Posts

Showing posts from September 20, 2009

Seruan Memakai Tudung

Image
" Wahai Nabi, (Muhammad), katakanlah kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuan kamu dan kepada seluruh kaum muslimin, supaya mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dadanya, demikian itu lebih mudah untuk mereka di kenali, dan tidak akan diganggu ( oleh pemuda yang suka menggang u ) " Surah AnNur Ayat 31. Tuan-tuan sekalian, kita sekarang berada di penghujung tahun 2009. Guru Kaunseling dan Ustaz Ustazah sekolah rendah patut teliti tulisan saya ini. Ketika anak-anak kita menginjak ke sekolah menengah, mereka sudah kehilangan orang seperti anda, yang boleh menegur dan memberikan bimbingan. Guru sekolah menengah adalah orang lain. Belum tentu sama dengan kita. Kalau lebih bagus, syukurlah, tetapi kalau sebaliknya? Ketika mereka sudah pun berada di alam sekolah menengah, waktu pulang dari sekolah, petang-petang kita terlihat dan melihat, ramainya antara mereka yang tidak memahami dan tidak mengerti hukum wajib memakai tudung kepala. Saat itu kita hanya memanda

Aku Ingin Pulang

Setiap manusia punya tempat datangnya, dan setiap manusia juga punya tempat perginya. Tanpa mengira apa bangsa dan agama anda, anda akan pulang jua. Sudahkah anda mempunyai persiapan untuk pulang ? Dunia ini tidak KEKAL, yang kekal adalah DIA yang mencipta anda. Aku Ingin Pulang : Dulu

Koleksi Buku Terbaru

Image
Jaafar Rawas, Toko Buku Agama Terbesar di Kelantan Sudah menjadi lokasi wajib persinggahan saya sewaktu pulang ke kampung, satu-satunya kedai buku yang paling luas di Malaysia, kedai Jaafar Rawas. Lokasinya di tengah-tengah bandar Kota Bharu tepatnya di Jalan Dato Pati. Semua peminat buku dan ulat-ulat buku seharusnya tidak tertinggal untuk singgah di sini. Banyak buku dari Pustaka Nasional, Singapura ada di sini, dan buku-buku karya Tasauf yang jarang kita temui di tempat lain, malah Kuala Lumpur sekalipun. Ada lagi yang menambah istimewa kedai ini ialah kerana buku-buku ini banyak dari terbitan Pustaka Aman Press. Kota Bharu. Cuba perhatikan buku-buku yang baru saya beli ini, ada tak di toko buku Jalan TAR, (Tun Abdul Razak) dan Masjid India. Buku di Kelantan terdapat dalam dwitulisan, yakni jawi dan rumi. Untungnya lagi, buku tulisan jawi lebih murah ketimbang tulisan rumi, yang mana isinya adalah sama. Berita Ghaib dan Alam Akhirat Ahli Neraka dan Kesengsaraannya Intisari Kary

Catatan Syawal 2009

Image
Bersama mak saudara dan sepupu-sepapat Umi Syaza, dan Mak saudara bergambar dengan Afiq Ramai-ramai ke rumah Pok Cik Saiba Yaakob di Pasir Tumbuh Jarang-jarang benar kita dapat berkumpul ramai-ramai. Jika tidak kerana hari raya, rasanya payah nak dapatkan situasi sebegini. Walaupun belum ada kamera SLR, saya menyenap gambar yang nampak lucu dan agak menarik, cukuplah dulu dengan Sony Ericson. Terima Kasih tuhan atas kurniaan Hari Raya kepada kami hamba-Mu. Bertuah menjadi Umat Islam, bersyukur atas kurniaan nikmat Iman dan Islam. Tanpa Islam dan Iman, masakan kami dapat rasa Kebesaran-Mu Tuhan.

Berhati-hati jika anda melalui Maran

Image
" Kemalangan di Maran " Dalam perjalanan ke sini tadi, (dari Kuantan ke Kuala Lumpur) kebetulan kejadian mencemaskan berlaku di depan mata, sebuah kereta hilang kawalan, lalu membaham pembahagi jalan, kemudian terbalik beberapa kali, 2 orang berbangsa Cina keluar melalui tingkap.Saya cuma bantu hubungi polis dan hospital, kemudian meneruskan perjalanan. Saya turut terkejut dan memutar-mutar stering ke kanan-kiri entah tidak tahu harus ke mana kerana ingin mengelak kereta yang sedang terguling-guling itu melibas vannete saya. Secara tiba-tiba semua kenderaan memperlahan kan kenderaan masing-masing. Seorang lelaki menaiki motosikal (singgah sekejap) mengatakan, jalan ini memang selalu terjadi macam ni, dari Simeboard tu, setiap minggu saya pulang, ada sahaja yang berlaku di kawasan ini. Pemandu sempat keluar Entah apa yang ada, mungkin angin kuat yang secara tiba-tiba atau pemandunya mengantuk, kerana member yang disebelahnya memang tertidur. Jadi, pada yang sering melalui

