Posts

Showing posts from May 22, 2011

Musim Perkhemahan Datang Lagi

Image
Perkhemahan mengajar banyak perkara, kalau bersendirian, mudah saja nak pergi ke tandas bila-bila masa, tetapi kalau masa perkhemahan, kita kena ubah jadual, tak boleh dah nak asyik tangguh-tangguh, sebab ramai orang yang nak guna tandas. Aspek Pengurusan Masa didalam masyarakat ramai berbeza dengan pengurusan masa ketika bersendirian. Selama ini, cuci pinggan pun tak tahu, tengok tu, masih berminyak lagi, tu lah, kat rumah malas tolong mak, kan kantoi, bila nak cuci pinggan, kita disuruh beratur, tunggu giliran, ini mendidik sifat sabar, bertolak ansur, bertoleransi, berterima kasih dan sebagainya. So, perkhemahan ini banyak faedahnya, apalagi bila waktu malam, ustaz menyampaikan tazkirah dan belajar membaca Al-Quran, membetul bacaan surah Fatihah, padahal, diluar sana, ramai lagi orang-orang dewasa yang tunggang-langgang baca Fatihah. Nasib baik kamu terpilih menganggotai perkhemahan kali ini. Syabas kepada murid Sekolah Kebangsaan Bangi.

Mesyuarat JK PIBG SK Bangi kali ke2

29 Mei 2011.BANGI.Jawatankuasa PIBG sekolah hari ini bermesyuarat bagi kali kedua setelah minggu sebelumnya mesyuarat ini ditangguhkan atas sebab kematian seorang ahli keluarga dari JK. Antara hal yang dibincang adalah berhubung Baju Sukan sekolah yang tidak menepati kaedah warna yang sebenar. Hal ini juga di emelkan oleh salah seorang bapa ke afraima@yahoo.com. Antara lain, mesin rezo sekolah sudahpun habis masa perkhidmatannya dan perlu diganti dengan yang baru. Sudah pelbagai cara digunakan untuk menyelamat mesin yang besar keperluannya ini, namun semuanya sia-sia. Ia tetap saja mogok dan tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Video Sempena Hari Guru

Video ini saya upload ke facebook. Dari facebook saya tampalkan di sini. Anda nak tahu caranya?

Selamat bertugas di tempat baru

Image
Salam perpisahan dari warga SK Bangi, buat Puan Hajjah Rabitah binti Jalaluddin, atas perpisahan ini. Beliau yang akan meneruskan perjuangan hidupnya di SK Dato' Abu Bakar Baginda pada 01 Jun 2011. Begitu cepat masa berlalu, dan baru hanya setahun rasanya bersama, panggilan sudah datang. Apa boleh buat. Saya tahu, banyak impian dan imaginasi Puan Rabitah yang belum menjadi kenyataan. Hanya terlukis dalam minda dan belum sempat di paparkan dalam sebuah lukisan hidup, untuk menunjukan pada anak watan, anak bangsa, bahawa "saya dulunya pun dari sekolah ini... lihatlah sekarang sudah boleh berjaya dalam hidup" walaupun meniti titian hidup yang serba mehnahnya. Akhirnya saya boleh dilihat, akhirnya saya boleh dijadikan antara ribuan contoh, bahawa anak kampung, bukan tak boleh berjaya. Hanya yang perlu ada adalah KEMAHUAN yang kuat, yang datangnya dari dalam sanubari sendiri, yang ingin melihat diri berada di tangga kejayaan. Kerana itu, bila adanya keinginan tersebut, data

