Posts

Showing posts from March 15, 2009

Antara Harapan dan Kepercayaan

Image
Hari ini Saya mencari ahli keluarga yang sudah memasuki fasa re-entry, pencarian ini adalah bertujuan mencari jawapan, apakah peranan yang semestinya di jalankan oleh keluarga mereka terhadap dirinya setelah keluar pusat nanti. Dalam pencarian ini, saya bertemu dengan seorang bekas penagih yang kini menjawat jawatan PRS, tanpa menyebut nama beliau, saya dapatkan beberapa tips darinya sebagai ilmu tambahan kepada diri saya dan juga buat di sedekah kepada mana yang mahu. Saya ingin menulis hal ini sebagai jornal mingguan dan juga dalam masa yang sama untuk di “publish” kan ke dalam sebuah blog khas saya (http://norish77.blogspot.com), dengan tujuan untuk perkongsian, mudah-mudahan suatu hari nanti, jurnal ini dibaca dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Dan saya ketika itu, entah masih ada atau sudah pergi dari muka bumi ini. Baiklah, kita kembali pada cerita penagihan, setelah seorang atau lebih, dari sesebuah keluarga menjadi penagih. Yang mana akhirnya melalui perbincangan se

SPADA di SUNGAI BULOH

Image
Geng SPADA bergambar setelah habis acara. Kaunselor Hospital Sungai Buloh En.Nadarajan a/l Gopalakrishnan berdiri disebelah Anuar, beliau mengucapkan terima kasih banyak atas pertisipasi SPADA dan mengalu-alukan kerjasama untuk masa akan datang. Hari ini saya tak sempat nak poskan artikel, kerana berada di Hospital Sungai Buloh dalam program bersama pengambil metadone di sini.

Masih Ada Yang Sayang

Image
Geng SPADA bergambar setelah habis acara. Kaunselor Hospital Sungai Buloh En.Nadarajan a/l Gopalakrishnan berdiri disebelah Anuar, beliau mengucapkan terima kasih banyak atas pertisipasi SPADA dan mengalu-alukan kerjasama untuk masa akan datang. Hari ini saya tak sempat nak poskan artikel, kerana berada di Hospital Sungai Buloh dalam program bersama pengambil metadone di sini.

Orang-orang hebat di SPADA 2008

Image
Nor : Banyaknye beg enko Yan... Yan : Ala.....tengok sudah le...jangan la dengki...tak baik dengki tau Nor : Banyak ke duit ada kat dalam tu Yan : Banyak....ribu-ribu....DONG Cantik tak model dari Vietnam ni...

Kesilapan Sorang Penagih

Terima kasih kerana masih bersama saya, Semalam saya berbicara soal punca seseorang terjebak dalam penagihan, yang mana akhirnya seseorang yang mengambil pelbagai jenis dadah, tidak ada niat pun untuk menjadi penagih. Namun dalam tidak sedar, akhirnya terpaksa menagih. Hari ini saya akan sambung, tentang kesilapan penagih yang membuat dia terjerumus semula setelah berhenti beberapa kali. Dalam bahasa penagihan disebut relapse, relapse maknanya dia membuat pusingan balik, U-turn, dari menuju kepulihan kepada lorong sebelah kanan, iaitu mengambil semula. Baiklah saya bicara dulu tentang kesilapan dan kelemahan seorang penagih. 1. Jiwa seorang penagih sangat lemah, keinginannya mudah rapuh dan reput. Bila-bila masa boleh terjebak kembali semula ke alam penagihan, walau sudah berjanji tidak akan mengulangi dan sedar bahawa dadah telah menyebab dirinya celaru, haru biru dan tak tentu arah. 2. 4 hal yang sering dia kalah pabila bertemu , yang bertemu tempat lama yang sering dia menagih. Bila

Bagaimana Membantu Penagih

Image
Salam Sejahtera, Di Malaysia terdapat 28 buah pusat serenti yang dibina oleh kerajaan, ini termasuklah sebuah pusat serenti secara sukarela iaitu PERSADA di Sungai Besi. Pusat ini asalnya bernama Pusat Serenti Sungai Besi, namum di tukar nama kemudiannya kepada PERSADA sebagai ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Dayajuang Abadi. Mengikut data terakhir yang diperolehi dari AADK, jumlah penagih di Malaysia sekarang ini ialah 350,000 orang, malah pernah mencapai 400,000 orang pada tahun 2005. Penagih mengambil dadah disebabkan pelbagai perkara. Dari pada tidak sengaja, perasaan ingin mencuba, terjebak pengaruh kawan, ingin lari dari masalah keluarga, menghilang konflik diri, sehinggalah kerana tuntutan pekerjaan. Trend dulu kebanyakkan mereka mengambil dadah disebabkan kejahilan namun trend sekarang dan akan datang dijangka berubah. Dadah, adalah sejenis bahan kimia, yang akan bertindak terhadap sistem saraf pusat manusia (otak) sehingga menjadikan pengambi

Seminar Perkahwinan

Image
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti SEMINAR Tentang PERKAHWINAN di USIM Nilai pada 28 hb Mac 2009. Kos RM50.00. Tempat penginapan tidak disediakan