Posts

Showing posts from July 19, 2009

Menghitung Hari

Image
5 Sekawan dari tahun enam ini termenung di depan bilik KH. Entah apa yang direnungkan, yang pasti, mereka bari tamat peperiksaan percubaan UPSR dan akan berdepan ujian yang sebenar hanya beberapa hari saja lagi.

KELAS PROFESOR DR JAMES

Image
Saudara Mohd Hafiz b Yusoff menjadi klien sukarela dalam sesi diagnosis oleh Profesor Dr James Profesor Dr James merupakan seorang pensyarah yang berasal dari Amarika Syarikat. Pengajaran beliau memang sangat menarik kerana kami sering terhibur dengan gelagat beliau dan gelagat para pelajar ketika proses pengajaran dan pemelajaran sedang berjalan. Walaupun agak sukar memahami 'telo' profesor mat saleh ini namun itu semua tidak menghalang kami untuk terus belajar dan memahami apa yang diajar. Pada minggu hadapan khidmat Profesor Dr James di USIM berakhir. Satu majlis perpisahan akan dianjurkan oleh pihak USIM dan para pelajar SPADA turut dijemput untuk hadir sama dalam majlis tersebut.

Seramnya....

Image
Sebuah kisah yang sungguh menyeramkan...

Klinik Q bantu berhenti merokok

Klinik Q bantu berhenti merokok Oleh Qamarul Munirah Said Rokok. Sesingkat namanya begitulah juga nyawa individu yang menjadikannya sebagai 'rakan karib'. Ibarat isi dan kuku, begitulah juga mereka ini. Begitu sukar untuk dipisahkan, sehinggakan hanya musibah yang dapat memisahkan mereka. Sejak berdekad yang lalu, gejala-gejala kesihatan akibat merokok sudah diketahui umum, namun masih ramai yang masih meneruskan tabiat tersebut. Gejala ini bukan hanya melibatkan golongan lelaki malah wanita, kanak-kanak dan orang tua. Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000 terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya menghisap 13 batang rokok sehari. Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari. Sementara itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh

Kertas Cadangan Lawatan Ilmiah

1.0 Pendahuluan Salah satu kursus yang ditawarkan dalam Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah Agama dan Pemulihan. Antara objektif kursus ini ialah mendedahkan cara-cara pencegahan, pemulihan, pengukuhan rohani serta pembentukan akhlak dari pandangan agama yang akan diaplikasikan di institusi pemulihan. Proses pembelajaran boleh dijalankan menggunakan kaedah syarahan, perbincangan, kajian lapangan melalui aktiviti lawatan ke institusi pemulihan dan berbagai kaedah yang lain. 2.0 Tujuan Aktiviti lawatan ilmiah ke institusi pemulihan ini bertujuan: 2.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia Sesi 2009/2010 tentang pengurusan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan di institusi-institusi pemulihan tertentu. 2.2 Mengenalpasti elemen-elemen keaagamaan atau kerohanian yang diterapkan oleh institusi pemulihan

Catatan 22 Julai 2009

Image
Pada hari-hari sebelum ini apabila memasuki bilik ini hanya Puan Ida yang duduk di sini. Tetapi di sepanjang hari ini tidak kelihatan Puan Ida, sebaliknya ada insan lain. Siasat punya siasat rupa-rupanya Puan Ida berkursus dan tempat beliau digantikan sementara oleh Cik Fadhila...... Ini pula pensyarah Farmakologi, Dr Norliza binti Muhammad Dr Nur Azlina binti Mohd Fahami, juga pensyarah Farmakologi Kemesraan antara pelajar dan staff SPADA menjadikan SPADA unik. Cik Fadhila dan Tuan Loh.......

Boss SPADA

Image
Seraut wajah yang sentiasa menampakkan kesungguhan dalam apa juga urusan. Segala usaha membuahkan hasil, buktinya SPADA dan adanya kami di SPADA, USIM Kampus Pandan Indah. Keyakinan diri begitu menyerlah dapat dilihat dari intonasi suara. Ketinggian ilmunya terpamer dari tutur bicara. Begitulah Encik Abd Halim Mohd Hussin, Ketua Program SPADA. Pada satu sudut dalam pejabat beliau, terdapat sebuah gitar dan gambus .... Lambang jiwa seni

UKUR BAJU KORPORAT SPADA

Image
Tempahan ini perlu diselesaikan sebelum 30 Julai 2009. Apa tidaknya!!!! Nak pakai untuk Lawatan Ilmiah nanti.....Ukur jangan tak ukur.......

BUKU RUJUKAN KHAS TERBITAN SPADA, USIM

Image
Kami para Pelajar SPADA, USIM 2009/2010 sangat berterima kasih kepada Encik Abd Halim b Mohd Hussin, Ketua Program SPADA, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM kerana usaha beliau dan para pensyarah SPADA menerbitkan buku rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.

Web Kaunselor Kini Aktif

Image
Dalam diam, web kaunselor sudah pun berusia 1 tahun. sebulan terakhir ia tidak dapat dilayari dek kehilangan fail utama sewaktu pemindahan. Kini jumlah user masih seorang. semua guru bimbingan Daerah Hulu Langat di pelawa untuk menjadi member, sila ke www.kaunselor.com dan klik register here untuk pendaftaran.

