Posts

Showing posts from January 30, 2011

Mudahnya Menipu

Image
Adakah anda salah seorang mangsa penipuan ini? Mudahnya nak bagi-bagi 2 Juta Paun pada orang yang tidak dikenali. Emel pengirim.. mrs.norhayatibintiibrahim@roxketmail.com... nama norhayati kat eme. tapi dalam emel nama Puan Shahsilla... Ya Allah... jika orang itu menipu secara terang-terang?, tunjukkan pada orang yang menjadi mangsanya, semoga tidak ditipu hidup-hidup. Wahai manusia yang suka menipu, ingatlah azab Allah ketika kamu masuk lubang kubur nanti.

Dimanakah Kebahagiaan Sejati?

Ke sana sini sibuk setiap hari, pagi petang siang malam masih mencari, ya, apakah yang dicari-cari oleh seluruh manusia? Oo...rupanya kebahgiaan yang dicari. dan adanya manusia yang berpendapat dengan bersendirian itu akan hadir nya bahagia, maka dia pun bersendirian dalam dunianya, namun ada sebaliknya manusia yang bertentangan idea, katanya berkahwin itu mendatangkan bahagia, maka berusahalah dia untuk menikah, sampai ke Siam dibawa lari, semata untuk bernikah... Bahagia ada disana. Ada yang meletakkan kebahagiaan itu pada cahaya mata, diusahanyalah untuk mendapat cahaya mata, walau beribu wang berhabis. Sampai ada yang berhenti kerja, biar gaji beribu, semata untuk membesarkan anak yang satu. Kerana bahagia ada disitu. Ops.. tak lama kemudian, katanya tiada bahagia dalam pernikahan, hari-hari yang ada hanya perbalahan, maka berusahalah manusia itu bercerai sampai berai, semata-mata inginkan bahagia. Biarpun anak hidup melarat, biarpun apa bahasa orang kepadanya, yang penting dia

Kerterbatasan Manusia Sebagai Makhluk

Intisari kuliah tuan guru pagi ini adalah : Mata manusia terbatas, apabila nak melihat benda kecil, manusia cipta Mikroskop. Telinga manusia terbatas, apabila nak mendengar benda jauh, manusia gunakan telefon. Tetapi akal? Manusia guna apa kalau akalnya terbatas? Sebab itu Tuhan hantarkan rasul demi rasul untuk membimbing manusia. Dan Al-Quran merupakan alat untuk membantu 'akal manusia.

Bagaimana Habis Usia Anda?

Image
Salam sejahtera, saya ingin memanjangkan lagi siri ceramah saya di SK Bandar Rinching 5 hari yang lalu. Orang Islam kalau mati ada 4 jenis. Yang pertama matinya seperti haiwan. Manusia seperti ini ialah orang yang hidupnya semata-mata untuk makan, tak ubah macam burung, keluar pagi balik malam, keluar pagi balik malam. Rumahnya seperti sarang burung. Solat dan ibadah jauh sama sekali. Maka matinya tak ubah seperti haiwan di sisi Tuhan, Tak ada gunanya. Sedangkan.. Ada sepuluh binatang yang akan masuk syurga. 1. Anak lembu milik Nabi Ibrahim 2. Kambing Nabi Ismail 3. Onta Nabi Salih 4. Ikan Nabi Yunus 5. Lembu Nabi Musa 6. Himar Nabi Uzair 7. Semut Nabi Sulaiman 8. Burung Hud-hud Ratu Balqis 9. Anjing pemuda penghuni Gua 10. Buraq Nabi Muhammad Yang kedua, mati dalam keadaan kurus kering. Ini mati peringkat orang muslim, yang sangat sedikit amalnya. Hanya yang wajib sahaja dikerjakan, yang sunat malas. Firman Tuhan dalam hadis Qudsi. "Tidaklah mendekatkan hambaKu dengan amalan-

PIP : Program Intervensi Pelajar Terlibat Dgn Penyalahgunaan Dadah

Image
Setelah acara ceramah tamat, saya di ajak ke kantin untuk menikmati makan tengah hari.Turut berada bersama saya, guru besar SKBR, Puan Siti Zahora Moh Nor, YDP PIBG, En.Wan serta sahabat se-kaunseling saya, Cikgu Rabuni.Beliau asal dari Sarawak. Sedang makan, Cikgu Rabuni sempat bercerita, 2 tahun lepas kami bersama ke Sabak Bernam dalam program PIPP. PIPP ialah Program Intervensi Pelajar. Untuk makluman, murid yang dipilih ialah dari kalangan pelajar sekolah menengah yang telah disah menyalahgunakan pelbagai jenis dadah. Selama 2 minggu pelajar yang terlibat dikurung disini. Kami datang memberikan ceramah sebagai proses pemulihan dari pihak Jabatan. Saya bertindak sebagai penceramah kerohanian. Sayangnya tahun ini entah ke mana program itu. Sahabat saya,Encik Rabuni berbaju hijau Saya ditanya, boleh ke penagih dadah pulih ? Berbicara soal dadah terkini, pihak AADK pun sebenarnya tidak dapat memulihkan penagih. Tengok lah Pusat serenti Sungai Besi, dulunya penghuni perlu berada di

Situasi di Mesir kala ini

Image
Kebenaran akan muncul.... kebatilan akan hilang lenyap...

Ustaz Azmil Mustafa Memberi Syarahan di SKB

Image
31 Jan 2011.BANGI . Hari ini murid tahap 2 di jangka akan dapat mendengar syarahan dai seorang insan yang pernah bergelar artis suatu masa dulu. Beliau pernah berlakon dalam filem Ali Setan bersama Dato FAuziah Ahmad Daud. Hari ini beliau bersetuju untuk hadir dalam rangka memberikan satu bekas dihati pelajar. Foto-foto dibawah Ustaz Hj.Azmil Mustapha, dulunya pelakon yang meraih RM10,000 sebulan, kini bergelar Ustaz, berdakwah ke mana-mana, memanjangkan dakwah rasul.. dan hari ini, beliau ke sekolah kami, daerah jauh di Bangi Lama.. Terima Kasih atas kunjungan Ustaz... Untuk makluman, Ustaz Azmil sekarang tinggal di Syria bersama 5 anaknya, dan sering pulang ke Malaysia 2 kali setahun. Minggu depan beliau akan ke sana lagi. Murid-murid sekolah rendah pun suka mendengarnya.. Akhirnya makan di dalam bilik kaunseling yang berhawa dingin... saya sempat katakan, apabila saya memberi tahu rakan fb bahawa ustaz akan ke sekolah saya, ramai yang minta nombor contact ustaz.. Boleh berikan k