Posts

Showing posts from June 10, 2012

Ketahuilah Saudaraku Tentang Neraka

Saudara, kita perlu belajar tentang apa itu neraka, sebagaimana kita juga perlu tahu bagaimana itu bentuk syurga.Kerana mengetahui neraka dan siksaan akan membuat kita lebih takut hendaknya dan lebih menjauhinya dengan memperbanyak amal ibadah. Lantaran sakitnya azab yang sangat luar biasa terpaksa ditanggung oleh ahli neraka, mereka memohon agar mereka dimatikan.Setelah seribu tahun, penjaga neraka itu berkata :" Kalian akan tetap di neraka ".Lalu seribu tahun berikutnya, pendosa itu berdoa kepada Allah." Cabutlah nyawa kami, kasihanilah kami, dan bebaskan kami dari siksaan yang tak tertanggungkan ini ".Seribu tahun kemudian Allah Taala berkata. " Diamlah kalian dan jangan memohon belas kasihKu, kalian telah dikutuk selamanya" .Kemudian mereka berucap satu sama lain." Biarlah kita bersabar, kerana kesabaran akan berbuah manis ". Mereka terus berdoa kepada Allah selama seribu tahun dengan kesedihan dan kekhusyukkan yang teramat sangat. Hasilny

Dunia ini Penjara Bagi Mukmin

Image

Apa lagi daya kita

Image
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee melagukan "oh dunia ibaratnya roda...naik turun tiada hentinya" Ada tikanya kita berada di zon selesa, zon bahagia, dan adakalanya kita berada dalam suasana yang sangat tidak enak.  Ketika itu, ada masanya manusia pun sudah tidak  peduli kita lagi, tiada yang mahu ambil tahu, apa lagi mahu memahami dan membantu. Lantaran itu, kita hanya punya doa sebagai pertalian tunggal kita dengan tuhan. Berdoalah, semoga doa kita didengari. Mohon ampun dosa-dosa, mungkin dosa-dosa kita yang membuat hidup kita mencengkam. Kerana dosa kita juga menyekat rezeki dari Tuhan. Kita datang ke dunia, keluar perut ibu seorang diri, mengembara seorang diri dan akan dikembalikan pada Nya seorang diri. Juga akan dibangkitkan seorang diri. Berdepan tanpa penolong. 

Dimana kecantikan yang abadi

Image
ISRAK dan MIKRAK Dalam Salah satu Perspektif. Dalam ayat pertama surah Al-Isra' atau dikenali juga Surah Bani Israil, mengisahkan perjalanan Rasulullah di Israk (diperjalan)kan pada satu malam dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Tidak mungkin hal itu berlaku pada zaman itu dengan sistem teknologi kenderaan seperti hari ini belum muncul. Memang ada teknologi lebih canggih iaitu BURAK, yang menjadi kenderaan Rasulullah.Namun siapa yang pernah melihat kenderaan itu? Peristiwa ini benar-benar menguji keimanan siapa pun. Lantaran itu, awal ayat ini dimulakan dengan Subhana , kalimat Subhaana asal maknanya jauh. Maha Jauh Tuhan dari segala sifat yang tidak mungkin ada padaNya.Hal yang tidak mungkin pada ilmu kita, namun boleh terjadi. Maha Suci Allah (Maha Jauh Allah) dari sifat-sifat seperti kita selaku manusia. Ceramah Ustaz Baqi Satu hari di Masjid Kota Gelanggi 02 Jerantut,sekitar tahun 1994-95, saya mendengar syarahan tentang ISRAK dan MIKRAK yang disyarahkan oleh Al

Afandi Ibrahim

Image

Mutiara Sufi

Image
Menurut Huzaifah Al-Mar'asyi bahawa ikhlas ialah perbuatan seseorang yang sama lahiriah dan batinnya (hati). Abu Qasim Al-Qusyairi pula berkata, "Ikhlas ialah meletakkan satu qasad perbuatan taat hanya kepada Allah." Apa yang dikehendaki dengan taat itu ialah bertaqarrub kepada Allah dan bukan kerana yang lelainnya seperti berpura-pura di hadapan makhluk untuk mendapatkan pujian. Bagi Zunnun Al-Mashri pula ada 3 tanda ikhlas; i) Apabila seseorang itu merasakan sama saja semasa dia dipuji atau dikeji oleh orang; ii) Seseorang yang sedia melupakan kebaikan yang telah dilakukannya; iii) Seseorang yang tidak menuntut ganjaran daripada perbuatannya melainkan di akhirat. Pada Al-Qusyairi, martabat ikhlas yang paling rendah ialah apabila seseorang itu merasa sama pada waktu terang dan tersembunyi.