Image View Team

Image
Di sebalah bawah , ada tulisan Partner List, Klik kat situ, akan keluar satu petak disebelahnya. Ada Sign Up. Klik situ. Satu Uji kaji dibuat, Bagaimana Kesan Farmakologi apabila seekor Kucing menghidu Gam Kesannya, rasa euforia pada sistem dopamin, reseptor pada otak kucing didapati bertindak balas Kesan Farmakologi, Kucing tersebut lentok habis...stim... mata berair, hidung berhingus, malas buat kerja...mau tidur saja dan akhirnya gian ... menggigil...kejang

Murid Cikgu Bukan Tak Pandai

Image
Murid SK Bangi bukan tak pandai, sungguh pun datang dari keluarga yang dhaif, 3 tahun lepas seorang murid Orang Asli dari Sungai Buah, mendapat 3A dalam UPSR. Patutnya, apa susah bagi orang Melayu nak lulus Bahasa Melayu. Bercakap, bermimpi dan bertengkar pun dalam bahasa Melayu. Namun sayang, ada juga yang masih salah menulis ketika menjawab peperiksaan. Saya cuba ronda, melihat yang sedang termenung, dah siap? Dah jawabnya. Dah semak? Dah.... lalu saya ambil kertas dan semak ejaan sahaja, belum isinya. kesimpulannya sebagai mana dibawah. Cuba kamu baca ni.... Ek ek....sambil tersengih, mereka sebenarnya bukan tak pandai, cuma merasa dan betul semua. Pakai gaya macam mana entahlah cara menyemaknya. Bila kita tengok, entah apa dia orang tulis. Di awal-awal lagi, kita di tulis kit . Sungguh menjadi suguh . Padahal dia tahu tidak ada kalimat suguh dalam Bahasa Melayu. Saling di eja dengan salim , antara h dan n hampir-hampir sama. Ini lagi memilukan, langsung tiada jawapan. Oooo. santa

Majlis Perasmian Seminar Media Dan Pemikiran Islam

Image
Tarikh 21 Julai 2009 Tempat Hotel Equatorial, Bangi Dila, Zunita dan Maznita sedang asyik menyaksikan tayangan filem pendek yang dipertandingkan..... Sedapnya sup.....An sempat bergurau.... Pemenang Anugerah Dokumentari dan Filem Pendek menerima hadiah Ustaz Khairi dan Loh khusuk mendengar Khusairi sempat berbisik dengan Hafiz....'Lamanya ucapan perasmian'... Dah laparlah tu.....

SPADA.....UNIK

Image
Malik dan Alias berbincang sesuatu dengan Puan Ida Maznita dan Zunita....From Terengganu bersembang dengan Puan Ida....From Kelantan Kemesraan antara pensyarah dengan pelajar...... Ustaz Khairi makan tengahari bersama kami Ustaz Khairi sedang menyampaikan syarahan di dalam bilik kuliah Puan Ida.....Sangat mudah dan menyenangkan berurusan dengan beliau....

ViewGroup

Image
Saya berada di Bangi, sementara sahabat saya berada di Sabak Bernam ketika ini, namun dengan kecanggihan teknologi, komputer saya bisa di uruskan oleh kawan saya itu. Tanpa saya menyentuh apa-apa, baik tetikus mau pun papan kekunci/key board. Saya hanya memerhatikan sahaja. Kawan saya ini boleh buka fail-fail yang ada dalam direktori saya, malah boleh bukak fail tertentu.Wau...bahaya ni. Kebaikannya, saya boleh belajar secara langsung, beliau sedang mengajar di sana, dan saya sedang melihat di sini, bagaimana caranya nak download sesuatu bahan yang saya tidak tahu. Malam ini saya sedang mencari program ftp untuk memonitor website. Sebenarnya dengan program ini kita boleh berhubung dengan ramai orang dalam satu masa. Seorang boleh mengajar menggunakan presantation power point, sementara kita boleh melihat dari jarak yang jauh. Bagi yang berminat untuk mencuba program ini boleh ke http://www.teamviewer.com/index.aspx . Sila download dan register nama anda.

Tiada Tandingan

Image
JAUH untuk menghuraikan sebuah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Mungkin foto ini adalah secebis kiasan bagi mencerminkan bagaimana perasaan seorang manusia bergelar ibu untuk melihat anaknya bahagia. pelbagai pengorbanan dilakukan semata-mata agar anaknya bahagia. Ketika diambang peperiksaan sebegini, rata-rata ibu yang punya agama, akan sentiasa bermunajat kepada tuhannya, agar anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.Walaupun UPSr bukan sijil untuk masuk syurga. Tapi itulah sekelumit dari kejayaan-kejayaan yang kecil di atas muka bumi. Dari dialog yang admin telah lakukan terhadap beberapa orang ibu dan bapa, yang mana anak mereka berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu, rata-rata mengakui, doa tidak pernah dikesampingkan.