Posts

Showing posts from October 31, 2010

Tirai 2010 Kian Berlabuh

Image
Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi, maka tamatlah episod pembelajaran 2010. Apalagi bagi anda darjah 6. Zaman gemilang sekolah rendah, zaman suka duka, cinta monyet, minta duit, gelak ketawa, pergi main koko, semuanya akan berakhir... tiada lagi zaman itu... Kecuali zaman sekolah menengah yang akan menjelma. Adik-adik, saban tahun, bapa kamu menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk menyekolahkan kamu dan adik-adik kamu. Sedang ada antara ibu kamu yang tidak bekerja. Wang gaji bapa kamu habis untuk kamu semua... sedang hasil yang kamu perolehi dalam pelajaran? Lihatlah....gitu-gitu juga. Bahkan ketika akan melangkah ke sekolah menengah tidak berapa hari lagi ini. Kamu masih dalam dilema, untuk menentukan siapa diri kamu pada masa akan datang. Sebagai seorang pelajar, yang ingin menjadi pelajar cemerlang. Kamu perlu tentukan, apakah matlamat kamu datang ke sekolah. Apakah hanya sebagai rutin harian, atau sebab bosan duduk di rumah, atau sebab ingin berjumpa kawan-kawan dan bergur

Kaunselor, Guru Bimbingan Burn Out

Image
Istilah Burn Out , lebih mudah di terjemahkan rasa dalam dilema, tidak boleh buat kerja, tidak dapat berpotensi sebagaimana sepatutnya. Isu Kaunselor atau lebih tepat guru bimbingan (kalau di sekolah rendah) burn out sudah lama diperkatakan. Dan...ketika kami berkursus di Port Dickson beberapa hari lepas, isu ini bangkit lagi dan sememangnya isu ini tidak akan terpadam buat selamanya, kerana guru bimbingan yang baru dikeluarkan dari maktab sentiasa ada. Ada beberapa sebab yang menjadi punca kenapa guru bimbingan burn out . Satunya datang dari diri kaunselor atau guru bimbingan itu sendiri, dan faktor kedua dari persekitaran luaran. Nak sebut datang dari kaunselor rasa macam tak patut disebut, sebab dia dah jadi kaunselor, tak kan dia ada perasaan yang dia tak boleh memberi khidmat pada sekolah, sedang dia sudah pun menghabiskan masa 4 tahun di universiti tertentu mengambil Sarjana Muda Psikologi atau Kaunseling, dah sudah puluhan ribu wang mengalir atas maksud tersebut. Jadi, pad

Cikgu, cikgu ada Facebook Tak?

Image
Cikgu, cikgu ada Facebook tak? Tolong la add saya cikgu. Begitulah majunya zaman sekarang ini, kebanyakkan murid sudah mempunyai facebook peribadi. Bahkan sudah pandai explore sana-sini. Sedang ada cikgu, jangankan facebook, emel pun tak ada. Jauh sama sekali blog dan web peribadi. Hmmmm..cikgu sibuk lah....tak sempat nak main fesbuk fesbuk ni, jawab guru. Ya lah tahap kepakaran, minat dan rezki seseorang berbeza. Guru perempuan lebih kurang masa berbanding guru lelaki. Pun ada juga guru lelaki lebih sibuk dari isterinya, mengurus keluarga, murid, tuisyen, dan lain-lain. Seorang guru, ketika di tanya soalan diatas, cikgu ada facebook tak, soalan ini di ajukan kerana penanya hendak menunjuk beberapa perkara yang perlu cikgu itu tahu berkaitan penghantaran borang L4. Katanya tak ada. Saya berkata, buatlah satu facebook cikgu, ini sudah zamannya, kita perlu ada facebook, saya melihat orang-orang sufi dan thoriqah pun mempunyai facebook. OK OK lah kata guru ini. Malamnya, dia

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GBK SEK.RENDAH DAERAH HULU LANGAT

