Posts

Showing posts from February 7, 2010

Geng Kompang ke Putrajaya

Image
Jika beberapa undangan sebelum ini ialah ke Daerah Bangi dan Pajam Negeri Sembilan, kini kumpulan kompang dengan bangganya berada di Putrajaya. Atas undangan orang ramai, Ustazah Lasminah sebagai pengarah tetap kumpulan ini tetap menerima selagi tidak mengganggu hari persekolahan. Bagi anda yang ingin mengadakan acara kenduri perkahwinan, bolehlah diserikan lagi majlis tersebut dengan paluan kompang anak-anak Bangi ini.

Menelon Mentol Lampu

Image
Jika didalam blog Bro Mazidul memaparkan kisah seorang rakyat Malaysia menelan pisau cukur. Saya ingin paparkan kisah manusia menelan mentol lampu. Haha. Cerita ini saya dapatkan dari bekas penagih dadah. Dia menagih zaman 70-an, masa tu dadah memang kaw giler katanya. Dadah yang paling menyengat adalah heroin, memang tak boleh lawan dadah lain. Dadah sekarang ni ntah apa-apa rasanya, buat sendiri dalam makmal, kemudian dicampur ubat nyamuk, bahan kimia, itu ini, akhirnya penagih menjadi gila. Kenapa Makan Lampu Ketika kena tangkap di masukkan dalam lokap, dadah dalam tubuhnya dah habis, jadi withdrawal symptom datang balik, masa tu sakitnya minta ampun. Tiada yang lain yang dia nak kan kecuali dadah untuk mengubati sakitnya. Tengok tu, dadah ni mula-mula nak seronok, lama kelamaan dia bukan bahan seronok, tetapi untuk menghilangkan kesakitan. Gara-gara terlalu sakit, dia ambil selipar dan lempar ke lampu di siling, supaya lampu itu jatuh ke lantai. Kemudian bila dah jatuh, kaca itu d

Pusat Rawatan Dadah Tradisional

Image
Saya ditanya oleh kawan tentang pusat pemulihan yang bercirikan pondok. Ni dia saya masukkan gambar tempatnya, tok guru disini mendapat ilmu dari Cheherong, Thailand. Kata anaknya, penagih biasanya dibawa oleh keluarga sendiri atau pihak polis. Sampai di sini, memang lah mereka tidak mahu tinggal bersama dengan penagih dalam satu asrama. Namun anehnya, apabila ayah haji (pemilik tempat ini) memberi air minum yang dibacakan ayat-ayat tertentu, penagih tersebut terus serah diri sampai akhirnya dia mahu pulang. Sewaktu saya ke sini, ada seorang dari Terengganu, pekerja Petronas, bergaji besar jugaklah, tetapi terjatuh dalam lubang penagihan, dia disini hampir 2 tahun, pada hari tu, dia dah nak balik, dah pulih kata anak Ayah Haji. Saya sempat berkata, hati-hatilah balik nih, jalan salah pilih jalan lagi. Bagi tuan-tuan yang ingin mencuba hantar keluarga ke sini dengan teknik ala pondok, ada pengajian kitab dan sebagainya, boleh menghubungi Tuan Haji Zin bin Bakar, 09-7197507. Pusat r

KPJ

Image
Latar Belakang KPJ Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Penubuhan KPJ 1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Moto KPJ “Mencegah lebih baik daripada Memerangi” Objektif KPJ 1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid. 3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada me

Prog.Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

Image
Sedari awal lagi , anak-anak kita perlu mendapat pendidikan tentang bahaya menyalahgunakan dadah. Ramai orang dewasa tidak mengerti betapa perlunya anak-anak mereka didedahkan dengan bahayanya. Saya sendiri pernah beberapa kali melamar diri untuk memberi ceramah percuma berkaitan hal ini, namun tidak mendapat reaksi yang sepatutnya. Saya katakan saya ada Lap Top dan projektor, saya ada Diploma lagi pengkhususan bab Drug Abuse. Untuk kawasan ini memang free, sebab dekat dengan rumah sendiri, sebagai dakwah penyebaran ilmu kepada anak-anak bangsa. Tidak mengapalah kalau anak-anak muda tidak ramai, memang mereka tak berapa suka dengan surau. Tetapi kita sebagai parent, perlu tahu sebabnya ia berlaku dan jika telah terkena batang hidung sendiri, ada jalannya untuk membantu mereka ini. Baru-baru ini, setelah Ustazah Lasminah dari Bukit Mahkota memberi laluan kepada saya untuk berultimatun di Surau (kini Masjid) Ar-Raudhah, baru kedengaran selepas itu suara-suara dari jamaah AJK surau yang m

Warna-warni 2010

Image
Puan Marziyana mengajar murid memasang kereta kawalan jauh. Adik Nur Syakirah, petah bercakap, cerdik dan pandai. Kumpulan Corel Speaking Tahun 2 SK Bangi ini mampu mengejut anda dengan persembahan mereka. Kembar ke ni..

Meeting JK Daerah

Image
Kuota terkini Guru Bimbingan sekolah rendah adalah seorang kaunselor untuk 850 orang pelajar. Ini berikutan pihak Maktab (IPG) tidak lagi mencetak guru kaunselor pada tahun ini berikutan kegawatan ekono money.So, mungkin ada sekolah yang akan menerima guru BnK (sekurang-kurangnya ada 350 pelajar) baru dan ada sekolah yang salah seorang harus keluar.

Free Upload Bahan

Anda payah nak upload bahan untuk di kongsi? Kadang-kadang susah jugak walau ada web, kini ada free punya, www.2shared.com , sila layari web ini dan cuba upload bahan dan dapatkan url nya.

Desa di rentas..

Image
Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Guru rumah Biru bersama pemenang kategori perempuan yang layak ke peringkat daerah Murid lelaki yang akan ke peringkat daerah Murid perempuan yang layak ke peringkat daerah Juara Keseluruhan : Ru mah Kuning Naib Juara : Rumah Hijau Tempar Ketiga : Rumah Biru Sedang memulakan larian..