Posts

Showing posts from January 11, 2009

Sepagi di PPD Gombak

Pagi ini saya sempat bersama JU ICT Kaunseling Kebangsaan, En.Norhisyam Ja'far di PPD Gombak dalam rangka memberi taklimat kepada kaunselor sekolah rendah dan menengah berkenaan pengisian borang L4. Borang ini direka oleh beliau untuk memudahkan kaunselor selama ini yang menggunakan sistem manual. Unit Kaunseling PPD Gombak dibawah Encik Aziz mengambil inisiatif membenarkan sekolah dibawah PPD Gombak membeli sistem ini yang hanya bernilai RM50.00.

Bakal Expertist SPADA,USIM @ Kenangan di Vietnam

Image
Inilah bakal-bakal expertist SPADA, USIM Bergambar dengan konsulat Malaysia dan Timbalan Dekan Health University Of Vietnam Sedapnya Cik Nan kita ni makan atas cruise.

Kesibukan di Vietnam

Tengok kesibukan di jalan raya Vietnam, Cikgu Zurkurnan sedang melintas jalan Bijak-Bijak, Kita minum dulu, dengarkan suara Aku Tulis

Lawatan ke Pulau Phoenix

Image
Klik Sini untuk lanjut

Kesibukan di Vietnam

Image
Tengok kesibukan di jalan raya Vietnam, Cik Nan sedang melintas jalan Bijak-Bijak, Kita minum dulu, dengarkan suara Aku Tulis ketawa riang, sayangnya tak banyak gambar video yang di ambik. Yan nak balik dah nih...Pup...tepuk olok-olok je

Happy Belated Birthday Buat Sham

Image
Selamat Hari Jadi buat Sham (15 Januari 2009). Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari jadi buat beliau. Semoga Allah melapangkan rezeki dan memakbulkan segala harapan beliau. Jauhilah hendaknya beliau dari sesuatu yang Engkau mungkari dan tetapkanlah iman beliau ke jalan Engkau redhai. Amin. Eh..lupa nak wish untuk Amutha jugak. Happy belated birthday Amutha ye yang menyambut harijadinya pada 13 Januari 2009 lepas. Jauh sambutan harijadinya kali ni nun di bumi Vietnam. Sesuatu yang terlalu istimewa barangkali. Namun pasti ketiadaan orang tersayang di sisi sedikit memilukan. Betul tak Amutha?

Lawatan SPADA ke Bandung

Ketetapan berikut insya Allah akan terjadi : Lawatan ke Bandung melalui KL-Jakarta pergi dan balik Selama 4 hari bermula 27 hingga 30 Mac 2009 Selepas gaji dan elaun... Tambang murah MAS ; RM 377.00 Termasuk makanan dan air port tax. Bayar pada Lenny sementara kerusi masih banyak kosong. Dah bayar 1.Datin Haslinda Hamidi Nak Ikut 2. Zaini 3. Lenny Shafinaz 4. Faizal 5. Noorhisham 6. Norzalifah 7.??? 8. ??

Restauran Singapore and Shamsuddin

Image
Bill tempahan nasi lemak untuk 3 orang makan. Kalau kita makan di kedai ini, mereka akan cash lagi. Service cash dan Tax..kira-kira 28,000 Dong. Kedai makan halal, Shamsuddin, warga Vietnam Melayu Champa. Atoi....cepat la..dah cakit nih... Zeni sedang menunggu pesanan, lapar dah ni. Di kedai makan Singapore, walau agak mahal sebenarnya, tapi nasi lemaknya sedap. Melihat menu....semuanya puluhan ribu, nasi lemak biasa 30,000 dong, nasi lemak special 68,000. Ada ayam, ikan, dan telur. Puan Akasila sedang menikmati hidangan

Selamat Hari Lahir

Image
Untuk Azza, semoga dipanjang umur, murah rezki, tambah ilmu, dimudah segala urusan. Hidup dalam keadaan beriman, aman damai bahagia hingga ke penghujung usia. Ingatlah kesusahan di dunia tidaklah sehebat kesusahan di sana, dan kesenangan di dunia tiada apa-apa jika dibanding dengan akhirat. Ya, Tuhan, kabulkan segala permohonan saudara hambamu, jika itu baik bagi dirinya. Jauhi dari cobaan yang maha dahsyat, berinya hidayah dalam menelusuri dunia ini bersama keluarganya. Dekatkan rezkinya yang jauh, angkatlah yang terbenam dan turunkan yang di atas. Semoga akhirnya dia menjadi insan yang Engkau Redhai. Amin

Memori ke HCMC. Vietnam

Image
09 Jan 2009 . HO CHI MINH CITY. Kami seramai 21 orang pelajar SPADA dan sebahagian bawa keluarga menuju ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Kami ke sini untuk belajar tentang pengurusan hal ehwal dadah selain membeli-belah. Di sini rupanya, kalau penagih dah 3 kali masuk pusat rawatan, mereka akan di suntik ubat yang membunuh, buat apa nak pelihara jenis penagih ini, ramai lagi manusia yang ada, kat Vietnam ni rakyatnya 80 juta. Awal sampai, saya tengok airportnya bersih, tak akan jumpa sampah. Tapi rakyat mereka tak mesra. Dalam perjalanan kami ke hotel, mak hai..banyaknya motor kat jalan. Seramai 4 juta buah motosikal setiap hari berada di jalanraya, kebanyakkan generasi muda berusia 35 tahun ke bawah. Dalam daerah Ho Chi Minh ni, ini lah satu-satunya gunung yang ada, itupun jauh dari bandar. Jalannya lurus terus ke mana-mana, tak ada belok-belok. TAK ADA KESAN BREK DIJALANAN MAHUPUN TAYAR CELUP TERCABUT. Malam pertama kami berkunjung ke Kapal Cruise, ia adalah sebuah restaurant bergera

Phoenix Island

Image
Lokasi kali ini ke Pulau Phoenix. Setelah naik bas hampir 2 jam. kami tiba di Pelabuhan, dan kemudian menaiki kapal ke sebuah pulau. Naik bot pun sloe jugak. sentimental rock. Macam naik bas tadi jugak. Alahai...suami Acu datang ke ke depan, nak tengok meter bas tu, berapa km la dia orang bawak. Saya perhati dari tadi memang tak lebih 60km sejam. Suasana dalam kapal pelancung Vietnam. En.Tom adalah pemandu pelancung kami hari ini. Dia fasih berbahasa Inggeris, manakala yang lain semua kurang ngerti BI. Ini tempat membuat keropok, dari beras dan kelapa. Rangut. Sepelastik 5000 Dong. Kemudian kami dibawa ke sebuah gerai untuk jamuan. Dia hidang ikan kaloi. Wah besarnya. Yang lain kami tak makan, tengok je... Mereka buat macam popia, dalam tu diletaknya sayur, timun, ikan kaloi. tapi kuahnya lain macam rasanya. Eee....cukup je sekali cuba. Santan di ayak untuk dijadikan keropok. Kami kemudian naik kereta kuda ke lokasi yang lain. Wau ..best nyer naik perahu...lama tak ngayuh... Kami