Posts

Showing posts from May 17, 2009

DVD Sepanjang SPADA

Setelah mengambil kira kos pembikinan dan penghantaran, maka satu set DVD mengandungi 3 keping, Satu Vietnam Kamera Tunku Hasriq, Kedua Vietnam dari pelajar SPADA dan ketiga Sabah satu keping. Semuanya RM20.00 termasuk kos penghantaran. Kawan-kawan yang berminat sila bank in ke akaun bank Islam (BIMB, atas nama NOORHISHAM HAMZAH, akaun nombor, 1209 2020 129 415 Tambahan RM 5.00 bagi foto-foto sepanjang perjalanan SPADA.

Sambutan Hari Guru SKB

Image
Jawatankuasa PIBG sanggup datang. Terima Kasih Mungkin inilah kali pertama atau kedua dalam sejarah sekolah, dimana program hari guru terpaksa di adakan secara berasingan. Sesi pagi dan petang terpaksa di asingkan, walaupun sebenarnya sambutan ini lebih meriah jika dilaksanakan serentak. Namun mengingat ramainya murid hampir mencecah 2000 orang belum termasuk guru-guru, boleh dibayangkan kesemrautan yang akan berlaku jika kedua sesi digabungkan. Namun acara tetap dilaksanakan. Terima kasih pada semua murid-murid yang memeriahkan acara, juga ibu dan bapa yang sanggup keluar malam-malam ke kedai untuk mencari hadiah yang dipesan oleh anak. Program lebih meriah sebenarnya kerana guru sendiri mengambil bahagian secara aktif untuk menghidupkan suasana hari guru. Latihan Kebakaran

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 12. Sabda Rasulullah s.a.w l

7 Sunnah Nabi

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempa t : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu

Hari Guru SKB 2009

Image

Penat, Meriah dan Gembira

Image

Penat, Meriah dan Gembira

Image

6 Pluto 2009

Image

FOTOGRAFI TAHUN 6 SKB

Image

Sabah Baaaa

Image

Apa Yang Penting??? Kerjaaasamaa....

Image
Seronok tengok wonderpets ni tau. Walaupun cerita untuk budak-budak tapi kita yang dah menjangkau usia lebih suku abad ni patut ikut contoh teladan dari cerita wonderpets. Sesekali tengok la kartun ni. Pastu boleh selitkan moral story yang ada pada anak-anak murid atau anak-anak didik atau anak-anak bina sekali pun...jangan lupa! Apa yang penting??? Kerjaaasamaaa....