Posts

Showing posts from August 19, 2012

Hantu Tak Ada Kerja

Image
Assalamualaikum, apa khabar anda semua, setelah berpuasa sebulan, amacam? Cuba tengok perut, design terkini anda hari raya pertama, cantikkan? Tapi awas...jika tidak dijaga, kelestariannya bakal hilang. Jangan-jangan Syawal menculik kecantikan body anda.Hehe. Makanya dikatakan puasa itu menambah sihat. Nampak macam kurus je...Ye lah...Itu lah Sihat..Cuba gemuk-gemuk sikit, ops..maaf, bukan gumuk sikit, tapi gumuk banyak-banyak...macam-macam penyakit ada, kencing manis juga ada, darah tinggi la dan ntah apa-apa lagi. Ngeri kan. Jom kita kekal cantik, sukses, nak ibadah pun mudah. Cuba tengok orang gemuk, apalagi orang sakit nak bangun pun payah, alamak....  Sebab itu, kita di anjur merebut 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda sebelum datangnya tua, Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum kalut, hidup sebelum mati. Jiran-jiran yang balik kampung pun dah mulai membanjiri taman-taman. Ada yang dah mula puasa 6 pun. Awalnya dia. Kita pula, bila nak start puasa 6 ni? Susah nak

Jumpa Abang Letting Abdul Hamid Jusoh

Image
Abang Hamid Jusoh memang seorang yang peramah, juga seorang yang pemalu, namun beliaulah yang sering menghidupkan suasana perbualan di Aceh satu masa dulu. Pabila pulang ke tanah air, kami masing-masing berpecah mengikut haluan hidup sendiri. Pernah satu hari, beliau yang mengjadi AJK Surau di kampungnya di Tumpat menjemput saya untuk menyampaikan kuliah di surau itu. Kebetulan Aidil Fitri ini, beliau berada di rumah isterinya di Kedai Buloh, saya mengejar kesempatan untuk bersua, dari ke Tumpat yang mungkin agak jauh dan jalan bersesak. Tahniah.... Juga sudah punya 3 orang anak. Isterinya masih bekerja di Hospital Melaka.

Dulu SMUDA kini MADa

Image
Asrama baru sebelah dengan asrama lama (dalam sawah)..Dulu tak ada. Kelas saya dulu..tinggat 2. Masa SPM tingkat atas sekali. Tanah dimana berdirinya bangunan 3 tingkat inilah dulunya (1999) kelas saya yang dibuat dari kayu satu tingkat sahaja.Kini dah menjadi 3 tingkat. Salah satu lokasi bersejarah Kalau lah seorang insan berbangsa India sanggup tunduk dan menkucupi tangan beliau. Pertemuan antara anak murid dan gurunya

Kemalangan di Simpang Ciku

Image
Sabtu : Makcik memandu Hilux hitam ini membawa suaminya yang lumpuh, tujuannya ke klinik, sesampai ke simpang ini, makcik telah terlanggar sebuah proton dari arah sama (Gua Musang-Kuala Krai). Suami terpaksa di usung keluar untuk menumpang Hilux lain (putih) untuk membawanya ke klinik.