Posts

Showing posts from September 13, 2009

Pelbagai Pendekatan Dalam Berdakwah

Image
18 sept. 2009. Merujuk surat pembaca Berita Harian hari ini. Orang macam Ustazah Bahyah ni susah nak kita jumpa dalam negara malaysia. Apalagi suami beliau, seorang Ustaz yang cukup popular. Bagi saya pendekatan atau metode Ustaz lebih slow, tenang dan mengajak batin manusia untuk merenungi setiap patah kalimah-kalimah yang beliau keluarkan. Namun lain pula pendekatan isterinya, namun kedua-duanya, sama-sama berceramah dan mengajak manusia kepada Allah. Bab over ini, Nabi sendiri pernah menyentuh, janganlah kamu berkasar dengan manusia, nanti mereka akan lari darimu" Berkasar tu overlah. Over jugak boleh ternampak dalam bentuk pergerakan tubuh yang melampau, seperti berjoget, cuit-mencuit didepan khalayak " walaupun itu halal pada hukumnya ", lainlah kalau kita memang asal artis. Dikira tak mengapalah kalau nak berjoget sikit-sikit. itupun belum pernah dibuat orang. Saya cukup terpegun dengan gaya AA Gym ,(Abdullah Gymnastiar), pemilik Syarikat Manajeman Qalbu, menya

Maha Suci Allah ; Bayi Tanpa Kepala

Image
KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala. Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya. Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu. “Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam. Menurut Dr Homayoun, ia adalah kes pertama dikendalikan di wilayah Kundus. Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu, katanya, pembedahan memisahkan pasangan kembar terbabit mesti dijalankan segera. “Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya. Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti.

Sumbangan Berterusan Datang Lagi

Image
Sekali lagi, sejambak penghargaan dikalungkan kepada Usrah Saleha Group atas inisiatif pensyarah dan kakitangan KUIS yang budiman, di atas penyempurnaan penyampaian sumbangan amal buat anak-anak (pelajar) miskin di SK Bangi. Semoga yang memberi derma ini dipanjangkan umurnya dalam keredhaan Allah Taala. Terima kasih juga kepada Dato Adnan (Dato Rektor KUIS) dan Ustaz Khairi (Tim.Rektor Akademik) yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah tersebut. Tidaklah dapat dihitung pahala orang yang berbuat kebaikan dibulan Ramadhan ini oleh manusia seperti kita. Semoga amal yang telah dilakukan ini mendapat keredhaan dari Nya. Link usrah Saleha. Group usrah ini dipimpin oleh Nagibah Ustazah Saleha.

Selamat Idul Fitri

Perjuangan selama sebulan hampir berakhir sudah, Ramadhan sedang perlahan-lahan menutup tirainya. Ada awal, ada akhirnya, Salam Aidil Fitri buat semua pengunjung ke laman blog noorhisham.com ini. Semoga jalinan ukhuwah terus bersambung hingga selamanya...Berhati-hati dijalan raya bagi yang balik kampung.

Bahan Masukan 14-16 Sep 2009

Image
16 September 2009. Salam Ramadhan,ianya hampir pergi, hari ini saya baru pulang dari Dynasty Hotel, Kuala Lumpur. Malam tadi saya sempat ikuti taklimat yang disampaikan oleh En.Abdul Rahim, Pegawai Kaunseling di Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam taklimat kepada pegawai kaunseling negeri tersebut, beliau menyentuh beberapa perkara ; Akan dilantik JU negeri dan daerah (tambahan) dalam masa terdekat, tindakan Pegawai HEM Negeri dan PPD. Keperluan adanya Ju (juru latih utama) adalah untuk menguruskan pelaksanaan e-pelaporan yang mana sebelum ini telah diputuskan akan pelaksanaannya. 1. Semua data sesi bimbingan dan kaunseling dari semua sekolah rendah dan menengah hendaklah terkumpul pada atau sebelum " 31 Oktober 2009 ". Tindakan, semua guru bimbingan dan kaunseling. Sila hantar menggunakan borang L4 sebagaimana yang terdapat dalam website ini . 2. Pada 05 hingga 06 Oktober, satu perjumpaan dengan JU yang baru dilantik akan diadakan di MITC, Melaka.Objektif adalah untuk

