Posts

Showing posts from May 31, 2009

Sebaik-baik Manusia

Image
Kumpulan muzik Kromok pernah menyanyikan lagu Aku Mahu Pulang (lagu ini pernah saya siarkan dalam blog ini) dan lagu ini, di dendangkan kembali setiap kali ada pembebasan ahli keluarga (AK) di pusat serenti. Suasana hiba dan sayu, kerana salah seorang dari mereka sudah boleh pulang, mandiri dan bebas. Ya, independen, semua orang mahukan. Sebagai seorang pelajar agama, yang beragama, saya yang berada dalam majlis nyanyian acara pembebasan itu, saya turut membawa kedua belah telinga. Telinga saya turut mendengar bait-bait lagu aku, tetapi fikiran saya tertumpu kepada sebaris isinya. AKU MAHU PULANG. Aku adalah ganti nama kepada nama diri jasad manusia. sementara di dunia, untuk mudah panggil, kita letakkan nama, ini Mamat, ini Dolah, ini Amy...macam-macam, kadang2 namanya Joe, kita ingat apa namanya, rupanya Jusoh. Bila kita mati, atau wafat, atau meninggal dunia, atau mangkat, kesemua nama tadi di ambil balik, kita hanya pinjam kok. Waktu di atas usungan mayat, orang memanggil mu deng

Penulis Buku Iqra' Versi Malaysia

Image
Mungkin ramai tak mengenali Ustaz Ahairul Ismail, anak kelahiran Kampung Gaal yang kini menjadi penulis buku. Beliau yang dikenali dikampung sebagai tukang repair TV, adalah seorang Ustaz yang juga JU J-Qaf. Pengalaman di Aceh selama 5 tahun menjadikan dirinya padat dengan ilmu, lalu dipergunakan untuk manfaat sekolahnya. Beliau yang mahir ilmu komputer, kini tinggal di Semerak Pasir Puteh. Di kesempatan bertemu dengannya, ketika beliau ke Kota Bharu, saya mengajaknya bertandang ke rumah. Isterinya seorang warga Aceh, mempunyai 5 orang anak, berhasrat mempublikasi buku hasil keringatnya ke seantero dunia, jika mampu. Namun untuk setakat ini, akan di siarkan di Malaysia. Katanya, pihak kementerian sedang menilai buku tersebut untuk dijadikan bahan kegunaan rasmi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau sedang dalam proses membina sebuah web site untuk kemudahan guru-guru J-Qaf seluruh Malaysia. Syabas sahabatku.

Terima Kasih SK Taman Jasmin

Image
berita lanjut

Bumi Allah itu Luas

5 km. Ya dalam sekali rupanya laut ya. Di kedalaman ini manusia tak mampu hidup walau dengan alat bantuan pernafasan. Ikan pun yang tertentu sahaja boleh hidup di sini. Kapal terbang yang hilang dikhabarkan terhempas di lautan dengan kedalaman 5 kilometer. Di Aceh sebuah feri dalam pelayaran dari Pelabuhan Malahayati ke Sabang juga tenggelam dikeranakan membawa muatan lebih. Kedalamannya kapal (macam feri Pulau Pinang) itu tenggelam adalah 3 kilometer di dasar laut. Dalam laut itu pula ada bukit, feri itu berada di celah-celah antara 2 bukit. Sampai sekarang Geurita di kenang dalam sejarah, sebuah masjid di bina dan dinamakan Masjid Geurita.

Bertamu di rumah Tuan Faizal

Image
03 Jun 2009. Dalam perjalanan pulang dari PD ke Bangi. singgah sekejap rumah Tuan Faizal. Ini gambar anak Norish dan Tuan Faizal di rumah En.Faizal. Kami sempat makan nasi malam. Terima Kasih Tuan Faizal

MENITI JAMBATAN KESUSAHAN

Image
Seringkali antara kita bertanya, apabila melihat orang lain senang, kenapa dia tu kaya, rezki banyak, hidup senang.? Padahal tak sembahyang pun. Pertanyaan ini seolah-olah memberi gambaran, bahwa orang yang hidup bertakwa, sembahyang, menjauhi perintah Allah akan di beri balasan merupakan bonus di dunia ini berupa kesenangan dari segi harta. Sementara orang yang tidak mempeduli hukum hakam itu akan diberikan kesusahan dari aspek duniawi, kerjanya biasa, gajinya murah bahkan sering sakit-sakit. Oh tidak, bukan begitu, soal harta dan ketaatan itu berlainan, bukankah Nabi Muhammad sendiri seorang yang miskin, sehingga pembesar Mekkah menawarkan harta, perempuan dan jabatan supaya Nabi meninggalkan ajaran dakwahnya ? Berbicara hal ini, saya bawakan sepotong ayat dari surah An-Nahlu, ayat 71. “Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezkinya itu) tidak mau memberikan rezki mereka kepada hamba-hamba yang mereka mili

Kemahiran Belajar Anak-anak Peg.TNB di UNITEN

Image
02 Jun 2009. Terima Kasih atas kesudian pihak UNITEN menjemput saya sebagai penceramah hari ini. Program ini di sasarkan kepada semua anak-anak TNB seluruh Selangor. Mereka berada di sini selama 4 hari 3 malam. Turut berada di sini ialah abang dan kakak mereka yang akan mengambil SPM dan PMR tahun ini. Download Nota Ceramah di UNITEN

PELAJAR

P : Pasti E : Esok L : Lebih A : Anggun J : Jika A : Aku R : Rajin Wahai pelajar, kamu dilahirkan untuk zaman akan datang, dan bukan untuk zaman sekarang. Kesusahan zaman akan datang, tuntutan kehidupan zaman akan datang belum dapat kita membacanya secara pasti. Namun adakalanya orang membuat ramalan. Salah satu ramalan, mengatakan pada 20-30 tahun akan datang, separuh dari pemuda-pemudi rakyat Malaysia akan dihinggapi penyakit "gila". Gila disebabkan kecanggihan memproses dadah sintetik, (sintetik drug). Oleh sebab yang demikian, kamu perlu berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menggapai hari esok nan gemilang.