1 Syawal di Pulau Melaka

Image
Dari kiri, Masjid Pulau Melaka, rumah MB, rumah Ust. Nik Adli dan bekas tapak pondok Dari kiri, rumah Ust. Nik Adli, bekas tapak pondok (bangunan tak siap), bangunan sekolah Arab Pada tahun 2004, saya dan rakan-rakan pernah posing antara 2 buah pondok besar yang terletak di atas bekas tapak pondok itu, disinilah saya dari 1999 hingga 2006. depan pondok ada sebuah bilik air besar, pokok kelapa dan tempat jemuran. Turun pondok terus ke masjid. Tiap hari kami menadah kuliah subuh dari Tuan Guru. Masjid Pulau Melaka dari depan pondok setelah belaku pengubah suaian. Asalnya setingkat . Namun kini semua tinggal kenangan, apabila pondok kebanggaan kami runtuh oleh angin masa. Kami anak-anak pondok memanggil Tuan guru dengan gelaran "Ayah Zid". Manakala adik beliau, Ustaz Nik Razi, kami panggil Ayah Zi. Orang ramai berpusu-pusu ingin menyalami dengan Tuan Guru. Namun tak semua dapat bersalam.Body Guard, hehe, orang-orang kampung ni jugaklah, tolong bagi tau hadirin, dah-dah, t

Orang Islam mana boleh masuk Syurga

Tergaman dan terkejut juga jamaah surau, apabila kuliah subuh pagi itu mengatakan orang Islam tidak boleh masuk syurga . Yang sedang hampir terlena pun ikut terkezut , malah merekalah yang lantas mengangkat kepala. Cuba mendengar betul-betul apa yang terdengar tadi. Ya, manusia ni, kalau setakat jadi orang Islam belum tentu dapat masuk syurga. Kerana tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyebut orang Islam berada di syurga dengan kenikmatan sekian-sekian. Yang ada dalam Al-Quran ialah orang muttaqin. Sebagaimana tercatat dalam surah An-Naba'. " S esungguhnya untuk orang2 muttaqin berada di tempat yang bahagia, beberapa kebun dan batang anggur, dan beberapa anak perawan yang sama umurnya, dan beberapa mangkuk yang penuh berisi, tidak pernah mereka mendengar dalam syurga itu perkataan percuma (sia-sia) dan tidak juga perkataan dusta " Demikian tercatat dalam tafsir Juzuk Amma. Upgrade dan Update Diri Oleh sebab itulah, penceramah mengajak hadirin untuk sama-sama meni

Parking KBTC Curam dan Merbahaya

Image
Pemandangan Pasar Siti Khadijah dari Tingkat 5 KBTC Berkali-kali tawaf mencari parking lot di Kota Bharu, akhirnya saya mengambil keputusan mahu naik ke atas bangunan baru yang menjadi kebanggaan terkini warga kota (Bandaraya Islam) BRI iaitu KBTC. Sungguh terkejut apabila naik ke atas sini, lebih tinggi dari tempat parking Hotel Goldcourse di Klang. Waduh tinggi sekali, nak undur mana boleh.Dengan van plak tuh, pesan penjaga tu, tutup aircond, guna gear 1, tekan kuat-kuat, naik laju. Saya taubat tak nak naik lagi. Waduh ngeri..banget.. Sebahagian pemandangan dari aras 5 KBTC , sekali naik ke sini, ramai yang mengeluh ketakutan ketinggiannya yang mengundang bahaya. Kalau anda bawa kereta, sewaktu kereta mendongak ke atas, anda tidak nampak jalan lagi. KBTC Sewaktu dalam pembinaan

Salam Aidil Fitri

Image
Alhamdulillah saya dan keluarga selamat tiba di lokasi destinasi di Kota Bharu setelah melalui hampir 15 jam perjalanan melalui Raub, Bentong, Gua Musang, Kuala Krai hingga akhir. Jalan di Bandar Raub, Bentong dan Kuala Krai adalah lokasi yang menjadikan ribuan kereta tersendat-sendat, tak boleh jalan, hanya merangkak. Laluan sempit satu lorong menyebabkan hampir 20 kilometer kereta membuat deretan panjang di tengah panas dan rimas. Pulangnya saya melewati Felda Jerangau Kuantan, perjalanan dari lokasi berangkat hingga ke tujuan adalah 734 kilometer. Penat drive panjang, syukur sempat singgah di Cherating dan Bukit Stongkol dalam rangka menziarahi kaum keluarga.

KAD UCAPAN & SUMBANGAN KUIH RAYA

Image
Rabu, 16 September 2009:- Encik Abd Halim Mohd Hussin telah menyampaikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri 1430H dan sumbangan kuih raya kepada para pelajar SPADA 2009/2010.