Posts

Showing posts from October 18, 2009

Kem Kepimpinan Calon Pengawas

Image
Ada 2 jenis pemimpin, seorang pemimpin adalah yang dilahirkan, dan ada yang di programkan. Pengawas sekolah adalah antara mereka yang di programkan untuk menjadi pemimpin kecil-kecilan di sekolah. Pengawas yang baik adalah pengawas yang boleh mengikut per aturan sekolah, seperti memakai baju di dalam, sentiasa dalam keadaan bersih, masuk dan keluar kelas mengikut peraturan, rambut sentiasa kemas, memakai kasut yang telah di gariskan oleh pihak sekolah dan sebagainya. Tidak menunggu guru meminta berbuat itu dan ini , melainkan dia sudah memahami apa yang perlu di buat ketika situasi begitu dan begini. Ketika majlis perhimpunan setiap hari Isnin, dia sudahpun membantu mengatur kerusi untuk guru duduk. Untuk meneropong manakah murid yang layak di angkat sebagai pengawas sekolah yang bertanggungjawab, pihak sekolah kebangsaan Bangi telah mengadakan kem kepimpinan calon pengawas bertempat di Impian Country Resort selama 2 hari 1 malam.

Mohandas Karamchand Mahatma Gandhi

Image
Kepimpinan Melalui Teladan Rasulullah SAW menjadikan diri beliau sebagai role model kepada umat manusia seluruhnya. Baginda setiap hari beristigfar 100 kali, sedangkan beliau adalah maksum, yakni terpelihara dari dosa kecil dan besar. Sikap beliau ini semestinya menjadi suri tauladan kepada ikutannya. Contoh yang sangat Agung ini sebenarnya telah mempengaruhi jiwa seorang pembesar negara, iaitu Mahatma Gandhi. Beliau, walaupun Perdana Menteri kepada Negara India, tetapi sering ke mana-mana menaiki keretapi kelas 3. Suatu hari beliau terserempak dengan seorang wartawan di dalam gerabak kereta api. Bukankah anda ini Mahatma Gandhi? Tanya wartawan itu. Nama saya, Mohanndas Karamchand Mahatma Gandhi, tetapi rakyat memanggil ku begitu. Kenapa tuan menaiki kereta api kelas 3? Bukan kah tuan ini Perdana Menteri? Sebab tidak ada kelas 4. begitu jawabnya. Demikian peribadi beliau yang sangat gemar menbaca buku cerita tentang sejarah Baginda Rasul SAW. CAWAS, Calon Pengawas dari SK Bangi s

Macam Mana nak Download Nih

Ramai jugak yang masih tak tahu cara nak download (muat turun) borang L4, berikut saya sertakan video macam mana nak download benda tu. Untuk lebih mudah, anda perlu ke www.kaunselor.com ,jika di blog ini, nampaknya macam kena lalu jalan jauh sikit. Cubalah, mana-mana pun boleh. Sepatutnya semua kaunselor mendapat taklimat, berhubung cara-caranya, namun hingga hari ini, daerah ini masih lagi tidak jumpa anak bulan, daerah lain rasanya dah buat semua. Kita ada masalah sedikit. Bagaimana nak download borang

Apa Nak Buat

Antara sukses di dalam melaksanakan tugas yang di harapkan dan kekangan masa, nampak-nampak macam taklimat L4 seperti tidak akan menjadi kenyataan. Mungkin hanya sekeping surat boleh menyelesaikan semua masalah? Apa masalah sekeping surat tidak dapat di keluarkan?

JAMUAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Image
22 Oktober 2009 Meena dan Vanaja telah mengadakan Majlis Jamuan Deepavali dengan menjemput semua warga SPADA termasuk Pengurusan dan staf SPADA.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN CIK DILA

Image
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Cik Dila yang ke???? Puan Ida tolong suapkan kek..... Tersenyum...hehe Potong kek tu hati-hati....jangan terpotong jari Ramai juga Rakan Pelajar SPADA yang meraikannya Hah...Tuan Loh pun ada Abang Rodzi tu pulak.....

Semoga Sdr Hafney Redha ...

Sudah beberapa kali saya hubungi Sdr.Hafney Pengerusi PENDAMAI, sekarang baru dapat bercakap dengannya. Saya kena ujian la...katanya. Dari cerita yang disampaikan kaki kanannya kena potong sampai paras betis.Beliau sebelum ini kena kencing manis.

SUASANA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI SPADA

Image

Runtuhnya Keangkuhan Manusia

Image
Seorang kawan saya baru pulang dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat (SUMBAR) Indonesia, dan sempat melewati Padang sewaktu perjalanan pulang. Saya tampilkan foto-foto terbaru gambaran Padang kini dan dulu. Syaza rajin membaca, dalam pesawat pun masih nak membaca Gambar KOta Padang 2007, sebelum Gempa 2009. Selain dari gedung dan bangunan dan sudah hancur berantakan, banyak juga yang hampir tersungkur menyembah bumi. Sudah tak bisa di diami lagi Anda mahu beli jika dijual murah-murah? Dunia tiada harga lagi bila keadaan begini terjadi. Padang Oh Padang, Apa Dosamu sehingga begini jadinya, apakah ini ada kaitan dengan murkanya Tuhan, atau memang lumrah kejadian alam menuju titik penghujungnya? Yang masih hidup bersyukurlah di atas nikmat kehidupan yang masih tersisa, bangkitlah dari bencana ini, membina hidup dan hubungan serius dengan Tuhan, alam ini tak kekal. Kamu jua sehari dua lagi akan dipanggil Ilahi.

Pernah Anda Bayangkan?

Image
Yakinlah, anda memang hidup dalam dunia akhir zaman, nafas-nafas terakhir dunia sedang dihembuskan perlahan-lahan, kita kini berada di penghujung abad dunia, kenapa saya katakan demikian? Kalau dulu manusia membunuh manusia mengambil kira jantina, pada zaman Nabi Musa, yang dibunuh adalah lelaki, manakala pada zaman Nabi Muhammad, yang dibunuh adalah perempuan, dan sekarang, anda sedang menyaksikan, semua manusia tanpa mengambil kira jantina, akan di habisi oleh nafsu buas manusia seakan binatang. Boleh anda bayangkan....dan katakan, siapa pelaku kes ini?