Posts

Showing posts from March 4, 2012

Nak Berjaya, Tirulah Orang Berjaya

Image
Cita-cita tertinggi sebagai mukmin ialah hidup bersama dengan Nabi-nabi, Siddiqin Syuhada di Syurga kelak. Dengan adanya cita-cita, maka akan lahirlah tindakan.Tanpa cita-cita, manusia tidak akan bertindak.

Salam dari EkoKid Resort Sungai Merab

Image
Salam buat semua kaunselor daerah Hulu Langat khususnya, buat pertama kali saya bertamu ke lokasi kem kepunyaan Cikgu Jinggo.Beliau merupakan seorang motivator yang sudah terkenal selama ini, dulunya kem beliau di daerah Gombak. Saya mengenali beliau melalui facebook. Berikut adalah beberapa keping gambar saya tinggalkan untuk anda semua. Laluan berhalangan antara tempat-tempat yang menarik di sini dalam dewan yang mampu memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Kebetulan semasa sesi lawatan saya ke sana, pengawas sekolah dari SMK Taman Tun sedang mengikuti program ice breaking. Cikgu Harun atau lebih dikenali dikalangan blogger dan ahli FB Cikgu Jinggo Untuk menghubungi di alamat facebook  http://www.facebook.com/profile.php?id=100001284445933  atau klik sini  Kantin makan salah satu dorm atau bilik untuk peserta lelaki Bilik untuk guru Night Tracking Ada monyet gak kat sini...

Pulang Kampung atau Kita di pulangkan?

Image
Wal aakhiratu khairun laka minal uula.Dan akhirat itu lebih baik bagi mu dari yang pertama (dunia). Allah Taala mencipta 100 rahmatNya. 1 rahmatNya diberikan kepada semua penghuni dunia, kepada manusia, haiwan, jin dan tumbuh-tumbuhan, sehingga berkasih-sayang antara mereka. Tiada sang harimau marahkan manusia apabila anaknya diganggu, melainkan kerana Rahmat Allah Taala. 99 Rahmat tuhan akan tuangkan kepada manusia di akhirat kelak. Segala yang didunia ini akan sirna. Ianya bersifat fana.Tiada kekal abadi. Syurgalah tempat kembali kita yang abadi lagi bahagia. Malang jika bukan syurga lokasi penetapan kita. Ayuhlah...berlumba-lumba menuju ampunan dan rahmatNya. Yang luasnya seluas langit dan bumi. Update Terima Kasih Ya Allah atas kesedaran yang Engkau limpahkan, disaat air mata masih lagi berguna buat kami. Kami sedar, lambat atau cepat, kami pasti dibawa kepadaMu, disaat air mata sudah tiada gunanya lagi.

Get The Power From Doa

Image
Setiap kali bunyi detik jarum jam berdetik, setiap saat itulah, tempoh kita untuk kembali kepada Tuhan semakin hari semakin dekat. Usia umat akhir zaman puratanya tidak melebihi 60 tahun. Setiap hari, minggu, dan bulan ada sahaja orang di sekeliling kita yang telah pergi. Satu demi satu. Secara zahirnya kita bekerja dengan tubuh dan jasad atau kata orang tulang empat kerat dengan goverment atau dengan boss kita, namun secara hakikatnya kita sedang bekerja dengan Tuhan kita. Masakan bukan dengan tuhan ? Siapa yang beri kita udara? Air? Tubuh yang sihat? Detik demi detik yang berlalu. Telah kita nikmati semua kemudahan dan prasarana yang maha harganya. Masakan kita hanya menerima sahaja nikmat-nikmat itu tanpa pembalasan kepada yang Memberi. Kita disini bukan lama, hanya sekadar sementara jua. Dunia ini tak ubah bilik ujian kepada kita. Laksana murid mengambil peperiksaan. Keputusan ujian tidak akan dalam bilik ini. Kelak guru akan umumkan. Begitulah kita disini sepertinya sedang me

Tuhan Memanggil aku....

Image
Tuhan Memanggil Tuhan memanggil ku tidak menyahutnya tuhan memanggil aku mendengar saja. Tuhan memanggil aku ku sahut sekali sekala tuhan memanggil aku ku cuba menerimanya. Tuhan memanggil ku sahut bertalu-talu Tuhan memanggil ku jemu menyahutnya tapi aku memaksa diriku menerimanya itulah diri aku belum jinak dengan Tuhan. Ku akan menjinakkan dengan berkelana.