Posts

Showing posts from September 30, 2012

Sejenak di SK Dusun Tua

Image
Habis ceramah, teman baik saya, Saudara Adlan membawa saya menemui Tuan Guru Besar SK Dusun Tua, Tuan Hj Mohd Sahar. Dalam perbualan dengan Guru Besar, disamping mengucapkan terima kasih atas kehadiran saya, beliau juga memberikan banyak tips untuk saya berceramah. Katanya beliau dulu seorang guru di SMK Abdul Jalil, bersama dengan dengan En.Rahim yang sekarang menjadi Pegawai Kaunseling di KPM. Beliau mengingatkan saya, agar banyak bercakap soal NEGATIF dalam ceramah penagihan ini, kesan negatif pada pengambil dadah, keluarga, masyarakat dan negara. Yang kedua perbanyakkan salinan dari akhbar-akhbar tentang dadah. Potong dan masukkan dalam satu fail besar. Scan dan masukkan ke dalam POwer Point. Yang ketiga buat penutupan ceramah dengan IKRAR atau doa dalam bahasa Melayu untuk menguatkan lagi pendengar agar tidak terjebak walau selangkah dengan dunia penagihan. SUNGGUH amat bermakna, jarang orang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. TERIMA KASIH sekali lagi pada SK Dusun

Fafirruu IlalLah : Kembali kepada Allah

Image

Hari Usahawan SK Bangi

Image

Bahan bakar di neraka

Image

SK Dusun Tua, Sekolah Tertua Daerah Hulu Langat

Image
Insya Allah pada 04 Oktober 2012, saya akan menyampaikan ceramah di sekolah ini bertema tentang "Pendidikan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol". Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini ialah En.Adlan MOhd Ali, sahabat baik saya. Manakala guru Bimbingan dan Kaunseling ialah Puan Nyai Mariani. Dari Luar. Indah Pintu depan sekolah Logo Sekolah SK Dusun Tua Jalan Menuju ke atas Surau Darul Hidayah Dalam Pembinaan Berhampiran surau Atas Bukit

Rahsia 7A Raywin Raj

Image
Bekas murid SK Bangi tahun 2007 kini melakar sejarah lagi dalam hidupnya di SMK Taman Semarak Nilai. Beliau merupakan pelajar Top Student dengan pencapaian 7A dalam PMR baru-baru ini. Tahniah Cikgu ucapkan. Dalam perbualan singkat dengan cikgu, beliau membuka rahsia kejayaannya, antaranya ialah rajin belajar, suka pada guru setiap masa dan jangan ada sangka buruk pada guru. Katanya, beliau pernah mengalami kemerosotan markah akibat pernah bersangka buruk pada guru. Namun apabila tersedar, beliau kembali memperbaiki reputasinya.Syabas..Semoga murid-murid SK Bangi dapat mencontohinya.

Indah Musik Menyusuri Isi Nan Indah.Hayatilah

Image
Yang pertama saya kalungkan ucapan terima kasih kepada hamba Allah yang telah memuat naik video ini, penuh padat dan sarat dengan pengajaran bagi manusia terleka seketika dalam pelayaran menuju Yaumil Mahsyar.  Tersentak... di mana kita dan ke mana aku akan dibawa? Rupanya perjalanan hidup ini, alias Kembara Hidup ini amat cepat.Setiap langkah-langkah berlari cepat bagaikan detik-detik masa berlalu. Mata yang tadinya hampir kuyu, kini terbuka untuk mendengar, mendengar dan terus mendengar suara Tuan Guru Dato Harun Din. Bahasanya mudah, tidaklah gagah bagaikan Pemimpin Nombor Satu Dunia.Slow dalam suara yang telah dimamah usia, namun padat dengan tazkirah. Buletin Menyentuh Qalbu Terkenang jua saya pada mesyuarat semalam, Ustazah Hadifah dari Sekolah Agama Pekan Bangi dalam sesi mesyuarat melahirkan rasa terharu beliau setelah membaca tulisan saya dalam buletin yang terakhir ini. Beliau katanya memanggil anak-anaknya untuk membaca di hadapannya.Khuatir buletin dan ber