Motivasi Kepimpinan SK Lelaki Bukit Bintang 2, Petaling Jaya

Image
14 Jun 2012.PETALING JAYA. Sekolah kecil, murid sedikit. Itulah sekolah SK Lelaki Bukit Bintang (2) Petaling Jaya, Selangor. Berputar-putar sebentar di Jalan Gasing saya mencari sekolah ini. Melewati SK La Salle, kemudian ketemu SK Assunta, ah...teringat NorZalifah Bakri, nak hubungi dia tak ada nombor pula. Member yang jumpa ceramah pula tengah sibuk layan murid, berkali-kali saya call tak menerima jawapan. Akhirnya mencari sekolah ini ikut gerak hati sajalah. GPS pula tak berfungsi hari ini. Memo yang ada, sekolah ni dekat MBSJ, Jalan Templer, Belakang Sekolah Tamil Vevankanda (macam mana ek). 

Apalah Nasib Kawanku

Image
Ganja yang dirampas ketika operasi malam tersebut. KAJANG.  25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan. Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manakala sebuah beg galas di campakkan ke dalam sungai. UPDATE Saya baru menghubungi kawan lama di sekolah dahulu, dari seorang ke seorang dapat kembali menjejaki rakan-rakan yang lama hilang dan terputus. Ada satu berita yang agak tak sedap, apabila dapat tahu seorang sahabat kini sedang hanyut dengan pil kuda, hingga telah tertangkap. Ibu pula yang kasihan melihat anaknya pergi menjamin. Padahal sudah punya anak dan isteri.Apalah nak jadi. Beberapa orang budak sekampung

Inabah dan Zikir, Tautan Erat dalam Pemulihan

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah KUALA LUMPUR , Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air. Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia. Memang seronok perjalanan ini, kami tiba jam 12.00 tengah malam, kami menghamparkan tubuh sejenak, sembari menunggu jam 3.00 pagi. Ya, jam 3 pagi kami dikejutkan, untuk melihat acara terawal di Inabah ini, 100 orang bekas pecandu narkotika mandi taubat 40 gayong air yang dingin mencengkam tulang. Mereka kemudian bergegas ke surau untuk solat tahajud 12 rakaatm solat taubat dan solat hajat. Di samping menunggu rakan2 yang tiba, mereka

Suka Ria di Perjalanan Ini

Image
10 Jan 2009 . Hari kedua perjalanan ke Cau Dai Temple. Lokasi ini adalah rumah ibadah bagi semua agama. (kata mereka). Mana-mana penganut dari agama apa boleh saja masuk dan beribadah mengikut fahaman masing-masing. Bila masuk dalam, beginilah rupanya. Ingat nak solat sunat tadi, mana boleh kalau kek gini tempatnya, penuh dengan patung, naga dan ular di dalam. Kat luar pun ada lagi... Mereka sedang sembahyang, jam 10.00 pagi. Udara di sini dingin, inilah yang sedapnya kat Vietnam ni, sebabnya mereka terima piasan udara dari China, sejuk... Berada di luar rumah ibadah semua agama. Cau Dai Temple Cau Dai Tample Cau Dai Temple Mencari Turning Dalam Kehidupan Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA masih menggunakan istilah penagih walau sudah lama berhenti), memberikan statement bahawa dia akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat). Saya tidak mengatakan si

Koleksi terpilih antara pilihan

Image
DALAM KESERABUTAN . Ada Senyuman Puan Lenny and Husband Pedati, Kereta Kuda, Kat Malaysia tak jumpa nak merasa benda ni Jamuan Halwa di sebuah pulau, Sg.Mekong Rumah Ibadah Semua Agama (Viet Nam) Cantiknya DITAKUTI .Polis Trafik Vietnam, Tak ada la gemuk KAWAN . Hanya kawan yang boleh membantu kita CANTIK . Sebuah lanskap di kota Vietnam yang berpenduduk 4 juta orang TOLONG . Berikan mereka air bagi menghilang kehausan KENANGAN INDAH .Bersama rakan SPADA Ratu SPADA 2008 Kapal POrtugis dijual dalam USD 28-55 Katak dari Kelapa BUATAN SENDIRI. SENJATA ini dibuat sendiri oleh tentera Vietnam