Posts

Showing posts from January 2, 2011

Syahdunya : Sami Yusuf

Sami Yusuf Mother Arabic Uploaded by said7242 . - See the latest featured music videos. "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan , perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak , seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering , dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur ; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya . Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu ."

Majalah Kuntum ke SK Bangi

Image
Group Editor Majalah Kuntum buat pertama kali bertandang ke SK Bangi. Bukan main seronoknya murid-murid, eh cikgu jugak, nak bergambar dengan si Comel. Kedatangan mereka sebenarnya pada bulan 11 tahun 2010, Namun foto ini tak sempat nak dimasukkan.

Hari Ini Ku di Hospital Kajang

Hari ini di hospital Kajang. Menunggu berjam giliran 2057 dipanggil. Dari jam 3.30 hinggalah 5.10.. belum jugak di panggil. Oh..dimana doktor-doktor semua? Teringat kembali tahun 2008, waktu hari kedua mendaftar di SPADA, saya berada di Hospitak Serdang, menjalani pembedahan 3 kali dalam masa sehari. Kawan-kawan sudah pun berkenalan dengan pensyarah semua, khusus En.Halim yang kini bergelar Doktor. Jam 10.00 saya tiba di Hospital Serdang. Masuk mendaftar untuk menjalani pembedahan mulut. Jam 11.00 nak dimulakan, sejuk... dingin.... ah...rasa nak terkencing... saya minta izin dengan doktor untuk ke tandas.... Boleh katanya, tapi jangan lari... Sudah sedia? Sudah doktor.... Nah..tandatangan surat ini. Aduh...surat apa ni? Surat menyatakan mereka tidak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa ke atas diri saya. Teringat sahabat, arwah Fakrul... ketika disuruh menandatangan untuk pembedahan lehernya, daku lari lepas tu katanya...kenapa ko lari... apa tidaknya... sign surat mati katanya..

Selamat Datang ke Sekolah

Image
2011 datang tanpa... perginya 2010. Perginya juga seorang guru yang pernah menggurui para muridnya di sekolah ini. Arwah Cikgu Fakrul pergi buat selamanya mengembara ke alam baqo. Al-Fatihah buat insan yang pernah menjadi guru, pernah mengajar, bercanda dan berkongsi kisah duka hidupnya buat kita semua. Lembara 2011 di buka dengan berita duka. Tetapi kita tetap akan meneruskan perjuangan hidup ini. Anak-anak datang untuk menuntut ilmu, guru datang untuk berbakti pada anak bangsa.