Posts

Showing posts from December 5, 2010

Dulu Mohon Cerai...Sekarang Apa Jadi

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bercerai, tidak berguna lagi. Seorang wanita, sekarang dalam umur 35 tahun, berstatus ibu tunggal. Dalam 5 tahun lepas, dia mohon cerai dari suaminya kerana katanya suaminya selalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa sangat bersama isteri. Dikuatkan cerita, kononnya suaminya ada perempuan lain di luar walaupun tidak dapat dibuktikan. Isteri waktu itu rasa dirinya masih muda, rupa pun ada. Waktu itu juga, isteri rasa kalau dia bercerai dengan suami, pasti ada lelaki lain yang hendak berkahwin dengannya. Suami akhirnya menceraikan isteri cara baik setelah didesak. Anak lelaki usia dalam 2 tahun waktu itu, dijaga oleh bekas suaminya. Waktu itu, isteri rasa biarlah dia sendirian dan biarlah bekas suami yang jaga anak. Katanya, kalau dia yang jaga, belum tentu nanti suami kasi nafkah. Sekarang sudah 5 tahun berlalu, wanita ini masih sendirian. Lelaki-lelaki yang dulu banyak menggodanya waktu dia berstatus isteri orang sudah tidak kedengaran

Modul PMD 2011

Image
Salam buat rakan kaunselor" adalah menjadi kebiasaan " saya akan menyusun modul baru setiap tahun untuk PMD. Ada bertanya, apa tu PMD, PMD adalah singkatan dari "Program M aju Diri ". Dan baru juga saya tahu, tidak semua negeri melaksanakan modul PMD ini. Contohnya Johor..kata salah seorang kawan. Insya Allah, jika sempat siap lebih awal, saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu. Modul ini akan digunakan selama 5 hari, bermakna satu hari ada 4 modul yang akan diajarkan kepada murid. Penyusunan modul ini mengikut keperluan semasa. Contohnya, antara yang masih menjadi masalah ialah, murid-murid sekolah ini masih gagal menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor mengikut rentak dan senikata yang betul. Masih ramai yang belum faham, apa itu bertakhta... mungkin mereka faham ber tata. ..masih ramai yang bernyanyi 2 lagu Negeri Selangor dengan 2 rentak yang berbeza. Terutama apabila menyebut... Duuuuu liiiii yang Maha Mulia.... ada yang sebut Duli Yaaaaa

Kes Pecah Rumah

Minta semua ambil perhatian, maklumat dari Tuan Timb. KP RELA BBM...Kenderaan Pecah Rumah/Samun No. Pendaftaran WUD227, WML 3561 Suspek 2 lelaki berketurunan India. Kenderaan bertukar-tukar menggunakan pendaftaran palsu. CRV, Suzuki Swift Hitam dan MYVi. jika terjumpa kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan sila hubungi balai polis seri putra.

Setiap Manusia Sudah di Takdirkan ke Mana Dia akan PERGI

Image
Sesetengah manusia mengatakan TUHAN itu seakan ZoLIm, kerana telah menetapkan SEJAk azali ketetapan terhadap setiap manusia, bila dia hidup didunia, bagaimana rezkinya, siapa pasangannya, bila ajalnya dan kemana dia akan pergi akhirat kelak. Syurga Atau Neraka. Pun begitu para sahabat, tidak terkecuali, langsung mengajukan pertanyaan kepada Nabi, kalau begitu ya Rasulullah, untunglah si anu bin si anu, ( budak-budak sekolah rendah jika sebut si anu ketawa dia ) jika di takdir ia masuk syurga, sedang ia hidup berbuat dosa? Begitulah dari segi logik akal kan. Dan alangkah kesiannya, pada si anu, telah beramal sekian banyak, namun akhirnya masyuk neraka, kerana ketetapan sudah begitu. Bukan begitu sebenarnya... Nabi pun menjawab.." Setiap manusia itu, dipermudahkan ke mana dia akan pergi " Bisa mengerti ya? Maknanya, orang yang ditakdir akan ke syurga, dia akan melalui jalannya ke syurga, jalannya orang-orang yang bertaubat dan taat. Sungguhpun dia pernah di lembah hina, me

Renungan Bersama : Antara Dosa dan Keampunan Allah

Image
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan mereka yang berjihad pada jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " Al-Baqorah : 218 Ketika mengikuti usrah mingguan, dalam menghuraikan Kitab "Apa Ertinya saya menganut Islam" seorang sahabat best student Maahad Muhammadi (L), Bakri, (sekitar 1995) berkata, dizaman Rasulullah ada seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan berkata, " Wahai Rasulullah, sesungguhnya dosa-dosa ku terlalu besar " Nabi : Bertanya Nabi sebesar apa dosa engkau ? Sahabat : Besar sangat yang Rasulullah... Nabi : Adakah sebesar gunung Uhud itu? Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah.. Nabi : Mana lebih besar dengan bumi ini? Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah.. Nabi : Mana lebih besar dengan langit? Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah.. Nabi : Mana lebih besar jika digabung antara langi dan bumi? Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah.... (jawabnya sambil mena

Ruzilah Sidek..

Image
Kalau bukan kerana bertemu melalui Facebook, mungkin saya tak kenal sekalipun bertemu, berselisih di jalanan. Inilah salah seorang sahabat lama di sekolah rendah, katanya masih ingat lagi ketika di tahun 1, waktu tu Cikgu Abdullah, guru kelas kami yang mengajar BM, masuk kelas dan bertanya nak tahu tak siapa dapat nombor satu???? Naaaakkkkk ..... semua menjawab. Ruzilah Sidek... Tahun itu ialah 1984. Saya belum tahu apa-apa lagi masa tu. Masih diaaaam je.. Ye lah murid baru. Kami masa mula-mula masuk SK Padang Garong kelas 1 Biru, (kelas kedualah) kemudian, 2 biru, 3 biru. Ada masa kena streaming...kami berpecah, Ruzilah ke kelas lebih pandai (merah), saya ke kelas kuning ,(ketiga) masa darjah 4. Enam tahun kemudian, 1990, kami masing-masing membawa haluan sendiri. Berpisah dengan semua kawan-kawan. Zaki Jusoh (Kampung Tingkat, Banggol), Asrul Hafez (Jalan Atas Paloh), antara yang masih saya jejaki dan masih belum jumpa.