Image
PORT DICKSON. 2 November 2010. Seramai 80 orang guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah Daerah Hulu Langat hari ini mengikuti program Kursus Peningkatan Profesionalisme di Hotel Sri Malaysia. Mereka datang dengan sebuah bas yang disewa khas, dan akan berada di sini selama 3 hari. Antara hal yang dibincang ialah Prokafo, Fail Meja, Sistem Penghantaran Borang L4 dan bengkel, Plan Strategik. Lokasi kami ialah di Dewang Kemang 2. Bajet kursus 3 hari ini memakan belanjan RM20,000. Sesi Pembukaan. Puan Noriah dari SK Semenyih memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Ucapan alu-aluan Tuan Samsul bin Dollah, Pegawai Hal Ehwal Murid dan Kerjaya Daerah Hulu Langat. Antara dapatan beliau ketika melaksanakan sesi pemantauan, ramai guru bimbingan tidak mempunyai fail meja, diharap kursus ini dapat memberi input kepada semua guru dan dapat memiliki sebuah fail meja setiap orang. Sesi pembahagian kumpulan mengikut zon Apa tunjuk-tunjuk ni..haha..tengah belajar tepi-t

Usaha Memperkasa PRS Sekolah

Image
Semenjak PRS ditubuhkan di sekolah ini, kewujudannya tidak berapa dirasai. Kehadiran PRS seramai 32 orang setiap tahun bagaikan tiada. Sedangkan nama mereka tercatat sebagai ahli Kelab Pembimbing Remaja Sekolah. Unit Kaunseling Sekolah berusaha untuk memberdayakan mereka, melalui beberapa aktiviti tambahan, tidak sekadar hanya menghadirkan diri pada hari Rabu dan mencatat nota-nota berkaitan. Untuk tahun 2011, insya Allah, saya minta kesemua murid PRS Sk Bangi memakai baju PRS selengkapnya. Seperti gambar di atas sebagai pengawas yang lain. Apabila anda memakai baju tersebut, ada beberapa amanah yang akan di embankan ke bahu anda dan ada ganjaran pula disebaliknya. Kelihatan segak bukan, dengan baju khusus, apalagi kalau menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbing kecil-kecilan kepada rakan-rakan di sebagai baik bidang akademik, sahsiah dan sebagainya. Separuh kos baju ini akan di tanggung oleh unit Bimbingan dan Kaunseling, sebahagian lagi akan dibayar oleh ibu bapa. ISU DALAM

Penggambaran Kelas Bermula

Image

Besarkan Paparan Skreen

Image
Bila tengok kawan-kawan kat pejabat menaip, alahai kesiannya, kenapalah dia orang tak besarkan imej skreen tu, kooocikk bebenor, sakit mata melihat huruf-huruf kecil gitu. Lama-lama boleh jadi sakit mata tau. Padahal skreen tu boleh kita besarkan, cara lama ialah besar dari 50% menjadi 100% atau 150%. Cara lebih mudah bagi saya, kalau nak kecilkan atau besarkan ialah klik CTRL kat keyboard, lepas tarik roda pada tetikus. Jangan lepas butang Ctrl tadi. Cuba anda buat sekarang. Tekan CTRL sambil tarik atau tolak roda tetikus, lihat apa jadi. Alamak...Jadi kecil pulak, cuba ubah arah roda tetikus tadi. Kalau tadi tarik, sekarang tolak ke depan, jangan tolak ke belakang. Mungkin cara ini ada tertulis kat mana-mana dalam komputer, tetapi saya dapatkan semasa mencuba-cuba, saya cuba menekan-nekan setiap butang di keyboard bersama Ctrl dah Shift dan tengok apa hasilnya. Anda boleh lah mencuba-cuba kalau nak tahu, tapi awas...kena bersedia dengan risiko nya. Tak tau lah apa risikonya,

Penghantaran Data L4

Image
Ini lah antara sekolah yang sedang dalam proses kemasukan data. Sebahagian fail L4 dari sekolah-sekolah yang telah diproses masuk. Yang lain masih tak masuk-masuk, padahal dah hantar, termasuklah sekolah saya sendiri. Inilah antara sekolah-sekolah yang sudah hantar