Posts

Showing posts from September 7, 2008

Di depan Masjid Raya Baitur Rahman dan Kak Nor

Image
Misi dakwah ke Pulau Sabang atau Pulau Weh. Weh maknanya bergerak. Ini gambar di tasik dalam PUlau Sabang. dekat rumah Zainal, sahabat baik. tapi bahaya air tasik ni, tak boleh berenang. Ada rumpai yang gatal bila terkena. Naik perahu boleh la. Khabarnya kalau hujan ada dragon yang keluar bersama puteri hijau. Orang kampung tak berani seorang pun mandi kecuali cebok air dengan baldi je lah. Sebelah kiri Pak Amir dan Pak Khalid, kedua-dua sudah arwah, yang berpeluk tu Ujang, orang Sunda, sekarang di Australia, dan paling kanan Pak Buyung Medan. Yang duduk tu saya lah. Yang ni Kak Nor dah habis master kat UKM. Gembira jumpa lagi. Kami lama di Aceh.Saling tolong menolong la kalau dah jadi anak perantauan. Gambar ini dirakam pada penghujung tahun 1998.Pada tiba minggu pertama, masih kurus lagi.

Majlis Kenduri Abu Hanafiah Raya ke 3

Image
Foto ini saya bersama Abu mewakili mahasiswa Acheh ke Jakarta. Sambutan 31 Ogos 2001 Gambar ini dirakam pada 1994 Kenangan bersama Abu menghadiri mesyuarat di Jakarta pada 31 Ogos 2001. Ni gambar masa member dari seluruh Malaysia berkumpul dan kami jalan malam-malam ke pasar-pasar sekitar Mess Malaysia. Sama-sama belajar di SMU Darul Anuar, Pulau Melaka. Ini gambar masa kami ke Istana Sultan Kelantan. Seronok hari tu lihat Pentomin 7 Pemuda yang mati ratusan tahun. Gambar kenangan di Pantai Lam Pu uk, Banda Aceh pada tahun 1999 . Masa ni belum tsunami dan belum ada perintah berkurung. Seronok sakan kami jalan Terbang : Seronok terbang macam ni.Baju merah Ustaz NAzri kini di Kedah, baru ni jumpa di Hotel Goldcourse Klang, kebetulan saya menghadiri perjumpan JU-JU Kebangsaan. Baju biru hujung Talhah, kini jadi hakim, baju putih 2 dari kanan, Najib, Paling kanan Abu yang akan kahwin raya ni dan aku la tu yang baju biru belang. Pada rakan semua, jom kita meriahkan rumah Abu raya ni.Buat p

Ceramah di Bulan Puasa

Penat...2 jam full saya memberikan ceramah, haus di bulan puasa, untung ada sikit tayangan video, boleh tarik nafas. Walau apa pun, terima kasih pada cikgu Abu Talib, pihak pengurusan sekolah SK Sungai Ramal Dalam yang telah sudi memanggil saya memberi ceramah kepada anak-anak lepasan UPSR. Puas hati kerana dapat sampaikan mesej tentang bahaya dadah, bahaya jauh dari agama dan bahaya tidak berjalan di atas rel agama. Sebelumnya... saya minta cikgu Abu jangan lupa sediakan air..haha. Tahniah Sekolah Sungai Ramal Dalam Kajang sekali lagi kerana malam ini dilanjutkan program berbuka puasa.

Database Absolute

Image
Saya hadapi sikit masalah, belum luas ilmu bab ni. Bila nak update Karspesky Antivirus kat PC tak boleh. Kat lap top OK. Katanya Database Obsolute. Ada sesiapa pernah hadapi masalah ni? Dan apa cara nak buat yek. Ikutkan hati, kalau semua orang tak tahu, mudah je, saya format balik. Tapi malas la, ops, malas pulak bukan malas, tak nak la bulan puasa ni format PC. Boring nunggu dia beres.... Lagi pun banyak jugak data secara tak sengaja akan hilang. Ada komentar? atau pengalaman peribadi, Leh...tulis kat bawah ni lam komen

Tik.....tik.....Ia Terus Berlalu

Image
Syukur, kita tiba di ambang half Ramadhan, syukur bukan kerna tiba nak habis, tapi tiap hari nan berlalu dapat terisi dengan amalan yang sepatutnya. Namun semakin sayup-sayup tirai ramadhan menjatuhkan dedauannya, rasa rindu...dan terus terlintas....apakala di rakaat akhir terawikh, ketika alunan Qul A'uzubi rabbin naaas...apakah esok masih ada peluang lagi untuk aku bersama Mu? Ya, hae lon seupi, peu na cit pluang pada lon untuk bertemu Mu lagi? Semoga ada kekuatan kiranya masih ada sisa hayat dibadan. Ya Tuhan, dalam kembara hidup ini yang tak menentu hujungnya, permudahkan segala hajat kami untuk mencapai bahgia bak donya nyoe. Mudahkan kami menemui-Mu dalam doa dan bacaan Dzikir. Andai di sini diri Mu tiada ku temui, sia-sia rasanya segala nya yang ku dapatkan di dunia, sebab hanya sementara, mengalir bagai air sungai segala Nikmat-Mu, tapi jiwa kami gersang...gersang jauh dari mengenal-Mu, sang pencipta jasad dan diriku. Ku ingin yang baqa.... Kami sedar... tik, tik....masa

Yatim Lam Kandong

Lagu Lagu ini mengisahkan anak yang telah menjadi yatim semasa di dalam kandungan ibu. Rakan yang lain pergi sekolah. Tapi aku...hanya main bendang.Nama penyanyi, Sabirin Lamno.Saya pernah bertemu beliau di Darussalam, Banda Aceh tahun 2001.

Keunangan Si Payong Hitam

Payoeng Hitem Yusbi Yusuf

Gembira Hatee Lon

Image
Pada semua rakan blog- Selamat Berbuka Puasa. Hana yang lebih membuatkan hatee gembira huro nyoe, selain berita pane rakan yang akan jak meukawin pada huro raya nyoue. Kepada Abu Hanafiah, yang ganteng, semoga saja sich, Tuhan mempermudahkan perjalanan hidupmu. Mudah-mudahan na rakan geutanyoe mandum yang baca blog lon. Lon harap geutanyo dapat metemei rakan handai taulan mandum. Jak wo mandum beh. Bek duk bak kotaraya Kuala Lumpur. Jooommmm....Jak Lebaran Selamat Pengantin Barooo buet Abu Hanafiah. Ken Hana Pen Lei

Ramalan 16 September Oleh Pak Nujum

Menurut ramalan nujum pak belalang, tidak ada yang ganjil akan berlaku pada tanggal 16 Sept. selain dari cuaca cerah di sesetengah kawasan dan mendung di sesetengah kawasan. Walaupun banyak teka-teki pada tarikh tersebut, namun itu cuma retorik politik saja. Demikian ramalan tok nujum. Tak percaya, tunggu dan lihat nanti.