Posts

Showing posts from January 23, 2011

Seminar Keibubapaan

Image
29 Jan 2001. SEMENYIH . Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching hari ini mengadakan Seminar bertajuk Ketrampilan Keibubapaan. Seminar berdurasi 1 jam setengah itu di sampaikan oleh saya sendiri Cikgu / Ustaz Noorhisham Hamzah, Guru Bimbingan dari SK Bangi. Sebelum Seminar di mulakan.. kepada Rab yang memegang hati-hati manusia kita memohon, agar dibukakan pintu hati nya untuk menerima dakwah ini... Memulakan .. dengan nama Tuhan, dengan peringatan dari Tuhan dan kepada Tuhan kita akan kembali. Untuk rekod, saya baru menyampaikan ceramah khusus untuk ibu bapa baru beberapa kali, pertama kali di SKGV Seremban, kemudian di SK Sungai Buloh, kemudian di SK Taman Teratai , lalu di SK Bangi dan hari ini adalah yang kelima. Apa yang saya bawa dan sampaikan adalah, kembali mengingati kita ini siapa, dimana kita berada sekarang, untuk apa disini dan hingga bila kita akan di sini? Rezki kurniaan Allah seperti jasad, keluarga, kerja, rumah, kenderaan adalah perhiasan hidup kita. Lebih-lebih lagi

Alangkah Singkatnya Hidup

Image
Hidup ini penuh dengan cobaan... dan akhirnya semua manusia akan menemui Tuhannya... baik artis, deejay, penghibur, ahli dunia mahupun ahli akhiroh.

Sarat dengan Tips Berjaya

Image
Alhamdulillah.. Buletin 2 tahun 2011 sudah pun siap di alam maya, hanya belum di cetak, kerana sekolah menghadapi masalah mesin rezo yang sering rosak. Kepada guru-guru yang ingin berkongsi, boleh muat turun, boleh edit, rezo dan bahagikan kepada murid-murid. Buletin ini sarat dengan tips-tips bagaimana murid tahun 6 yang terdahulu boleh berjaya. Klik disini untuk download.

Semalam di KLIA

Image
Entah apa sudah jadi dengan si dia ini. Jamaah yang berada di sisinya menjeling beberapa kali ke arah kakinya. Apakah ini kerana kesuntukan masa, atau darurat atau memang dia faham solat boleh memakai seluar pendek. Apa pun dia masih nak solat. Waktu dia berdiri, nampaklah sedikit kepala lututnya, apalagi waktu sujud, saya nampak jelas lututnya.. Alamak..janganlah begini dengan tuhan. Rapikan lah dulu, yang kedua sentiasa bersedia dengan pakaian solat bila keluar rumah. Lelaki kena adalah kopiah kalau boleh. Perempuan pula jangan sampai tidak ada kain telekung dalam kereta. Tau sendirilah telekung yang ada di surau, busyuk, hitam, entah apa-apa lagi. Sanggupkah bertemu tuhan dengan pakaian kotor. Sedang kan kalau ke Mid Valley saja pun, kita pakai cantik-cantik... Fikir fikirkan lah.

Buletin ke 2 2011

Image
Salam motivasi. Semoga anda semua dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera. Terima kasih kerana masih setia bersama Buletin BnK SK Bangi. Buletin ini keluaran kali ke2 tahun ini, jangan lupa baca yang pertama ya. Buletin kali ini ingin memaparkan rahsia kejayaan murid sekolah ini yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Kejayaan mereka ini cikgu buat koleksi dan setelah dirumuskan, berikut adalah beberapa rahsia mereka. Cikgu telah menghubungi mereka, bercakap dengan mereka dan juga dengan ibubapa. Kalaulah dikumpul-kumpul semua jawapan itu, dan disatukan, maka hasilnya adalah begini. 1. DIRI MURID Yang pertama kejayaan itu datangnya dari KEHENDAK murid itu sendiri. Macam mana kuatnya motivasi dari luar,tapi kalau diri murid tidak ingin untuk cemerlang, dia hanya target LULUS sahaja, maka dia tidak akan berkerja kuat untuk Berjaya. 2. SEMANGAT YANG KUAT PADA DIRI PELAJAR Pelajar yang ingin cemerlang mempunyai semangat yang kuat dan berterusan. Tidak pernah pudar, apalagi pada