Muttaqin : Menyemak Diri

Image
Menurut Ustaz Maftuh Ahnan, ada 8 jenis manusia ini. Semua manusia akan tergolong dalam yang 8 ini. Mari kita semak, masih dimana kita dan mahu ke mana selepas ini? Adapun 8 ciri-ciri berikut ialah : 1. Mu'min 2. Muslim 3.Muttaqin 4.Fasiq 5. Musyriq 6.Munafiq 7.Kafir 8.Murtad Sembari kedatangan Ramadhan, ia mengajak kita (mukmin, in sya Allah) menuju ke maqam Muttaqin, nah, sekarang tinggal beberapa puluh jam saja lagi Ramadhan akan berakhir. Dig-dag, dig dap... hati risau, apakah sudah kita dimasukkan ke dalam golongan muttaqin? Kalau iya, apa tanda-tandanya, dan kalau belum, apa yang harus kita lakukan? Berjalan ke sana? Oh ..tak boleh, kita harus bahkan wajib mengejarnya " Muttaqin ". 1. Menurut Ustaz Maftuh, ciri-ciri " Muttaqin " itu ialah percaya akan wujudnya alam ghaib. Adanya tuhan, jin, malaikat, adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala walaupun semua itu tidak nampak pada mata kasar. 2. Percaya pada isi kandungan Al-Quran, artinya bukan sekadar m

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA EN HALIM

Image
TARIKH 15 September 2009 (Selasa) TEMPAT Restoran Bugis, Ampang PESERTA En Abd Halim Mohd Hussin Mohd Hafiz Mohd Basiran Tuan Loh Mohd Rodzi Muhamad Khusairi Ahmad Nasrudin Maznita Zunita Hazlinda Nur Wong Ann Farhana Norfadhilah Resolusi gambar tak sesuai....En Halim.....Ahmad Nasrudin Ann, Loh, Dila Hafiz dan Basiran Tak sudah-sudah makan...orang lain dah lama berhenti makan...hehe Salah resolusi lagi...hehe...

TINJAUAN TAHAP KESEDARAN ISU DADAH DI TEMPAT AWAM

Image
Rabu, 9 September 2009:- Para Pelajar SPADA sekali lagi diberi tugasan untuk menjalankan Kajian Tinjauan Tahap Kesedaran Isu Dadah dan pada kali ini dilakukan di tempat awam. Kami bergerak untuk menjalankan kajian tersebut dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapatkan responden di tempat yang berbeza-beza antaranya di Chow Kit Road, Pasaraya SOGO, Pudu Raya dan lain-lain. Ann Farhana...kami sering mendapatkan pandangan beliau dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kami..... Cuba mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengurusan KLCC untuk menjalankan Tinjauan Tahap Kesedaran Isu Dadah Di tempat Awam....namun kebenaran itu tidak diberikan kepada kami. Mereka tidak berputus asa, sebaliknya kami membuat keputusan untuk ke Jalan Chow Kit

Kajian Kes 1 : Punca Sebuah Penagihan

" Tulisan ini membongkar punca penagihan terjadi dikalangan masyarakat, tidak terkecuali dari sekolah aliran Arab, untuk lebih detail, saya mengajak saudara sejenak berpaku di sini ". Pada pagi 29 Januari 2009, saya telah diperkenalkan kepada seorang pemuda yang berusia 36 tahun yang sedang menjalani Pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, sebuah daerah di Johor. Saya telah memaklumkan kepada pegawai disana bahawa saya memerlukan satu kes untuk dijadikan kajian kes pada 28 Januari 2009 yang merupakan hari pertama saya memulakan praktikum di AADK, Batu Pahat. Sebelum memperkenalkan diri klien, Pegawai tersebut telah menjelaskan kepada saya latar belakang dan beberapa maklumat penting tentang klien kajian kes kepada saya. sambung