Bila Pendidikan Jasmani di ajar, Pendidikan Rohani diminimkan

Image
Salam sejahtera, dan Assalamualaikum buat saudara ku seagama. Waktu saya sekolah rendah dulu pernah juga dengar pelajar bergaduh, pakai rantai motor , besi, spoket, buku 5 dan sebagainya, namun tak pula dengar wanita bergaduh seperti dalam video ini. Klik . Apa sebabnya, ha..ini saya sebagai seorang guru, sebagai Muslim, nak dedahkan sedikit apa ke hal nya ini terjadi. Manusia, adalah makhluk yang dicipta oleh Allah Taala, mempunyai pelbagai sifat yang cukup dinamik, boleh berubah, ada sifat baik dan buruk, negatif dan positif. Satu ayat yang menggambarkan sifat manusia ialah " Wakaanal Insaanu 'Ajula" dan adalah manusia itu bersifat gelojoh. Tuhan juga berfirman, "Wa hadainahun Najdain" dan Kami hidayahkan kepada manusia 2 jalan. Yakni jalan baik dan jalan tak baik. Yang baik akan menuju kebaikan, membawa infak yang baik, dari dunia sampai akhirat. Manakala yang buruk pun begitu, perbuatan buruk, inpak buruk, berdosa, di kenakan azab di kubur, dan akhirat men

Jom beramai-ramai join PTT

Image
Saya, adalah salah seorang pemegang PTT bagi line "skuad pemantau". Anda di alukan-alukan untuk menambah ahli di kawasan anda. Demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekitar anda berada.

Dimana Anda Menyimpan Rekod Sesi

Image
24 Mei 2011.Seorang kawan menghubungi saya, katanya Nazir turun ke sekolahnya gara-gara ada satu kes antara murid dan guru. Ringkas cerita, Nazir itu mahu melihat sistem perisian rekod bimbingan dan kaunseling, katanya lagi sekolah lain ada benda tu. Tidak ada yang terlintas dalam fikiran saya, "perisian" tersebut kecuali Sistem Pengurusan Kaunseling atau SPK yang telah dibangun oleh sahabat saya Cikgu Iznan dari Kuantan. Sebenarnya, belum pernah ada surat rasmi dari mana-mana pihak yang berautoriti untuk mengarahkan guru bimbingan membelinya, namun jika ada, memanglah perisian itu dapat membantu kerja menjadi lebih efektif. Kerana data sesi yang diperlukan dengan segera dapat ditemui. Cuma masalahnya, kalau lah komputer cikgu tu masuk virus, tak boleh buka, dan tak sempat print pun selama ini, ha...itulah kendalanya. Satu lagi, apabila kita ingin membeli itu dan ini, pihak kerani selalunya akan bertanya, ada surat tak? Ya kan. Walaupun benda itu dibawah paras harga petty

Salah Tanggapan Tentang Tuhan

Image
Q Apalah erti hidup tanpa dugaan kan? Justeru hidup ini mesti diteruskan. Ada orang malas sembahyang, kerana dia mengira, tuhan itu baik, jadi satu masa nanti Dia akan ampuni dosa saya dan kasihani saya, lalu memasukan saya ke dalam syurga lantaran amal baik yang saya lakukan kepada umat manusia. Kalau burung pun hidupnya pun susah, sedang dia hidup hanya sementara di dunia, di akhirat dia pun sudah tiada lagi. Apalagi manusia yang akan mengembara jauh, meninggalkan segala kesenangan dan kemewahan hidup disini.. apalagi....

Inilah antara sedetik sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

Image
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian dia menghafazkan, dia akan dimasukan ke dalam syurga, bahkan memberi syafaat akan dia kepada 10 orang ahli keluarganya, yang mana mereka itu telah ditetapkan sebelumnya sebagai ahli neraka" Masya Allah, lihatlah tuan-tuan, betapa tingginya darjat orang-orang yang menghafaz Al-Quran. Saya pernah menemplak orang-orang yang memandang rendah kepada mereka ini dalam siri ceramah saya. Kata mereka, orang belajar hafiz Quran tak ada masa depan. Nak kerja apa? Mereka tidak tahu, orang yang hafaz Quran, bukan sekadar dimurahkan rezeki mereka didunia, bahkan di akhirat mereka boleh menyelamat ahli keluarga mereka, padahal antara ahli keluarga mereka itu, sudah disabitkan dengan dosa-dosa semasa berada di dunia dan telah dijatuh hukuman neraka. Namun, disebabkan ada anak-anak yang kecil comel ini menjadi huffaz, mereka boleh membantu orang lain, bukan dengan wang dan kedudukan mereka, tetapi s