Posts

Showing posts from August 24, 2008

Konsep Pengubatan Darul Hanan

Image
24 OGOS 2008. Rombongan kami bergerak menuju ke Daerah Tumpat Kelantan, tepatnya di pusat rawatan Dadah secara tradisional yang lebih dikenali sebagai ”Darul Hanan” di dalam kawasan Pondok Lambor, Wakaf Bharu. Pondok ini di usahakan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain dan keluarga. Tuan Guru Haji Mohd Zain yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Aji menyatakan, pada permulaan, bertarikh 15 Mei 1998, dimana beliau mengumumkan hasrat untuk membuka pusat pemulihan ini, hanya 3 orang datang dari penduduk kampung berhampiran. 3 hari kemudian datang lagi 3 orang sehingga lah ke hari ini, jumlah penagih yang datang menerima rawatan tidak pernah putus. Mereka datang secara sukarela, dan ada yang dipaksa rela. Ikutkan penagih, memang lah mereka tidak mahu duduk dalam keadaan begitu, dikurung secara beramai-ramai bersama dengan pesakit yang lain. Umumnya, bekas penagih yang datang ini dari serata daerah di negeri Kelantan dan terdapat juga dari negeri Terengganu. Dari segi taraf kedudukan masyarakat, d

Selamat Jalan Pak Tan

Image
Haha, saya terima emel dari seorang teman lama. Sesuatu yang menarik untuk direnungi dan dihayati. Tak direnungi pun ia akan datang termangu dalam fikiran. Elok sekali lagi sembari hadir bulan suci ini, kita muhasabah diri dan berusaha menjadikan fiil kita lebih baik di sisi Tuhan dari semalam. Kerna esok kita kan pergi buat selamanya. Kedatangan Ramadhan bagi saya, mengingatkan kita pada yang pergi,yang sekian tahun tertimbus dalam tanah nan sepi, tiada siapa yang sudi mengjenguk, apatah lagi menjadi peneman.Ayuh, kita galangkan semangat, bantu mereka yang pergi dengan Al-Fatihah. Sementara itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs yang telah memanggil saya memberi bimbingan kepada staf sekolah bagaimana membuat blog . Blog satu Blog Dua Blog Tiga Blog Empat Khusus buat En.Rahim yang telah berusaha mengadakan program seumpama ini. Semoga sekolah lain akan mengekori kemudian hari.

Foto Guru SK Tmn Ceupacs Dalam Program Bina Blog

Image
CHERAS ; 30 Ogos 2008,SK Taman Ceupacs dibawah usaha En.Rahim telah mengadakan program perkembangan staf bagi guru sekolah tersebut. Dalam program ini, saya dijemput untuk menyempurnakan program ini selaku tenaga penunjuk cara. Tidak berapa lama dulu, pernah keluar dalam akhbar tempatan, guru-guru di Eropah kini memiliki blog sendiri dan murid hadir ke sekolah tanpa membawa buku lagi. Mereka dibekalkan dengan Lap Top, manakala guru mengisi nota pelajaran dalam blog mereka. TAHNIAH SK TMN CEUPACS.

Rugi Kalau Tak Pandai Bergurau

Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung? Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan. Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman? baca selanjutnya di kutip dari : http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/

Rugi Kalau Tak Pandai Bergurau

Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung? Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan. Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman? baca selanjutnya di kutip dari : http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/

Kemahiran Adobe Photo Shop

Image
Saya berminat mendalami ilmu adobe photoshop, tapi bila belajar sorang-sorang, banyak sangat yang tak tahu. Nak cari kitab dia pun bukan mudah nak jumpa yang complete. Haha saya nak ubak foto member saya yang berada kat luar bilik kurungan ni, biar dia berada di dalam plak haha. Nampaknya member blogger ramai jugak yang mahir, terutama Azza, mungkin dah menuntut sakan ni.

Ramai Tak Tahu

Image
Khusus untuk sahabat blogger dan kaunselor Daerah Hulu Langat, kotak dialog yang anda gunakan ini sebenarnya boleh dibesarkan. Saya tengok ramai juga asal pakai jelah benda ni. Padahal boleh ditambahbaikan sikit, tanpa seposen pun. Tengok ruang sebelah kanan yang ada, masih kosong. Caranya, log in macam biasa pada www.blogger.com , klik view blog, tengok dibawah kotak dialog box ini ada ikon spana, klik pada ikon tu, pada jumlah ketinggian anda ubah width dari 180 ke 220 dan height dari 5 00 ke 600 . Cubalah tengok hasilnya,kalau besar sangat kecilkan sikit.

Ramai Tak Tahu

Image
Khusus untuk sahabat blogger dan kaunselor Daerah Hulu Langat, kotak dialog yang anda gunakan ini sebenarnya boleh dibesarkan. Saya tengok ramai juga asal pakai jelah benda ni. Padahal boleh ditambahbaikan sikit, tanpa seposen pun. Tengok ruang sebelah kanan yang ada, masih kosong. Caranya, log in macam biasa pada www.blogger.com , klik view blog, tengok dibawah kotak dialog box ini ada ikon spana, klik pada ikon tu, pada jumlah ketinggian anda ubah width dari 180 ke 220 dan height dari 5 00 ke 600 . Cubalah tengok hasilnya,kalau besar sangat kecilkan sikit.

