Posts

Showing posts from January 9, 2011

Cikgu.. Mak Saya Tak Sembahyang

Image
Waktu rehat, seorang murid berada dalam bilik kaunseling bersama rakan-rakan yang lain, bila loceng berbunyi, semua bergegas keluar untuk masuk ke kelas.. seorang murid ini tetap tidak berganjak. Matanya meleret kiri dan kanan, sesudah dia pasti tidak ada lagi rakan-rakannya yang akan mendengar.. lalu dia bersuara.... Klien : Cikgu...hari tu kan,cikgu ada tanya masa perhimpunan, siapa yang tak tahu ngaji dan tulis jawi, cikgu suruh angkat tangan...saya tak angkat.. Cikgu : Kenapa awak tak angkat? Klien : Malu lah cikgu.... nanti orang tahu Klien : " Cikgu, ... saya tu adalah menghantar sms, kadang-kadang dia tanya saya, dah solat ke belum, saya jawab belum, dia tanya kenapa... saya jawab ntah....., dalam rumah saya mana ada orang sembahyang cikgu ..." katanya. Cikgu : Hmmm... mak kamu tak sembahyang? Klien : Tak... Cikgu : Kakak kamu ? Klien : Tak... Cikgu : Abang pun ? Klien : Semua tak.. Cikgu lalu mencari-cari sekeping gambar didalam laptop, gambar itu ialah semasa

Sepagi di Putrajaya.Belajar Fotografi

Image
Semasa didalam dewan, sebelumnya, saya mengambil gambar posisi dan lokasi yang sama, tapi warna meja pucat, rupanya ada satu butang yang tidak kita ketahui, jika di tekan butang itu sambil di pusing skroll didepan, warna akan menjadi bertambah terang.. baru lah nampak cantik... ni tidak..kamera je mahal... gambar macam biasa jugak Salah satu teknik yang dipelajari Peserta Bergambar beramai-ramai Imej jelas berlatar belakang kabur Haha.. Terima Kasih pada Pak Su Manual yang telah menurunkan ilmu yang sangat mahal ini kepada peserta. apalagi secara percuma pulak tuh

Usia Semakin Singkat

Image
Hari ini memasuki usia 34 tahun. Bertalu-talu kawan mengirim doa dan harapan. Terima kasih semuanya ya.

Manusia Adalah Buku Cerita

Image
Setiap orang akan menjadi buku cerita setelah matinya. Maka tuliskan, dan tinggalkan sebuah cerita yang bagus agar memberikan hiburan dan inspirasi yang indah bagi ahli waris dan pembacanya. Kata seorang pengarang didalam bukunya, "Psikologi Kematian". Ketika pesawat ulang-alik mau melepaskan orbit bumi menuju ke bulan, diperlukan teknologi tinggi dan daya dorong yang sangat besar agar bisa terbebas dari graviti bumi, lalu memasuki ruang angkasa dengan ringan. Demikianlah katanya lagi, halnya dengan jiwa manusia. Jika hati, pikiran dan nafsu kita masih sangat kuat terikat dengan bagasi dunia,pasti sulit untuk lari dan terbang mendekati ALlah.

Vest PRS

Hari ini ke Taman Sri Muda Shah Alam, mengambil Vest PRS untuk murid-murid.

Buletin Keluarga

Image
Rasa macam ada benda yang baru dalam buku perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tahun ni. Ya..sila rujuk muka surat 11, bab keluarga, ada menyatakan salah satu usaha yang perlu dilakukan oleh guru bimbingan ialah mewujud, mencetak dan mengedar buletin keluarga. Dengan rasa senang hati, hal ini memang ditunggu-tunggu selama ini, tetapi takut untuk bertindak, bukan apa, takut melebihi sepatutnya. Namun jika difikir, buletin ini memang perlu, bagi guru untuk berkongsi dengan ibu bapa, apa yang mereka perlu sampaikan untuk tindakan ibu bapa murid di rumah. Mohon kepada semua pembaca agar dapat memberikan idea yang dirasakan perlu disampaikan dalam buletin ini.

Mulai Tahun Baru Dengan Semangat Baru

Image
Dengan pakaian dan beg baru, murid-murid datang dengan semangat baru. Namun masih ada yang memakai pakaian lama, tak kisah sebenarnya, pakaian baru atau lama, yang penting semangat kita untuk belajar masih ada. Gambar ini diambil sewaktu program PMD. Murid-murid dimestikan menyanyikan kembali lagu-lagu wajib di sekolah. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Ambik gambar saya cikgu.... kata Danish sewaktu saya membawa kamera meronda kelas-kelas. Hari pertama minggu kedua, pemberian watikah (Ijazah) pelantikan sebagai pengawas. Zulraihanah terpilih sebagai pengawas PRS yang julung-julung kali di rasmikan.

Ceramah Kedua Tahun ini di SMK Pandan Indah

Image
Ceramah Kedua saya tahun ini berkisar tentang Isu-Isu Terkini Dalam Penagihan. Ceramah Pertama adalah Parenting (Keibubapaan) di SK Bangi pada 8 Jan 2011. 10 Jan 2011. Seorang sahabat menjemput saya memberikan ceramah pencegahan dadah sempena minggu Disiplin terhadap pelajar tingkatan 2 di SMK Pandan Indah.

Anak Darjah 6 Tak Boleh Membaca

Image
Minggu kedua saya terima laporan dari guru kelas murid tahun 6 masih tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Nak amik UPSR nih. Mak ayah pun tak pernah datang kalau ada perjumpaan. Sabtu lepas, pihak sekolah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6, pun wajah mak dan bapa dia tak jugak muncul-muncus Sungguh sayang kalau anak-anak dihantar ke sekolah selama 5 tahun lebih, tetapi masih juga belum dapat membaca.

Buletin Motivasi SK Bangi Jan 2011

Image
Salam Motivasi. Pertemuan 2011 kita mulakan dengan semangat dan motivasi baru, yang lama kita refresh semua supaya lebih segar. Syabas kepada semua murid yang hadir ke sekolah. Walau ada yang masih memakai baju lama, tidak mengapa, yang penting kita ada semangat baru. Kasihan mak ayah cari duit, jangan paksa mereka kalau kewangan tidak mencukupi. Redha lah.. dan berazamlah untuk belajar bersungguh-sungguh, sehingga kita berjaya, dan akhirnya menjadi orang kaya. 1. BELAJAR ITU WAJIB Nabi orang Islam ada menyebut.. “Dekat-dekat orang yang faqir dan miskin itu kepada kekufuran”. Nampaknya disini, harta ada kaitan dengan iman seseorang. Adakalanya orang yang miskin harta boleh jadi turut miskin imannya. Kerana itu, supaya kita kaya, kaya harta, kaya ilmu dan kaya segala-galanya, Tuhan menyuruh kita belajar. Agama Islam sendiri menjadikan kegiatan belajar adalah wajib fardu ain kepada lelaki dan perempuan. Bila cikgu tanya Kanmalar dan Sree Ganesh, dia pun cakap belajar tu wajib. Set