Posts

Showing posts from July 11, 2010

Mencari Turning Point

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, pengalaman saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA (Narcotic Ananymos) masih menggunakan istilah penagih walau penagih sudah lama berhenti dari menagih), dia mengaku bahawa akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat). Turning Point Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. Kita tinggal dulu pasal pusat serenti. Namun....apabila kita mendekati penagih yang telah berhenti, mereka bercerita...untuk berhenti mesti ada satu turning point. Dan setiap orang dalam dunia penagihan melalui turning point yang berbeza. Penagih Boleh Berhenti Saya cuba mendekati dan mengorek rahsia 2 orang PRS, mereka kini berada di salah sebuah PS, bekerja secara kontrak. Gambar mereka (ada di blog spada) saya ambil dengan kebenaran dan bertujuan dimasukkan ke dalam blog saya, sebagai pengajaran kepada orang lain

Biasiswa Pengajian Full-Time SPADA

Image
Ramai yang berminat dan tertanya-tanya tentang program SPADA. Spada ialah Special Programme For Alcohol and Drug Abuse untuk guru-guru dan pegawai perkhidmatan awam. Sebelum 2010, KPM telah menyediakan biasiswa untuk 20 orang setiap tahun, bergaji penuh dan belajar sepenuh masa. Malangnya, tahun 2010, KPM memberhentikan biasiswa ini untuk sementara dek kwgawatan ekonomi, namun JPA masih membuat penajaan seramai 30 orang tahun. Antara yang terlibat mengambil kursus ini ialah guru-guru kaunseling, pegawai Polis, Pegawai AADK, dan pegawai pengurusan kemanusiaan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda berkaitan kaunseling, bimbingan dan pengurusan kemanusiaan. Malam tadi, saya bersama rakan-rakan yang mengambil Master di USIM, dalam rangka mendengar taklimat, berita terkini, guru-guru kini boleh mengambilnya semula, ini kerana walau KPM tidak dapat menaja, tetapi JPA bermurah hati ingin menaja guru-guru. Ini kerana kuota setiap tahun yang disediakan biasanya tidak penuh. Berita gembira ini p

Bilik Bimbingan SK Bangi

Image

Bukan saya nak bang

Habis menyampaikan ceramah di SK Seri Sekamat, saya berborak dengan Presiden PENDAMAI MAlaysia. Katanya modus operandi pengedar dadah sekarang ialah memberikan dadah secara percuma kepada perempuan. Ada pelajar sekolah menengah mengatakan, saya diberikan benda tu beberapa kali, bukan saya nak bang, tapi dia yang bagi. Menurut Hafney, kalau bagi dadah pada perempuan mudah sikit urusannya, sebab perempuan ramai, jadi dadah boleh menyebar dikalangan wanita dengan cepat. Lagipun bila dia dah punah, biasanya dia akan menjadi pelacur, dan bila mereka jadi pelacur, keperluan kepada dadah itu berterusan. income masuk terus menerus..

Bosan Belajar?

Image
Gambar ini dirakam sewaktu saya dalam perjalanan ke SK Sri Sekamat pagi tadi, lokasinya di luar kawasan sekolah SMK Jalan Reko Kajang. Tidak dapat dipastikan pelajar ini dari sekolah mana. Namun waktu ini, jam 8.00 pagi, kemungkinan besar pelajar sekolah sesi pagi. Sering kali situasi begini anda akan dilihat. Bukan tugas guru di sekolah untuk keluar mencari dimana pelajar mereka. Ibubapa pula sememangnya tidak tahu langsung, yang anak mereka tidak ke sekolah. Mereka tahu anaknya pakai baju sekolah dan menaiki kenderaan ke sekolah. Namun apa yang terjadi, ada antara murid yang tidak hadir sehingga 21 hari. Hal ini diketahui oleh bapa melalui surat yang dihantar pihak sekolah. Apalagi terkejutlah sang bapa, sedangkan setiap hari anaknya meminta duit untuk ke sekolah. Sementelahan di sekolah rendah, tidak pernah berlaku ponteng-memonteng. Namun semenjak kenal kawan di sekolah menengah, mereka mula berperangai macam-macam. Siapa yang rugi sebenarnya? Yang pertama ialah diri pelajar

Malang...malang dan malang

Image
Alhamdulillah , anak-anak di SK Sri Sekamat Kajang sungguh baik, boleh memberi tumpuan penuh ketika sesi ceramah tadi. Tahniah kepada guru sekolah terbabit, Cikgu Suhaimi yang telah melontarkan idea untuk mengadakan ceramah pencegahan ini. Pak Cik Hafney sebenarnya tadi letih, katanya baru balik dari Muar malam tadi, memberikan ceramah kepada pesalah kes orang kena buang daerah. Memang beliau berceramah dimana-mana untuk menyedarkan orang lain yang belum sedar. Semoga penderitaan yang beliau alami selama 15 tahun menjadi penagih, kamu semua dapat semat difikiran, dan katakan bahawa dadah itu memang Sial . Seperti yang Pak Cik cakap tadi, dadah itu sial, pak cik tak nak guna perkataan dadah itu najis, sebab bahasanya kurang mencengkam langsung. Ambillah mana yang baik untuk dijadikan tauladan. Ingat cakap pak cik tadi, faktor terbesar beliau dulu jadi anak kurang ajar ialah kerana salah memilih kawan . So, kamu jangan pula tersalah memilih kawan. Dengar cakap mak ayah di rumah,

Sotong Pau Meramal

Image

Musim Orang Buang Anak

Image
Dalam perjalanan dunia menuju abad terakhir ini, kita sampai pada satu daerah, iaitu daerah abad ke 20, dimana ramainya manusia buang-buang anak. Biasanya benda yang dibuang ini ialah sampah , benda yang tak berguna dan dah tak ada maknanya lagi. Dimana-mana dan hampir setiap hari, ada saja akhbar melaporkannya. Ini belum termasuk mereka yang membuang anak di rumah kebajikan. Pun buang juga, sebab dah tak muat nak simpan didalam rumah sendiri. Inilah sebuah tanda, bahawa dunia yang kita diami ini, sudah hampir menghabiskan nafas-nafas terakhirnya, ramai orang masih beranggapan bahawa dunia ini masih panjang hayatnya. Ya, mungkin kalau dihitung mengikut perkiraan kita, tetapi kalau kita melihat kedatangan nabi-nabi dan rasul-rasul, semuanya ada 124,000 orang. Dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir dari semua nabi-nabi dan rasul-rasul. Justeru kita sedang beradang di jurang kiamat. Banyak sudah petanda yang zahir tanpa manusia sedar. Kes anak tak berguna , seperti yang penulis kat

Gotong Royong Perdana

Image