Posts

Showing posts from March 18, 2012

Siapa yang takutkan MATI, Baca ini.

Image
24 Mac 2012.Sekolah Alam Shah, Putra Jaya. Berikut adalah sedikit khulasah ceramah saya tadi di Masjid dalam Sekolah Alam Shah. Hal ini (ilmu) tidak diajar dalam mata pelajaran dalam kelas. Saya turunkan dari kitab lama. Dan satu bab (bab ke6) Pada kitab pada menyatakan bahawa setelah keluar ruh  meninggal dunia, kemudian pergi ia ke kuburnya dan pulang ke rumahnya.  Telah bersabda Nabi " Apabila keluar ruh itu daripada badan anak Adam maka apabila lalu 3 hari, berkata ruh itu " " Ya tuhanku, izinkan olehMu bagiku untuk ke berjalan ke kuburku, dan aku lihat kepada jasadku yang adalah aku (dulu duduk) padanya " Maka memberi izin Allah Taala baginya, maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya dari jauh, sesungguhnya telah mengalir daripada 2 lubang hidung dan mulutnya itu darah dan menangis ia akan tangisan yang panjang, kemudian berkata ia : " Oh Jasadku yang miskin, Hai Kekasihku, adakah engkau ingat akan beberapa hari  dalam hidup engk

Satu Tin Air, Tanda Kenangan

Image
24 Mac 2012. Pn Zalmie menjemput saya ke sekolah beliau hari untuk menyampaikan ceramah kepimpinan kepada anak-anak muridnya.Antara isi ceramah tadi ialah :   1. Pemimpin merupakan orang pertama atau VVIP yang akan dijemput duduk dibawah naungan Arash di padang Mahsyar kelak. 2. Orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah Taala akan dijemput untuk duduk dibawah Naungan Arash. Kalau ingin ketawa, biasanya manusia akan jumpa manusia ramai. tetapi jika anda ingin menangis, duduklah sendirian. Ingatlah dosa-dosamu. Bila kah masa paling sesuai duduk sendirian? Ketika dimalam hari, semua manusia sedang tidur. Makanya disebut dalam hadis, "Zakaral lah ha kholian, fafadhat 'ainahu" Mengingati Allah dikala bersendirian, maka mengalirlah kedua air matanya. Ikrar Pengawas untuk menjadi pengawas yang berdedikasi. Pemimpin cilik yang akan memikul tanggungjawab demi kebaikan sekolah tercinta. Air tanda kenangan Ketika nak balik, seorang pelajar lelaki datang, jumpa saya Ci

Hilmieah Ainoul Mardhiah

Image
Memasuki Usia 6 Bulan.Di Lahirkan 16 September 2011 (Hari Penubuhan Malaysia) Hospital Serdang

Mengenang yang pergi,menghitung hari yg ada lagi

Image
Bila terkenang nama-nama ini,sayunya perasaan memenuhi diri, (1)Almarhum Zamani (Sg Budur),(2)Zaki (Sik),(3)Cikgu Fakhrul,(4) Muammar,(5)Ramli Gua Musang, (6)Warsito, (7)Asfarihan (8)Murshidi Mustafha, dan sebaris nama-nama yang tidak rapat dengan kehidupan saya, apa tidaknya, mereka semua rakan baik saya, namun kini sedang berada di dalam lapisan tanah.Adakah jasad-jasad anda telah menjadi tanah? oh sahabatku. Oh kawan...sedang apaan anda semua sahabatku? Nama-nama kalian cukup menjadi bukti nyata, bahwa hidup ini hanyalah sementara cuma. Kita tak ubah seperti pelakon yang sedang berteater di pentas dunia, kelak, kami pun akan menyusulmu semua. Maafkan daku kiranya ini sahabatmu, yang pernah mengaku dirimu sebagai sahabat baik dunia wal akhirah, namun sesaat terlupakan dirimu yang sedang berada di alam baqo.Ku sedar teman, pemergian mu semua tidak akan kembali lagi, dan ku sedar juga, kalian amat memerlukan doa-doa dari kami, apalagi dari anak cucu anda. Oh Tuhan,apakah disaat pem

Antara Bahagia dan Derita

Image
Tiada makhluk yang bernama manusia ingin hidup songsang tanpa kasih-sayang. Normalnya mereka akan mencari sumber yang membuat batinnya puas, bahagia,sekali pun perlu berdepan ombak lautan luas, atau rimba nan kelam, itu semua tak dipeduli, untuk sebuah kebahgiaan, itu semua sanggup dirempuhi.Biarlah kaki harus berdarah, biarpun luka terpaksa singgah dijasadnya, apalah erti sebuah kelukaan, demi sebuah harga kebahagiaan, itu lebih besar dari segalanya. Namun .... Ada kala dan tikanya, Bahagia itu hadir lewat sebuah penderitaan. Ianya ada  dalam kemiskinan, dalam derita, payah, susah dan nestapa, ia juga terselit antara celahan rintihan sang hamba Rintihan sang hamba memanggil tuhannya, Ia temui kedamaian disana. Biarpun hasrat menggunung untuk menggapai sebuah impiannya, Berkecai bak kaca yang jatuh berderai, hancur luluh hatinya. Namun.. Ketika dia belajar meredhai hakikat sebuah perjalanan hidup ini memang begitu, dan mulai belajar pasrah pada takdir Ilahi, jiwanya mulai s

Rintihan ku... Apakah Dikau Mendengarnya

KepadaMu Kekasih Aku berserah Kerana ku tahu Kau lebih mengerti Apa yang terlukis di cermin wajahku ini Apa yang tersirat di hati Bersama amali KepadaMu Kekasih Aku bertanya Apakah Kau akan menerimaku kembali Atau harus menghitung lagi Segala jasa dan bakti Atau harus mencampakku ke sisi Tanpa harga diri Hanya padaMu Kekasih Aku tinggalkan Jawapan yang belum ku temukan Yang bakal aku nantikan Bila malam menjemputku lena beradu KepadaMu Kekasih Aku serahkan Jiwa dan raga Jua segalanya Apakah Kau akan menerima penyerahan ini Apakah Kau akan menerimaku Dalam keadaan begini