Posts

Showing posts from May 9, 2010

Penghargaan dari ADUN Bangi

Image
BANGI, 16 Mei 2010. Adun Bangi YB Shafie Abu Bakar hari ini menghadiri Majlis ringkas penyampaian Anugerah berupa sijil dan sumbangan wang kepada 35 orang bekas murid SK Bangi dan 7 orang SK Yoke Min yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009. Majlis ini di adakan di Dewan Bangi Lama. Penulis turut dijemput di akhir sesi untuk memberikan ceramah motivasi 10 minit kepada hadirin, memandang makanan belum sampai. Manakala YB terus meninggalkan majlis kerana terpaksa menghadiri satu majlis yang lain. SELAMAT HARI GURU Sambungan

Video yang kami Hasilkan

Versi2 Video ini dihasilkan oleh pelajar SPADA, Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama pihak AADK Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Harap-harap tiaga penagih dan bakal penagih yang akan melihat video ini.

Peratus Relapse di dalam PeNaGiHan

Image
Dalam penagihan, istilah Relapse membawa makna kembali mengambil semula (dadah). Lapse ialah pusingan, macam kita buat U turn atau mutar balik (di Indonesia), Re pula maknanya sekali lagi. Semasa saya berada di Pusat Serenti dalam rangka menyiapkan program Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, seorang rakan (gambar) di tugaskan untuk membuat panggilan kepada bekas penagih yang telah bebas dari pusat. Tujuan panggilan dibuat ialah untuk bertanya khabar keadaan sekarang sambil menjemput untuk satu acara tertentu. Dihadapan kami ada list nama-nama dan nombor telefon yang akan di hubungi. Saya turut membantu membuat panggilan apabila mereka kepenatan. Anda tahu? Dalam 10 orang yang kita tanya, 7 darinya mengaku mengambil semula (Relapse). Pengakuan ini banyaknya dibuat oleh pihak keluarga. Ada yang mengatakan hari pertama lagi waktu keluar pusat, dia sudah pergi mencari port dan kawan lama. Ada yang bapa menanggung makan minum sampai sekarang, namun dia tidak bekerja. Peliknya sa

3 Aspek yang Rosak

Image
Dimana-mana pun, kalau saya tanya, siapa mahu beli orang ini, (Gambar), tiada siapa pun yang mahu membelinya.Lelongan harga terpaksa diturunkan dari $2.00 kepada $1.50. Pun masih tidak mendapat sambutan. Penagih dadah sendiri tidak menyedari, bahawa apabila mereka mulai menjadi penagih, maka dari situlah bermulanya perlahan-lahan kemusnahan dirinya. 1. Pemikiran Corak pemikiran penagih tidak lagi sama dengan manusia normal. Apa yang benar pada kita, boleh jadi salah pada dia, begitulah sebaliknya. 2. Kepercayaan Kepercayaannya pada kata hatinya sangat kuat. Percaya dadah boleh memberinya bantuan ketenangan. Dia percaya semua orang salah. Dia percaya apa yang dia nampak dan dengar. Ilusi dan Delusi. Sehingga sanggup membunuh ibu bapa dan orang lain semata-mata kerana duit. 3.Tingkah Laku Tingkah laku sang penagih sudah berubah. Malam kita tidur, siang kita bekerja, dia? Malam dia bangun, siang dia tidur. Tidak mahu makan bersama keluarga. Berjalan masuk rumah ikut tepi dinding.

Cara Menadah Tangan Ketika Berdoa

Image
Firman Tuhan, "Mohon lah kepadaKu, nescaya akan Ku berikan". Ramai di antara umat Islam tidak mengamalkan cara berdoa yang betul. Ada yang letak tangan di atas kedua lututnya, ada yang letak atas paha. Nampak tak gaya orang sedang meminta? Tak kan? Seorang Ulama pernah bercakap, kalau malas-malas nak berdoa, baik tak payah doa. Sebagai tanda kehambaan kita kepadaNya, eloklah kedua tangan dirapatkan seperti dalam gambar. Saya sendiri pernah berkunjung kepada beberapa orang ulama kecil dan besar, Malaysia dan Indonesia, mereka semuanya berdoa seperti itu, bahkan ada yang langsung mengajar saya cara menadah tangan. So, harap anda semua, jika masih menadah cara tidak seperti di atas, mari lakukan sedikit lagi perubahan kecil. Sebagai menyempurna adab didalam berdoa.

2012 : Sekolah Bebas Dadah

Image
Tik..Tik..Tik.. .jarum jam terus berdetik. Jam 1 pagi telah lewat, sekarang jam 2, dan sebentar lagi pukul 3. Esok pagi bukan lagi tarikh hari ini. Esok hari pun, nama bukan hari ini. Dari Isnin bertukar Selasa, minggu berganti minggu, bulan bertukar bulan, tahun akan bersilih ganti. 2012 bukan lama, hanya tinggal setahun lebih saja lagi atau tepatnya 19 bulan. Tahun itu (2012) kerajaan Malaysia mensasarkan sekolah di Malaysia Bebas dari Dadah. Dengan kata lain, tiada lagi pelajar yang menjadi penagih dadah. Masalah Negara Bebas Dadah adalah Tahun 2015. Pun tidak lama. Menurut data dari AADK, tahun lepas (2009) seramai 15,000 orang penagih ditangkap. 7,ooo darinya merupakan penagih baru, new, fresh... manakala 8,000 adalah yang mengambil semula (relapse). Ulang semester... Gagal ujian kali pertama.. Kalau dibagi-bagi Setiap bulan, puratanya 500 orang lebih ditangkap, setiap hari 20 orang dan setiap jam ada 1 orang kena tangkap. SPADA... USIM Pihak Kementerian Pelaj

Buletin sempena Hari Ibu

Image
Berita Kosmo bertarikh 21 April 2010 melaporkan seorang ibu dari keturunan Cina bersama suaminya meninggalkan anak di hospital kerana tidak sanggup membawanya pulang. Anak itu dilaporkan dilahirkan dalam keadaan cacat, tidak mempunyai mata, hidung dan mulutnya sumbing. Sungguh sedih episod awal anak ini, sesungguhnya tiada siapa yang minta dilahirkan, apa lagi dalam keadaan cacat sebegitu. Masa depannya belum tentu menjanjikan kebahagiaan atau penderitaan. Dapat tak kamu bayangkan, jika kamu lahir tanpa ibu dan bapa? Agak-agaknya dengan siapa kamu tinggal sekarang? So, kita perlu bersyukur dengan nikmat kehidupan yang Tuhan berikan. Apalagi kita dijadikan insan sempurna, tiada cacat-celanya. sambung... Dari itu, kita perlu mengucapkan syukur kepada yang telah menjadikan kita yakni Allah SWT dan orang yang telah mendidik kita. Siapa lagi kalau bukan ibu kita? Dia sanggup bangun tengah malam, berjaga kerana kita sakit, sanggup tidak tidur kerana anaknya. Bahkan ada ibu yang sanggup

Perjalanan SPADA 2010

Masa kami belajar di SPADA, kami adalah batch yang ke-4, masuk batch ke-5, SPADA masih gagah, tapi masuk tahun 2010. KPM tidak lagi dapat memberi bantuan biasiswa, akibatnya tiada pelajar dari KPM tahun ini. Ada 2 orang yang sanggup belajar dengan biaya sendiri, itupun di tolak oleh pihak KPM. Masalah kewangan meruncing... Walau bagaimanapun, pelajar dari JPA tetap masih ada. Bagaimana hasrat mengejar sekolah bebas dadah 2012. Hanya ada 2 tahun saja lagi