Logo Stiker Kereta MGBSR-DHL

Image
Buat pertama kali, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat mencipta logo pelekat kereta. Stiker ini telah di edarkan semasa mesyuarat Agung yang lepas di sebuah Hotel di Ampang. Turuy hadir menyerikan majlis ialah Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan Tuan Haji Muhsin bin Marzuki.

Modus Mendapatkan Dadah

Image
Selesai itu, hujan reda semula. Saya sempat berbual pendek dengan seorang pelatih yang bakal keluar. Asal Labuan. Dia menceritakan penyesalannya dan bersyukur dapat masuk membina diri di PUSPA. Saya bertanya modus operandi mereka mendapatkan bekalan dadah. Tiga kali seminggu mereka ke Kota Kinabalu dengan bot 3 enjin dalam masa 4-5 jam. Dalam sebulan, pendapatan mereka boleh mencecah 5 hingga 6 ribu ringgit. Mana tidak mata mereka menjadi juling. Saya bertanya, adakah mereka tidak bimbangkan serbuan polis marin? “Kalau maritim kami takut. Tapi, kalau polis, marin, bos-bos kami sudah mengatur di atas”. Ertinya rasuah disuap kepada mereka yang berkenaan. Demikian perbualan lebih kurang kami berakhir. Terima kasih Ust Yusrino Yusuf yang menghantar undangan. Sumber

Gambar Kenangan Berlalu

Image

Nuurun 'Ala Nuur

Cahaya di Atas Segala Cahaya nur Nuurun Ala Nur Lewat bait2 yang indah dalam kitab syaraful Anam, Al barzanji mengelukan-elukan kelahiran Muhammad sang Rasulullah SAW. Dengan kagum, Ucapnya, Wahai nabi, dirgahayu engkau. Wahai Rasulullah SAW, Sejahteralah engkau. Wahai kekasih, berbahgialah engkau, berkat dan redha Allah SWT untukmu. Telah terbit purnama bagi kami dengan kehadiranmu. Maka pudarlah bintang gemintang oleh cahaya mu. Tiada wajah seindah milikmu, kemilau menghamparkan suka ria, di alam semesta. Engkau mentari, engkau purnama, engkau cahaya di atas cahaya, engkau mahkota, engkau pelita. Wahai keksih Muhamad, terpujilah engkau pendamai timur dan barat. Wahai yang disegani , wahai yang dipatuhi, wahai pemimpin dua kiblat, dahulu dan kini. Betapa beruntung yang dapat menatap wajahmu. Engkau lah bapak dan ibu yang penuh kasih sayang. Bengawannmu jernih, air minum bagi kami di hari kebangkitan. Kelahiran dan masa kecilnya. Seorang wanita ayu yang bernama Qatala yang pernah

Ubah Background Lebih Besar

Image
Layout/Edit HTML/KLIK_Expand Widget Templates/ Untuk keselamatan anda, sila copy dahulu semua isi dalam kotak tersebut dan simpan pada 1 folder khusus. Baik, untuk mendapatkan saiz sebenar background pada bahagian main atau background, dari saiz asal, cuba ubah menjadi lebh besar, cuba preview dulu, tengok hasilnya. Dibawah ini adalah contoh saiz pada blog saya sekarang iaitu 555px; #main { float: right; width: 555px; " Boleh juga mencuba dari sebelah left menjadi right ,sila test.. " Kalau di website, itu agak lebih mudah bagi saya, untuk perbesar dan memperkecilkan saiz, biarpun ianya terdiri dari 3 kolom. Sila lihat link