Posts

Showing posts from January 10, 2010

Sisa Hidup Semakin Berkurang

Image
Pejam celik pejam celik, rasanya baru kelmarin daku dibesarkan dan hidup berbasikal ke sekolah. Bermain lompat-lompat di kantin Sekolah Kebangsaan Padang Garong. Ke Dusun mencari buah "larak". Ke Sungai Pok Ma Aka mandi bersama rakan, ke surau dengan Ustaz Mad Dahan, bermain bola dari pukul 3.30 hingga hampir maghrib. Berbasikal mencari buah getah. Ke Lundang mengikuti kawan. Rupanya itu puluhan tahun yang lalu. Pagi ini jam 9.30, cukuplah umur ku hidup di dunia ini 33 tahun. Terlalu banyak rezki KurniaanMu Tuhan. Entah kan besok, entah kan lusa, kapan daku akan menghadapMu. Banyak dosa yang telah ku lakukan. Banyak masa yang telah ku habiskan. Entah berapa langkah lagi yang masih tersisa. Entah berapa suap lagi nasi yang ada. Entah berapa jauh lagi kaki ini boleh melangkah. Pada Mu Tuhan, daku yang lemah, tangan penuh noda dan dosa, ampunkan dosa ku, andainya hidup ku amat singkat, matikan daku dalam rahmat, berkenala menujuMu penuh rahmat, menuju akhirat semnetara di liang

Ntah Hape-Hape

Image
Amacam Wad (Ajwad) best tak ceramah tadi? Tanya Cikgu Amizah pada Ajwad. Ntah Hape-hape ceramahnya, sampai menangis kami dibuatnya" Jawab Ajwad mengulas isi ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi sebentar tadi. Ketika ceramah berlangsung, kelihatan ramai yang bercucuran air mata, termasuk abang Ajwad, namun apa yang ditangisi pun tidak pasti, yang penting dia turut menangis.

Haha..Ada-ada Saja

Image
Panas sangat, air cond selalu rosak, beginilah solusinya Asyik hilang manjang tayar, bawa je lah troli, boleh masuk TESCO Kreatifnya manusia ciptaan Allah. Apa saja boleh buat asal mahu. Pepatah Cina ada mengatakan, Dunia ini, Semua Boleh.

Siri Motivasi Sulung di SK Bangi 2010

Image
Untuk melihat paparan berita penuh, sila ke www.skbangi.com

Bersama Orang Asli

Image
Bersama Tok Batin Orang Asli Perkampungan Brogra, Lenggeng dalam siri ceramah Motivasi kepada Ibu bapa dan Pelajar Orang Asli.

Tentera Jepun di Aceh

Image
Waktu pertama kali sampai ke Aceh, inilah persembahan pertama leeting 98 dari kami. Jepun menyerang tanah Melayu. kelakar habis, gelak satu dewan apabila daku keluar dengan topi Jepun. Tak tahan nak gelak jugak.  Malam tu juga, Abang Halim yang kawin dengan anak Pak Imam di kampung kami (Kampung Tanjung Selamat) tinggal datang bersama untuk menyaksikan lakonan ini.Habis berlakon malam tu, setiap kali isteri abang Halim jumpa atau ternampak saya dia pasti akan tergelak, katanya, tak boleh lupa (lagi) lakonan Jepun malam tu.

Allah Pada Kaum Muslimin

Image
Allah itu satu, tiada beranak akan Dia dan tiada pula ia diperanakkan. Pada orang Kristian, Tuhan itu beranak sebagaimana manusia, punya anak dan ibu. Allah pada 2 pandangan dan keyakinan umat beragama di atas adalah berbeza. Manusia awam akan mudah terpengaruh apabila mendengar ajaran Kristian pun menyembah Allah. Padahal Tuhan Allah sudah dikotak-katikkan oleh mereka dalam Bible. Tidak lagi seperti Tuhan yang sebenar. Sebagaimana terkandung dalam agama samawi dari langit. Ketika di Medan, saya pernah memasuki kedai buku yang tertulis kalimah ALLAH, banyak buku-buku, namun apabila terdengar perkataan "Jesus" dalam kedai itu yang dimainkan, dan terpandang patung manusia disalib, saya dan seorang rakan, "Ustaz Shukri" langsung keluar. Kita boleh keliru apabila mereka yang selama itu mengguna Tuhan God, kini nak guna Allah pula.

Tentera Jepun di Aceh

Image
Waktu pertama kali sampai ke Aceh, inilah persembahan pertama leeting 98 dari kami. Jepun menyerang tanah Melayu. kelakar habis, gelak satu dewan apabila daku keluar dengan topi Jepun. Tak tahan nak gelak jugak.

Bengkel Penulisan Laporan Awal "Pendekatan Belia Melayu Dalam Penagihan Dadah"

Image
Ceramah di dalam bengkel....Definisi Penagihan Dadah dari sudut kesihatan dan perundangan Puan Vanaja memberikan pandangan kepada En Rodzi berkaitan pengendalian OHP Menjalankan kajian penyelidikan bukanlah perkara mudah namun bukanlah mustahil Encik Zainol....Pakar statistik Encik Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Penyelidik Pada 8 - 10 Januari 2010 bengkel tersebut telah dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Bengkel ini bagi menyiapkan laporan kajian atau penyelidikan berkaitan penglibatan belia dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ketua Penyelidik ialah En Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Program Speciality Program For Alchohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Para peserta bergambar di pintu masuk hotel Selepas tamat bengkel sebelum pulang ke USIM...sempat bergambar di Gold Coast, Sepang Para penyelidik dan pembantu penyelidik bersantai di pantai setelah bertungkus lumus memerah idea Rin, Zunita d