Impian ke Vietnam

Image

Baju Korporat Spada

Image
Kain putih dan merah, antara keduanya ada lis kain berwarna biru. Logo ni sebenarnya cantik. Tapi jika dibanding dengan baju warna merah saya, jauh lebih menarik yang tu.Tapi yang ini warna hanya bahagian tepi. Mudah nampak kalau kotor sedikit. Saya secara peribadi kurang berminat. Yang ni poket diluar....biasa je. Tak nampak macam korperat. Macam kat pasar malam. haha. Aik. baju sendiri pun kena bang!!

Design Baju Pilihan Kami

Image
Yah, inilah yang dikatakan baju korperat, Ada kombinasi warna yang menarik di samping kain yang tidak mahal, harga yang berpatutan, senang memakai, gembira selalu. Jika logo yang sama macam baju merah ni disulam atas baju warna biru. Akan nyata sekali ketidak cantikkannya. Nak citer sekolah saya dulu. Guru perempuan semua menyampah dan ramai yang tidak pakai, bayar saja dan merepek2 kat rumah. Nampak tak poket? Tak nampak kan. Padahal ada tu, 2 lagi kiri dan kanan. Poket tebuk namanya .

Perbezaan Cetakan Huruf

Image
Andai nama di jahit atas baju berlatar belakang warna gelap. Nama itu tidak timbul, tenggelam warnanya dan tidak menarik. Di sini perlunya penggunaan 2 warna. Warna biru seperti baju ini memang tidak menarik dan saya sendiri kurang senang dengan baju ini. Simpan saja ler.....panas pulak tu kainnya. Berbeza dengan baju ni, pergi pasar malam pun orang puji, apatah lagi kalau pergi ke sekolah. Kawan-kawan saya suka pakai bila ada mesyuarat. Bila lagi nak tunjuk baju glamour...?hehe

Menyerlah

Image
KOmbinasi Warna yang menarik.Butang sama warna dengan baju.Kainnya tempat butang warna putih.Menampakkan lagi korperatnya.

Baju Korporat Spada

Image
Contoh baju, begini rupa kalau warna biru.. Pandangan dari belakang Kombinasi warna yang menghidupkan gambaran sebenar baju korperat.Di tengah-tengah baju, penggunaan kain warna putih dan kancing atau butang yang sama dengan warna baju.(merah) Kalau hijau baju hijaulah kancing. Apabila latar belakang warna putih, maka apa pun tulisan akan terserlah. Namun andai back ground warna biru, maka pastilah nama anda akan tenggelam.Menarik di pandang, senang hati memakai, lumayan membeli, tak puas dipakai.Nak buat lagi.

Baju Korporat Spada

Image

Arti Istilah

Image
drug abuse : segala pemakaian obat untuk tujuan nonmedis, umumnya untuk kepuasan psikis dependence : ketergantungan psychic dpd : perilaku kompulsif untuk menggunakan obat berulang kali untuk kepuasan diri physical dpd : kondisi dimana putusnya penggunaan obat menghasilkan sindrom yang berlawanan dengan efek obat addiction : adiksi, ketergantungan penuh tolerance : respons menurun terhadap suatu obat sehingga butuh dosis lebih besar untuk menghasilkan efek yang sama Bahaya: individu: gangguan metabolisme hingga kematian yang sulit diatasi sosial: perilaku antisosial, merusak, nekat, tak produktif ekonomi: radikalisme moneter, judi Contoh obat: Opioid Hipnotik-sedatif Stimulan Halusinogen Mariyuana Alkohol Say No To Drugs!

Adakalanya

Alahai...hidup ini kena gembira...tapi bila ingat farmako, tersentap sekejap. Minggu depan saya kena bentang farmakologi dengan tajuk Benzediazepin. Nak cari kawan atau sesape yang boleh tolong huraikan tentang benda alah ni. Siapa boleh tolong saya.......??? Nak cari makna anexia pun tak da dalam kamus. Mana lagi nak explore ya?

Lagi Foto Sekitar Lawatan Spada

Image
KUALA LUMPUR : Rombongan SPADA bertolak jam 8.10 dari USIM Pandan Indah menuju ke Pusat Rawatan Geha Bodhi, Kuantan Pahang. Singgah di RnR meneguk air secwan Hah, dah tiba pun di Geha Bodhi Ni di Pondok Wakaf Bharu. singgah jap kat Masjid Kristal Terengganu Solat asar di Masjid Rantau Abang Mendengar penjelasan dari Tuan Guru berkenaan sistem rawatan yang beliau berikan kepada penagih dadah Dr.Lenny bersama Azyan Berhadapan Pusat Khidmat Dah masuk ke bekas Pusat Serenti yang kini menjadi PKAADK, Pusat Khidmat Anti Dadah Daerah Kota Bharu. Berada di hotel Damai Kota Bharu hari kedua. Ni, gambar sewaktu ke Kuala Nerang minggu sudah.