal.. Bagi setiap umat (yang hidup) ada ajalnya. Abadi selamanya sementara menunggu tiupan sangkakala Semoga keluarga yang ditinggalkan, isteri dan anak-anak yang tercinta, semoga dapat bersabar, tabahmenempuh kehidupan yang penuh dengan cobaan ini.Beliau meninggal seorang isteri dan 2 orang anak. Kepada semua pembac

Bila Waktu Telah Terhenti

Image

Dunia Semakin Berubah

Image