Posts

Showing posts from September 16, 2012

Merdeka, Pergi dan Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid sekalian, kita baru sahaja selesai menyambut bulan kemerdekaan (Ogos) bagi negara kita yang tercinta. Kasih dan sayang sehingga berkorban kepada negara tanah tumpah darah kita adalah salah satu dari tuntutan agama Islam. Hubbul Watani Minal Iman. “Cintakan tanah air sebahagian dari (tanda) keimanan”. Manakala murid tahun 6 pun sudah merasa merdeka juga.Merdeka sebab sudah selesai menjalani ujian besar di sekolah rendah. Selama 6 tahun kamu bersekolah, akhirnya semua ilmu yang cikgu curah dan ajarkan, disoal dalam peperiksaan hanya dalam tempoh 1 jam. Bayangkan, betapa mahal ilmu kamu, selama 6 tahun belajar. Dapat satu sijil namanya UPSR. Orang belajar di Universiti untuk dapatkan ijazah pun hanya 4 tahun sahaja. Kita patut berterima kasih pada guru-guru yang pernah mengajar kita, dari kita tidak tahu ABC, 123, Alif Ba’ Ta, Tolak Campur Bahagi Darab, hinggalah kita tahu semuanya. Adakalanya kita lebih tahu sesuatu perkara lebih da

Hilang Beg di Airport LCCT?

Image
Harusnya pihak Airport menghubungi kita apabila kita tertinggal beg di sana kan. Tapi tidak begitu rupanya. Sesudah 6 hari berlalu, sahabat saya dari Sydney Australia baru perasan bahawa salah satu beg nya tidak ada. Disedarinya sewaktu hendak mengambil sesuatu di dalamnya. Puas dicari disekeliling rumah saya, bawah katil malah ke belakang rumah. Mana tahu tersorok dimana-mana. Hari ini saya ke LCCT.Ketika memasuki ruang ketibaan dari luar negeri.Saya menemui seorang polis perempuan disitu. Bertanya, apakah caranya untuk masuk ke dalam pergi ke tempat "Lost and Found" tujuannya untuk melihat adakah barang yang tertinggal masih ada disitu. Jawabnya encik harus ke sana, jumpa orang conter information Air Asia.Nanti minta Pas Masuk dari sana.Saya dan kawan pun meluru ke arah Mc Donald. Jumpa seseorang berpakaian baju merah putih didepan kaunter jualan tiket. Saya cuba bertanya. Tuan, macam mana mau cari barang yang hilang? Hilang dimana ? Rasa-rasanya ketinggalan dis

Masalah Budak Sekolah

Image