Posts

Showing posts from February 27, 2011

Panduan Meletakkan Komen FB Dalam Blog Anda

Image
Anda nampak ruang komen fb sebelah kiri blog saya ini? Haah, sebelah kiri, ramai yang teruja ingin memilikinya, namun tak jadi-jadi, saya sendiri sebelum ini sudah puas mencuba dan sudah pun berhenti dari mencuba, namun entah semangat ingin mencuba datang lagi, apalagi, cubalah lagi dan akhirnya jadi. Baiklah, saya akan menurunkan sedikit pengetahuan ini, untuk kawan-kawan yang ingin memasangnya di blog anda. Ikuti langkah-langkah ini. Yang pertama sekali, untuk mudah cerita, anda layari blog saya, http:// norish77.blogspot.com / untuk mendapatkan alamat aksesori tambahan ini. 1. Klik pada perkataan Comment Social Plugin yang ada sebelah kiri. Tulisan ini terletak paling bawah kotak komen. 2. Satu window baru terbuka, anda pegang tetikus dan skrol ke bawah, dapatkan tulisan Comment. Klik. (Lihat gambar sebelah) 3.Kemudian akan muncul kotak seperti gambar 2, anda perlu mengisi nama blog anda, contoh http://norish77.blogspot.com/ letakkan tanda / di hujungnya. Jika anda menul

Tak kan I nak Gadai prinsip I

Image
Ular Dalam Kubur Benarkah ada ular yang akan mengigit/mematuk manusia didalam kubur sesudah matinya? Atau ianya hanya persepsi sahaja. Yang nyata siksaan kubur itu ada dan wajib di imani, kerana ia termasuk hal yang ghaib. Seorang sahabat, pernah berkata, sebenarnya yang dimaksud dengan siksa kubur ialah deritanya yang tiada tolak banding, terhadap ruh, kerana melihat tubuhnya kaku tidak bernyawa, dan tidak ada peluang lagi untuk melaksanakan segalanya, ia tahu selama ini solat itu wajib, tetapi di tangguhkannya, ia tahu menutup aurat itu wajib, tapi ia ada pendiriannya, tak kan i nak gadai prinsip i selama ini katanya, walaupun prinsip itu terang lagi nyata bertentangan dengan hukum tuhan yang mencipta dirinya. Jadi ruh itu menderita, banyak tugas selama ini yang belum dilaksana, anak belum beres betul solatnya, banyak pesan dan wasiat yang belum ditinggalkan, tiba-tiba mati datang mengejut, ketika ia sedang tidur, nyawa dibawa pergi sang Malaikat. Itulah maknanya siksaan kubur ka

BUAT POSTER SENDIRI

Image

Perginya Seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah

Image
27 Feb 2011. HULU LANGAT. Para guru daerah Hulu Langat hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai PPD, beliau ialah Almarhum YM Raja Azman, mantan penjawat Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah daerah Hulu Langat. Penulis mendapat info seperti ini. Jam 10.00 pagi, semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan di Bentong Pahang, motosikal yang dinaiki arwah telah berlanggar dengan sebuah lori besar sehingga jasadnya terperosok masuk dibawah lori berkenaan. Jam 5.00 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih. Bersemadinya jasad yang telah banyak membantu pencegahan penyalahgunaan dadah di daerah kami ini. Al-Fatihah untuk beliau selagi kita masih mengingatinya. Semoga pihak keluarga nya dapat menerima pemergian yang secepat ini dengan redha. Amin.Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman, "Adakah manusia mengira mereka ditinggalkan setelah mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji"

Perginya Seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah

Image
27 Feb 2011. HULU LANGAT. Para guru daerah Hulu Langat hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai PPD, beliau ialah Almarhum YM Raja Azman, mantan penjawat Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah daerah Hulu Langat. Penulis mendapat info seperti ini. Jam 10.00 pagi, semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan di Bentong Pahang, motosikal yang dinaiki arwah telah berlanggar dengan sebuah lori besar sehingga jasadnya terperosok masuk dibawah lori berkenaan. Jam 5.00 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih. Bersemadinya jasad yang telah banyak membantu pencegahan penyalahgunaan dadah di daerah kami ini. Al-Fatihah untuk beliau selagi kita masih mengingatinya. Semoga pihak keluarga nya dapat menerima pemergian yang secepat ini dengan redha. Amin.Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman, "Adakah manusia meng"