Posts

Showing posts from August 15, 2010

Info Terkini dari JU Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Pelaporan L4 bagi tahun 2010 sudah mula bergerak pada tahun ini. Justeru anda semua diminta untuk sentiasa melayari laman web rasmi L4 Tahun 2010 ini di http://www.ekaunseling.net/ Pada tahun ini juga kita akan menggunakan borang e-L4 bagi pelaporan di sekolah-sekolah dan Sistem Analisis L4 (SAL4 Versi 1.0) bagi JU Daerah dan Negeri yang akan diberikan kepada anda semua sedikit masa lagi. Sekian Mohd Fazlie Web Team L4 2010

Semua Manusia Dambakan Bahagia

Image
Dulu, waktu sekolah menengah, seorang penceramah datang ke sekolah saya, dalam isi ceramahnya dia ada menyebut beberapa perkataan yang lucu bagi saya, perkataan tersebut ialah bodoh , hodoh dan tolol... bahasa ini bukan untuk menuduh murid, tetapi menimbul kesedaran... Alangkah hancurnya hidup ini jika kita ada 3 perkara tersebut, sudahlah hodoh, bodoh dan tolol lagi. Saya sering bertanya pada murid klau kita hodoh, bodoh dan tolol..Agak-agaknya siapalah yang nak kat kita? Mau kamu semua benda ini terkumpul pada diri kamu? Semua geleng... Hodoh. Baik, boleh tak kita ubah satu persatu, yang pertama, hodoh, boleh tak hodoh pada rupa di ubah? Tak boleh...jawab murid. Sebenarnya wajah boleh diubah, lihatlah Micheal Jakson, kan dia ubah wajah dia tu, haha, itu pembedahan, baiklah, tengok pula wajah penagih dadah, rata-rata wajah mereka seakan sama, kering, tua dan tidak bercahaya...kenapa? Sebab dadah telah merubah kehidupan dan wajah mereka. Sesungguhnya wajah kita boleh berubah. Jika ki

Pemandangan Malam di PICC

Image
Gambar ini saya rakam malam tadi jam 11.00 malam, ketika pulang dari pusing-pusing. Kamera tidak menggunakan flash pada waktu malam lebih cantik hasilnya dari kita buka flash.

Penatkah Puasa

Image
Menurut sejarah, ketika Tuhan mencipta Akal, tuhan mengarahkannya, "berpaling lah engkau ke sana" dia pun berpaling, "berpalinglah engkau ke sini"..dia pun berpaling."Siapa kau siapa Aku?" Tanya Tuhan, Jawab Akal, Engkau Tuhanku dan akulah hambaMu. Akal sejenis makhluk yang mudah mengalah apabila ia tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan. Akal tidak boleh menyelesaikan semua masalah dalam dunia ini, banyak hal yang tidak masuk akal kata orang. Lain ceritanya dengan nafsu, apabila tuhan menciptakannya, kemudian tuhan mengarahkan dia bergerak seperti tadi, tetapi dia degil, tidak mahu patuh, kemudian tuhan bertanya, siapa engkau siapa Aku, Akal dengan sombong menjawab, "Engkau Engkau, aku aku". Kerana degilnya dia, tuhan rendam dalam api neraka panas selama 100 tahun, sesudah tamat tempoh dendanya itu, dia ditanya lagi, pun masih menjawab "aku aku engkau engkau", lalu tuhan rendam dia dalam api neraka lapar selama 100 tahun. Sesud