Posts

Showing posts from August 1, 2010

Pameran Inovasi di Putrajaya

Image
Saya berada 2 hari di Putrajaya, sambil-sambil bertugas di situ, sempat mengambil beberapa keping gambar suasana di situ. Jam 1.00-2.00, saya berada di SMK Convent Kajang, menyampaikan ceramah Hindari Bahaya Dadah Petangnya kembali lagi...tapi hujang agak lebat...

Pameran di Masjid Besi

Image
JOm singgah di Masjid Besi, hari dan semalam saya berada di sini, menjaga gerai USIM, bahagian saya ialah dadah, termasuk syabu, kristal, kanabis, dan pil-pil

Apa Beza Pelajar Cemerlang dengan Tidak

Image
Buletin 14 Ogos ini akan dicetak dan diedarkan esok.(Khamis) Apa Beza Antara Pelajar Cemerlang dan Tidak. Siapa nak jadi pelajar berjaya angkat tangan? Hu…. Ramai yang yang angkat, Siapa nak jadi pelajar yang cemerlang, sila angkat tangan? Ramailah pelajar yang angkat tangan. Bahkan hampir semua angkat. Tetapi… kenyataannya, tidak semua yang angkat tangan tadi, tahu bagaimana caranya nak berjaya. Perbezaan kelas Jupiter dan Neptune jelas menunjukkan cara belajar mereka pun berbeza. Nak tahu tak apa bezanya? Untuk setakat ini, cikgu jumpa 6 perkara. Mari kita teliti satu-persatu. Mungkin mak ayah kamu pun nak tahu. 6 Faktor ini, cikgu jumpa khususnya di SK Bangi. Mungkin cikgu Hizbullah jumpa banyak lagi, sebab Cikgu Hizbullah guru yang paling veteran di sekolah ini. Haha, gelap-cerah, gelap-cerah, sudah 25 tahun Cikgu Hizbullah dipanggil cikgu. Sehingga anak muridnya pun, sudah dewasa, dah dapat anak, bahkan yang dah mati pun ada. Iyaa..ish ish….tak percaya ke? Baiklah murid-mu

Tumbuk Cikgu

Image
Ini entri pendek sahaja. Lagi pendek dari entri panas sebelum ni. Aku hanya nak mintak pandangan daripada mereka yang bergelar ibu bapa yang selalu suka backup anak apabila anak-anak ditegur atau diberikan hukuman oleh pihak sekolah. Bila pelajar atau guru bergaduh, kenapa ibu bapa suka salahkan guru ya? Aku pernah jadi pelajar juga, namun tak adalah sampai biadap begini. Dah tengok video ni? Sekarang para ibu bapa sila komen ya! Tapi ibu bapa yang selalu backup anak sajalah. Aku rasa Media Prima atau media-media lain harus mainkan peranan agar terbuka sikit mata ibu bapa yang ‘buta’ itu. Salinan dari Link

Rabi'atul Adawiyah : Wali Perempuan

Image
Kisah beliau. Ibu bapa Rabiatul Adawidah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka, tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak keempat, ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jirannya, tetapi beliau telahmembat keputusan tidak meminta kepada sesiapa kecuali Allah. Bapa itupun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah, dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan berikan pada dia sepucuk surat yang bertulis- Kamu hendaklah berselawat kepada Nabi 100 kal tiap-tiap malam dan empat ratus kali

Akan ku bunuh Ustaz itu

02 Ogos 2010. NILAI. Ketika berada di Klinik Kesihatan Nilai petang tadi, saya sempat melihat mayat seorang remaja tingkatan 3 dari sekolah menengah daerah ini yang meninggal. Apa punca yang sebenar belum pasti.Namun mengikut percakapan orang-orang yang berada disitu, remaja terbabit terjatuh ketika berada di sekolah. Guru sekolah berkenaan menelefon bapanya, memaklumkan anaknya terjatuh. Bapanya minta bawa ke hospital/Klinik. Tiba di Klinik, terkejut besar bapa melihat sekujur badan anaknya yang ketiga sudah menjadi mayat. Meraung jugak, sampai terkeluar kata-kata, "kalau tidak, aku bunuh ustaz tadi" katanya. Ini kerana ustaz sekolah tersebut yang menghantar anaknya ke klinik. Dengan keadaan mayat terluka dibibir dan pipi, terkencing, dan tiada kesan kotor pada seluar, bapanya mengesyakki guru sekolah berkenaan membunuh anaknya. Saya faham keadaan orang kehilangan anak tersayang, baru tadi pagi saya memberi ucapan supaya bersabar, lalu saya cuba mencelah, ketika sang bapa

Apabila Manusia Menjadi Haiwan

Image
Puluhan tahun dengan penuh susah payah orang lain menunggu kelahiran zuriat tercinta. Ada manusia dalam dunia ini yang lebih kejam dari binatang. Mereka memukul, menyiksa dan akhirnya membunuh manusia, jiwa yang tidak berdosa tanpa perasaan kemanusian, bahkan tanpa perasaan kehaiwanan pun, perasaan apa yang ada? Haiwan yang baru melahirkan anaknya pun, marah jika manusia mendekati anaknya dan cuba-cuba mengambilnya. Terima Kasih pada Azhar yang telah menghantar emel ini...ada gambar yang lebih trajis dibawah...saya tak publishkan di sini... siapa yang mahu....berikan emel anda di bawah komen ...

Khidmat Bakti Mahasiswi KUIS

Image
31 Julai 2010. Seramai 30 orang mahasiswi KUIS menghadiri program gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini. Mereka berada di sekolah jam 8.00 pagi, Pn.Norizah menyampaikan taklimat awal, kemudian acara sarapan pagi, akhirnya program utama di mulakan. Acara ini berakhir jam 12.00 tengah hari. Terima Kasih semua