Posts

Showing posts from April 11, 2010

Ingin Mati Awal

Dalam keadaan ramainya manusia berusaha untuk hidup lebih lama, dengan segala macam usaha, ubat-ubatan, latihan fizikal dan sebagainya, ada pula manusia yang ingin menamat kontrak hidupnya lebih awal. Kira-kira 7 orang sehari di Malaysia didapati berusaha membunuh diri. Data yang saya dapati dari Pakar Psikitri HUKM, kaum India menduduki hieraki paling atas, manakala Cina kedua dan Melayu ketiga. Apa pasal? Entahlah....

Mati Bersama Impian

Image
Kerana terlalu banyaknya impian yang belum terlaksana, adakalanya manusia akan meninggal dunia dengan membawa impian-impiannya di dunia. Kerana itu, manusia sangat inginkan jika usia mereka dapat dipanjangkan, bahkan Khairil Anuar dalam sajaknya menulis, "Aku ingin hidup seribu tahun lagi". Kerana, mudah-mudahan dengan usia panjang, akan tercapailah segala hajat dan keinginanannya. Rupanya usia kita bukan panjang. Maka sepatutnya tak layak bagi kita untuk mempunyai impian yang terlalu banyak. Cukup saja beberapa impian yang dapat kita jangkau,nah yang penting sekarang adalah kita menyusun berapa impian kita yang masih tersisa dan yang mana paling utama sebenarnya untuk kita letakkan di pondasi paling atas. Sebagai rasa syukur terhadap nikmat Allah SWT yang begitu Besar terhadap diri saya, saya menulis tulisan ini untuk anda renungi. Apakah anda termasuk antara manusia yang mempunyai masih terlalu banyak cita-cita dan impian yang belum terlaksana, atau sudah cukup termakbul se

Bayi mati tercekik bebola ikan

Image
TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam. Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit. Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja. Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain. "Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.

Tidur Tak Lelap

Alahai Omak...

Image
"Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, maka ibu dan bapanyalah yang menjadikan akhlaknya (seperti) Yahudi, Nasrani atau Majusi". Hadis Nabi. Ketika menunggu giliran dipanggil semasa berada di depan kaunter Hospital Serdang tadi, saya sempat mencuri beberapa keping foto untuk subjek posting petang ini. Belum pernah saya lihat, mungkin tuan-tuan sering melihatnya, anak-anak perempuan kecil berpakaian seperti di atas. Seluar pendek diparas lutut, malah berlubang-lubang lagi, di sesuaikan dengan kasut tumit tinggi. Mungkin mak ayag budak itu tidak tahu akan hadis di atas, pelaksanaan hukum syariat agama adalah menyeluruh, meliputi pakaian, dan bermula... semenjak dini. Di dalam Quran Tuhan berfirman, "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu dan seluruh wanita (perempuan) mukmin, hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga ke paras dada. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan kamu tidak akan diganggu ..." Demi

Satu Masa Untuk Tuhan

Image
Tuan-tuan, Dalam hidup ini, mau tak anda pasti akan pergi jua suatu masa nanti. Dalam sibuk atau lapang, susah atau senang, sakit atau sihat, panggilan itu pasti akan datang menjemput anda pulang. Justeru, bersedialah untuk menghadapinya... Dalam kesibukan sehari-hari dengan dunia anda, anda perlu ada masa untuk Tuhan, untuk diri anda sendiri (sebenarnya) berdepan denganNya, dikala tiada yang boleh menolong anda, disaat anda sangat-sangat membutuhkan pertolongan... Manusia yang menyedari..bahawa hidupnya akan menemui tempo expire-nya, akan membuat persiapan untuk pulang, kerna di sini, bukan tempat kita, dan disini bukan rumah kita yang abadi... Bergembiralah Bak lirik sebuah lagu nasyid ...."disini bukan tempat tinggal kita, disini hanya sebentar tidak kekal". Bergembiralah, kerana kematian akan datang menemui anda... dan dia akan menghapuskan segala kesusahan anda di dunia ini. Dia akan menamatkan segala penderitaan anda.. dan bersedialah..untuk menikmati indahnya hidup di

Penubuhan JK Penaja Rukun Tetangga

Image
11 April 2010. DESARIA, NILAI. Hari ini penduduk Desaria telah mengadakan perjumpaan dalam rangka perbincangan penubuhan Jawatankuasa Penaja RT. Seramai 25 nama telah dicalonkan sebagai JK sementara. Perjumpaan berlangsung dihalaman luar surau pada jam 2.30 petang dihadiri oleh ramai penduduk dengan cuaca yang begitu baik.